Bersama PemimpinMK Medan BaratSemasa

PTD Berbuka Puasa Bersama Warga PMB TD

KUALA LUMPUR: Seramai 500 warga Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMB TD) hadir dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Masjid Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sungai Besi pada 21 Mei 2019.

Sebaik ketibaann PTD, beliau disambut oleh Panglima Medan Barat TD (PMB TD), Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin lalu meluangkan masa utk berjumpa warga PMBTD.  

Selepas berbuka puasa PTD menyertai jemaah yang hadir untuk menunaikan Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Majlis diadakan bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat kekitaan terutama dikalangan warga PMBTD dan mengambil berat akan kebajikan warga PMBTD

Selain mengeratkan hubungan antara pemimpin dan anggota, majlis ini juga untuk meraikan pelajar Sekolah Tahfiz Anak Yatim ATM (STAY ATM) yang mana dapat memberikan kemeriahan buat pelajar-pelajar ini menyambut Ramadan.

Turut hadir, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman dan Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online