Bersama Pemimpin

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD

KUALA LUMPUR: Seramai 43 Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) telah dinaikkan pangkat serta 10 Mej (Kehormat) dan enam pegawai sukarela dipakaikan pangkat oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan diiringi oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 18 Apr 2025.

Majlis didahului dengan kenaikan pangkat dari Brig Jen ke Mej Jen ke atas Mej Jen Hj Abdul Jalal Zaidi Abdul Majid yang akan menjawat jawatan sebagai Inspektor Jeneral Bahagian Inspektorat Tentera Darat (IJ BITD) dan Mej Jen Mohd Azmurin Mat Khalib yang akan menyandang jawatan Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Barat TD.

Selain itu, acara pemakaian pangkat ke atas lima Brig Jen antaranya adalah Brig Jen Azman Md Zain, Brig Jen Abd Munir Hj Abd Rani, Brig Jen Rosli Maarof, Brig Jen (Dr) Zahani Mohamed dan Brig Jen Mohd Jihadi Hj Ahmad yang akan menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Agama Markas TD.

Dalam majlis yang sama seramai 16 Pegawai dinaikkan ke pangkat Kol, 20 pegawai dinaikkan ke pangkat Lt Kol, 10 pegawai dilantik sebagai Mej (Kehormat) dan lima pegawai dinaikkan pangkat sebagai Lt Kol (Sukarela) dan seorang pegawai dipakaikan pangkat Lt M (Sukarela).

PTD dalam ucapannya mengingatkan bahawa kenaikan pangkat hadir bersama tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan penuh kejujuran dan dedikasi serta turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada para pegawai yang telah dinaikkan pangkat.

Tambahnya lagi, beliau mengharapkan agar kenaikan pangkat ini menjadi penyuntik semangat kepada para pegawai menjalankan tugas yang diamanahkan dengan seikhlas hati dan sentiasa menitikberatkan kebajikan anggota bawahan.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Dato’ Mohd Razali Alias, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar : Kpl Mohammad Fadzil Akirul dan Pbt Syfiqrullah Mazlan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online