BAKATBersama PemimpinSemasa

Melaka Meriah Dengan Sambutan Hari Terbuka BAKAT Darat

MELAKA: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isteri, Puan Sri Datin Wira Hartiah Hamzah selaku Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat menyempurnakan pelancaran Hari Terbuka BAKAT Darat Tahun 2024 bertempat di Dataran Sejarah, Ayer Keroh pada 27 Jul 2024.

Acara dimulakan dengan persembahan Tarian Selamat Datang sebelum diikuti pelancaran Hari Terbuka BAKAT Darat dan persembahan live band oleh Kombo De Armor serta segmen Hari Kesihatan, Promosi Kerjaya dan Supper yang menawarkan tempahan atau pembelian langsung dari gerai BAKAT.

Dalam acara ini, PTD dan isteri turut menyampaikan cenderahati kepada dua kategori iaitu kategori Gerai Kreatif yang dimenangi oleh formasi Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MK PLDTD) manakala kategori Keseluruhan Gerai Tercantik dimenangi oleh formasi Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div).

Program yang berlangsung selama tiga hari mulai 26 hingga 28 Jul 2024 ini merupakan julung kali diadakan bertujuan untuk memperkenal dan mempromosikan BAKAT Darat kepada pihak luar terutamanya masyarakat awam.

Di samping itu, ia juga adalah untuk mewujudkan jaringan kerjasama dengan persatuan-persatuan wanita yang berdaftar di luar organisasi bagi tujuan mempromosi, menyumbang tenaga dan kemahiran terutamanya berhubung dengan pembangunan modal insan serta amal kebajikan.

Pengunjung juga berpeluang menikmati pameran aset ketenteraan, program kesihatan, gerai jualan, permainan Soopa Soopa serta persembahan Kombo De Armor: The Black Track dari pasukan Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja (11 KAD).

Pada hari terakhir program, Pengerusi Jemaah BAKAT Darat bersama isteri Ketua Menteri Negeri Melaka, Datin Seri Utama Zuriyah Abdul Aziz dan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Puan Sri Datin Seri Ramlah Dawi menyertai acara menembak pistol selain melaksanakan aktiviti joyride kenderaan Armor di sekitar Kem Terendak.

Turut hadir memeriahkan pelancaran Hari BAKAT Darat, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan, Ketua Staf Markas Tentera Darat dan Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat bersama pasangan masing-masing.

Gambar: Pbt Nanatasha Ngadan & MK 3 Div

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online