Bersama PemimpinMK TDSemasa

MMR Hargai Bakti Pegawai Kanan TD

KUALA LUMPUR: Seramai 46 Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) diraikan dalam Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) sempena Persaraan Pegawai Kanan TD yang dihadiri oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Wisma Perwira Tentera Darat (TD) pada 15 Nov 2019.

Majlis yang penuh istiadat ini bertujuan meraikan Pegawai Kanan TD yang telah bersara dan bakal bersara pada tahun 2019 hingga 2020 yang telah mengabdikan seluruh jiwa dan raga dengan penuh komited kepada negara serta perkhidmatan ATM amnya dan TD khasnya.

Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pegawai Kanan TD di mana segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan akan terus diingati dan dihargai.

“Saya ucapkan selamat bersara, selamat menempuhi dunia awam dan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan harapan saya agar hubungan silaturahim yang sedia terjalin tidak akan putus,”ujar PTD.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami dan Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Dato’ Wira Zamrose Mohd Zain.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online