AgamaBersama PemimpinRencanaSemasa

Sambutan Maulidur Rasul 2021 Peringkat TD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Tentera Darat (TD) Tahun 1443H di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 20 Okt 2021.

Sambutan bagi memuliakan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW pada hari ini dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan kemudian diteruskan dengan Ceramah Khas Maulidur Rasul bertajuk Rasulullah Andai Dirimu Masih Ada yang disampaikan oleh seorang penceramah bebas, Suhaimi Ahmad Wakid.

Acara diteruskan lagi dengan selawat beramai-ramai yang diketuai oleh Pengarah Agama MK TD, Kol Zainal Abidin Mohd Salleh bagi mengambil barakah dan diteruskan dengan solat isyak berjemaah.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan serta penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan.

Sambutan ini diadakan mengikut panduan serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang mana setiap tetamu memakai pelitup muka, menjalani saringan suhu dan melakukan penjarakan fizikal.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Ketua Staf Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Haji Subari Haji Tomo.

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online