Bersama PemimpinSemasa

Penghormatan Akhir Warga MK TD Kepada Mantan PTD Ke-29

KUALA LUMPUR: Warga Markas Tentera Darat (MK TD) memberi penghormatan terakhir kepada mantan Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-29, Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman di Wisma Pertahanan pada 6 Sep 2023.

 

Beliau akan dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-22 berkuatkuasa hari ini selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain dengan menjawat jawatan sebagai PTD Ke-29 pada 22 Mac 2023 yang lalu.

 

Menelusuri latar belakangnya, beliau telah menghadiri pelbagai kursus di dalam dan luar negara seperti Kursus Staf dan Taktik Gred Dua di Waiouru, New Zealand dan Army Command and Staf College di Queenscliffe, Australia.

 

Mantan PTD Ke-29 diraikan dengan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) sebagai tanda penghormatan atas khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang beliau menerajui Tentera Darat.

 

Gambar: Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online