Bersama PemimpinSemasa

Pertandingan Menembak Sempena Pameran DSA-NATSEC 2022

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menganjurkan Pertandingan Menembak sempena Pameran Defence Security Asia (DSA) 2022-National Security (NATSEC) di Lapang Sasar Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) pada 30 Mac 2022.

Pertandingan anjuran KDN dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melibatkan 100 orang peserta terdiri daripada KDN, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan delegasi luar negara.

Acara yang dipertandingkan terbahagi kepada dua kategori iaitu Centre Fire yang dilaksanakan secara individu dan Tembakan Piring secara berkumpulan menggunakan senjata Pistol jenis CZ P-09 (9mm) dari jarak 15 meter.

Johan pertandingan bagi kategori Centre Fire dimenangi oleh Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Naib Johan dirangkul oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, manakala tempat Ketiga disandang oleh Ketua Pengarah JIM (KP JIM), Dato’ Seri Khairul Dzaimee Daud.

Seterusnya bagi kategori Tembakan Piring, Tim KP JIM telah dinobatkan sebagai Johan, manakala Naib Johan dimenangi oleh Tim Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Indera Hj Yazid Hj Arshad TUDM.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, Kepala Staf Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (KASAD), Jen Dudung Abdurachman dan Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online