LawatanSemasa

PTD Lawat Kilang DEFTECH

PAHANG: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain melakukan lawatan kerja ke Kilang DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH) di Pekan pada 27 Nov 2020.

Dalam lawatan tersebut PTD dibawa melawat fasiliti kilang dan melihat pameran statik variasi kenderaan yang dihasilkan yang mana DEFTECH merupakan pembekal utama kenderaan perisai kepada Tentera Darat (TD).

Antara keluaran kenderaan perisai yang dibekalkan kepada TD seperti Kenderaan Perisai ADNAN, LIPAN BARA dan Kenderaan Perisai GEMPITA.

Terdahulu dari itu, sebaik ketibaan PTD, beliau disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif DEFTECH, Mohd Fazley Ariffin lalu diberikan taklimat berkaitan perkembangan semasa DEFTECH.

Selain itu PTD turut menyaksikan tayangan video Pahlawanku yang dihasilkan DEFTECH sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial korporat dan penghargaan kepada perwira negara yang mengisahkan pengorbanan oleh pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM menentang insurgensi suatu ketika dahulu.

Turut hadir Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan TD, Mej Jen Rashidin Hashimi Ab Rashid, Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Zaidan Atan, Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Penilaian TD, Brig Jen Ahmad Abu Bakar dan Ketua Pegawai Operasi DEFTECH, Mej Jen (B) Dato’ Mahadi Yusof.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online