Bersama PemimpinKebajikanLawatanTrup TD

PTD Luang Masa Bersama Warga 10 Bgd (Para)

MELAKA: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan melaksanakan Lawatan Ulung ke Markas Briged Ke-10 (Para) (MK 10 Bgd (Para)) di Kem Terendak pada 28 Mac 2024.

Sejurus tiba di Dataran 10 Bgd (Para), beliau diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat lalu diiringi oleh Panglima 10 Bgd (Para), Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal bagi pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) (17 RAMD (Para)) yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Seterusnya, PTD dibawa ke Dewan Md Hashim bagi mendengar taklimat mengenai Organisasi dan Pentadbiran 10 Bgd (Para) sebelum menyempurnakan perasmian Galeri Way Forward 10 Bgd (Para).

Pada sebelah petang diadakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Tentera Darat di Masjid As-Syuhada di mana PTD dan isteri, Puan Sri Datin Hartiah Hamzah selaku Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat turut berkesempatan menyerahkan sumbangan kepada peserta-peserta khatam Al-Quran.

PTD dan isteri mengakhiri sesi lawatan dengan meluangkan masa berbuka puasa bersama warga 10 Bgd (Para) di Dewan Serbaguna, Kem Terendak serta turut menyampaikan sumbangan kepada 50 orang golongan asnaf dan 13 orang yang mengalami masalah penyakit kronik.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Norsham Md Tap dan Pegawai Kanan TD.

Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online