Bersama PemimpinSemasa

Cwg Log MK TD Terima AKS Baharu

KUALA LUMPUR: Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Hj Subari Hj Tomo menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf Logistik Cawangan Logistik Markas Tentera Darat (Cwg Log-MK TD) di Wisma Perwira TD pada 9 Feb 2021.

Serah Terima Tugas tersebut diantara Brig Jen Roslan Hj Shaari yang akan menamatkan perkhidmatan telah menyerahkan tugas AKS Log kepada Brig Jen Hj Zainal Shukri Hj Mohamed Zain.

Acara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas disempurnakan di hadapan KS TD.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain, TPTD, Lt Jen Dato’ Mohammad Abdul Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Hafizuddean Jantan serta penglibatan minima pegawai kanan TD sejajar dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Gambar: LKpl Muhammad Nashriq Khairul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button