Bersama PemimpinSemasa

TD Korban 20 Ekor Lembu

KUALA LUMPUR: Seramai 600 orang warga Tentera Darat (TD) terlibat dalam Majlis Ibadah Korban Peringkat TD Tahun 2024M/1445H yang disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim bertempat di Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (PP RAMD) pada 18 Jun 2024.

Matlamat pelaksanaan ibadah korban ini bertujuan untuk memperkasakan semangat dan jiwa pengorbanan dalam kalangan anggota tentera selain memperingati sejarah perjuangan dan pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S dalam menjalankan misi dakwah Islamiah.

Majlis dimulakan dengan simbolik penyerahan pisau penyembelihan oleh TPTD kepada Pengarah Agama Markas TD, Kol Hasbullah Salleh dan seterusnya diikuti dengan acara penyembelihan sebanyak 20 ekor lembu korban yang terdiri daripada 18 ekor lembu penyertaan warga TD serta dua ekor lembu daripada sumbangan Syarikat Al-Khaliq Global Sdn Bhd dan Syarikat Malkraine.

Acara diakhiri dengan penyerahan daging korban yang diagihkan kepada warga TD, wakil golongan asnaf, wakil Rumah Anak Yatim, wakil Maahad Tahfiz dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk memenuhi tuntutan agama serta meningkatkan kesejahteraan dan kebersamaan masyarakat.

Turut hadir, isteri TPTD, Datin Haslinda Mohd Ali, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri dan isteri, Datin Hjh Rosilawati Ahmad Tajri, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: LKpl Mohammad Shukri Suhaimi, LKpl Mohammad Fadzil Akirul & Pbt Nanatasha Ngadan

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online