Tag: Kadet

  • 1,927 Pegawai Kadet PALAPES Terima Watikah Pentauliahan

    1,927 Pegawai Kadet PALAPES Terima Watikah Pentauliahan

    SELANGOR: Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam Ke-43 telah menyaksikan seramai 1,927 pegawai berjaya menamatkan latihan ketenteraan terdiri daripada 1,098 Pegawai Kadet Darat, 431 Pegawai Kadet Laut dan 398 Pegawai Kadet Udara bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 13 Sep 2025.

    Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj disambut oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Hj Mohd Nizam Hj Jaffar serta serta Naib Canselor UPM, Kol (Kehormat) Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

    Baginda kemudiannya menerima tabik hormat sebelum berkenan memeriksa perbarisan yang terdiri daripada 16 detasmen diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan Hanif Mohd Bakhtiar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

    Perbarisan turut menyaksikan Baginda Tuanku berkenan menyempurnakan acara Penganugerahan Pedang Kehormat kepada 39 Pegawai Kadet Terbaik dari setiap PALAPES Universiti Awam.

    Penganugerahan ini melambangkan keunggulan kepimpinan, disiplin serta kecemerlangan pencapaian sepanjang menjalani latihan sekali gus menjadi pemangkin semangat kepada rakan seperjuangan lain dalam memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara.

    Dalam titah DYTM Tuanku Raja Muda Selangor, baginda menzahirkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan seluruh Pegawai Kadet yang berjaya menamatkan latihan.

    “Beta yakin dengan berbekalkan ilmu serta pengalaman yang diperoleh sepanjang latihan, pegawai-pegawai muda ini akan dapat menyumbang ke arah pembentukan ATM yang disegani.

    “Ingatlah, sumpah taat setia yang diikrarkan bukan sekadar lafaz di bibir, tetapi merupakan janji suci kepada nusa dan bangsa.

    “Jadikanlah pentauliahan ini sebagai titik tolak kepada tanggungjawab yang lebih besar dalam menggalas peranan sebagai pemimpin muda dan perwira simpanan negara,” titah Baginda.

    Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy Ithnain dan Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan Aris TUDM.

    Gambar: LKpl Muhammad Syafiqrullah Mazlan & Pbt Nanatasha Ngadan

    situs slot

    slot gacor hari ini

    situs slot

    slot gacor

    situs slot gacor

    situs togel

    link slot

    situs slot gacor

  • Istiadat Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadet ATM Tahun 2023

    Istiadat Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadet ATM Tahun 2023

    KUALA LUMPUR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan (YDP) Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2023 di Padang Kawad Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) pada 22 Jul 2023.

    Keberangkatan tiba baginda dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hjh Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj disambut oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hasan bersama Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM dan seterusnya menerima tabik hormat serta memeriksa kontinjen perbarisan yang terdiri daripada empat detasmen berkekuatan seramai 228 Pegawai Kadet ATM diiringi gabungan Pancaragam Pusat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan dianugerahkan kepada Pegawai Rendah Kanan (PRK) Mohamad Norizzaini Norizam manakala Pegawai Kadet Terbaik Tentera Darat Malaysia (TDM) dinobatkan kepada PRK Khairul Faisal Hasanuddin diikuti Pegawai Kadet Terbaik TLDM yang disandang oleh PRK Batalion Muhamad Amree Aqiel Zyreemy dan Pegawai Kadet Terbaik TUDM jatuh kepada PRK Muhammad Hafizzudin Zakaria.

    YDP Agong bertitah, kerajaan perlu melipatgandakan usaha untuk terus memperkasa dan memodenkan ATM berikutan dunia sedang menyaksikan pertembungan antara kuasa-kuasa besar tradisional dengan kemunculan kuasa-kuasa baharu.

    “Semua ini menuntut kepada pembentukan ATM yang kredibel, berteknologi tinggi dan berupaya untuk diadaptasi bagi menghadapi pelbagai bentuk ancaman,” titah baginda.

    Selain itu, baginda turut menitahkan kerajaan agar memberi tumpuan terhadap aspek kebajikan dan kesejahteraan warga ATM serta keluarga termasuk golongan veteran.

    Perbarisan diakhiri dengan tiga kali laungan ‘Daulat Tuanku’ sebelum baginda berangkat ke Dewan Tun Templer bagi menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Watikah Pentauliahan kepada semua Pegawai Kadet.

    Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM, Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali dan pegawai-pegawai kanan ATM.

    Gambar: Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir