Semasa

Eks Keris Strike Tingkat Tahap Interoperability TDM dan USARPAC

PAHANG: Seramai 88 pegawai dan 438 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP)  dari  Tentera Darat Malaysia (TDM) dan United States Army Pacific (USARPAC) terlibat dalam Perbarisan Pembukaan Eksesais (Eks) Keris Strike Siri 21/2017  yang dirasmikan oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah bersama Commander of 116th CBCT, Colonel Farin D, Schwartz di Padang Kawad Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja Mekanize (7 RRD Mek) pada 7 Ogos 2017.

Acara dimulakan dengan gimik pelancaran serta pemakaian toha atau ‘arm bands’ kepada peserta sebagai simbolik rasmi dalam pembukaan sesuatu eks ketenteraan serta melambangkan perwakilan peserta di dalam sesuatu kumpulan dimana kumpulan tersebut melibatkan Exercise Controller (EXCON), Higher Controller (HICON), Lower Controller (LOCON), Situational Force (SITFOR) dan Evaluation Team.

Eks Keris Strike dilaksanakan selama 12 hari bermula 7 hingga 18 Ogos 2017 di sekitar Kawasan Am Hutan Kemasul yang merupakan siri gabungan latihan pada setiap tahun di antara TDM dengan USARPAC di bawah program Bilaterial Traning and Consultative Group (BITACG) sejak tahun 1996 lagi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Div) dan Markas Briged Keempat Infantri Malaysia Mekanize (MK 4 Bgd Mek) merupakan Formasi TD yang dipertanggungjawabkan untuk mengkoordinasi dan melaksanakan eks ini yang melibatkan seramai 456 keanggotaan dari TDM dari formasi dan pasukan-pasukan seperti MK 3 Div, MK 4 Bgd (Mek), Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanize (12 RAMD Mek), 14 RAMD Mek, 19 RAMD Mek, Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD), 11 KAD, Rejimen 505 Akar Wataniah (505 AW), Trup 10 Bgd (Para), 21 Grup Gerak Khas (21 GGK), 11 Rejimen Gerak Khas (11 RGK), 881 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), Batalion 165 Risik Tentera Darat (165 MIB), 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (8 RAJD) serta pasukan di bawah naungan MK 4 Bgd (Mek).

Manakala seramai 379 keanggotaan dari USARPAC melibatkan pasukan utama dari US Pacific iaitu 9th Military Sealift Command (MSC), 116th Cavalry Briged Combat Team (CBCT), 2-25 Combat Aviation Battalion, Regional health Command Pasific (RHC-P), Asia Pacific C-Ied Fusion Centre (APCFC), Contracting Sustainment Briged (CSB) dan tim sokongan logistik.

Eks ini berkonsepkan latihan Command Post Exercise (CPX) yang memberi penekanan terhadap operasi Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) dalam senario banjir manakala pelaksanaan Field Traning Exercise (FTX) dan Subject Matter Expert Exhange (SMEE), TD memberi pendedahan terhadap pelaksanaan operasi hutan atau Motorised Infantry and Counter Insurgency Warfare (CIW) dan bagi latihan pertukaran dalam bidang kepakaran lebih memfokuskan kepada Medical First Responder (MFR), Aviation, Unmanned Aerial System (UAS), Counter Improvised Explosive Device (C-IED) dan Special Operation Force (SOF).

Objektif utama pelaksanaan latihan bersama ini untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta daripada TD dan USARPAC khususnya dalam pengurusan bencana alam dan bantuan kemanusiaan atau HADR sama ada di dalam bentuk akademik dan praktikal serta meningkatkan keupayaan untuk beroperasi di dalam misi-misi pelaksaanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atau beroperasi dalam pelbagai keadaan.

Disamping itu juga, perkongsian ilmu kepakaran di dalam bidang SMEE turut dilaksanakan sebagai platform untuk mempelajari teknik, taktik dan prosedur baru dari kedua-dua belah pihak selain dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan bagi kedua-dua buah Negara serta meningkatkan tahap interoperability di antara trup yang mengambil bahagian dengan menambah pengetahuan taktikal dan prosedur operasi staf melalui percambahan pengetahuan selain dapat melatih prosedur postad di antara pemerintah dan staf dalam eks gabungan.

Dalam ucapan Panglima 3 Div, beliau menyatakan agar sentiasa mempamirkan tahap profesionalisme yang tinggi dan terbaik dari aspek tingkah laku dan perlaksanaan tugas dimana nama baik TDM dan MK 3 Div khususnya bergantung penuh pada persembahan sepanjang eks ini berlangsung.

“Saya berkehendakan agar anda semua sentiasa menunjukkan kepada mereka bahawa kita adalah sebuah ketumbukan angkatan yang amat profesional, cekap dalam tugas serta berdedikasi tinggi agar lebih peka dan faham akan prosedur serta tindakan-tindakan untuk memastikan tidak ada kes-kes pencemaran keselamatan berlaku,” tegas beliau.

Turut hadir Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu dan pegawai serta anggota LLP kedua-dua negara yang terlibat.

Gambar: Kapt Aminin Hafizhin Minhad dan Sjn Saiful Fazley Rusli

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online