JOHOR: Seramai 35 kanak-kanak telah menyertai Program Khatan Perdana JHEV ATM Johor 2017 dengan kerjasama Markas 7 Briged di Dewan Terbuka Taman Sri Lalang,Kluang pada 4 Dis 17.
Acara yang mendapat kerjasama dari Markas 7 Bgd itu telah dilaksanakan bersama pasukan Batalion Kedua Perubatan (2 Bn Ubat) Kem Mahkota yang diketuai oleh Peg Memerintah, Lt Kol (Dr) Zulfikar Abd Rahim serta 5 Pegawai dan 20 Lain-Lain Pangkat (LLP).
Selain acara bersiram, kanak-kanak yang terlibat dalam program ini turut diarak ke Surau Taman Sri Lalang dengan paluan kompang serta bunga manggar.
Selain dapat mengisi masa cuti anak-anak veteran ATM, program ini juga dapat menimbulkan keyakinan kepada mereka yang terlibat untuk menjadi insan yang berguna dewasa kelak.
[divider style=”solid” top=”20″ bottom=”20″]
[srizonfbalbum id=72]