KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain diiringi Panglima Logistik Tentera Darat (PL TD), Mej Jen Hj Rusni Saad menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat (TD) di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP) pada 15 Mac 2023.
Aset-aset yang diserahkan melibatkan Kenderaan Jenis B (KJB) iaitu empat unit Rapid Intervention Vehicle, 151 unit Trak 1 Tan GS Kargo dan diikuti dengan perolehan 13 laras Heavy Machine Gun (HMG) 12.7 millimeter serta 1000 unit Very High Frequency (VHF) Section Set.
Selain itu, terdapat dua aset yang diperolehi secara berfasa iaitu 44 unit Boat Trailer dan dua unit Logistic Support Bridge (LSB).
Majlis penyerahan ini dilihat sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan.
Gambar: Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein