KEDAH: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan mengucapkan setinggi-tinggi penghormatan kepada Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad atas ternoktahnhya perkhidmatan beliau yang tidak berbelah bahagi sepanjang 36 tahun ini adalah sebuah epik perjalanan seorang pahlawan sejati Tentera Darat Malaysia (TDM) dan khususnya Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
“Sesungguhnya jasa beliau terlalu tinggi untuk diukur, terlalu luhur untuk dinilai dan terlalu bernilai untuk dibayar kembali oleh nusa dan bangsa.
“Try Not To Be Become A Man Of Succes, But Rather Try To Be Become A Man Of Value bertetapan dengan kata-kata ini, value atau nilai kepimpinan telah dicoretkan bermula dari tahun 1988 yang semestinya hingga kini akan meninggalkan legasi ampuh kepada kita semu dan akan meninggalkan satu teladan yang wajar diikut oleh sekalian warga TD” ujar PTD.
Perbarisan berkonsepkan berjalan lalu secara cepat ini terdiri daripada lima detasmen melibatkan seramai 18 pegawai dan 291 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Lt Kol Wazir Syafiq Nodin, Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD).
Acara kemudian diteruskan dengan sesi bergambar dan penyampaian cendera kenangan sebelum diakhiri dengan acara street lining sebagai simbolik penghargaan daripada warga 6 RAMD.
Turut hadir, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Hj Fazal Hj Abdul Rahman, Panglima 6 Bgd, Brig Jen Mohd Fouzi Sulaiman dan Pengarah Infantri, Brig Jen Saiful Bahari Zainol.
Gambar: Pbt Syfiqrullah Mazlan