Penghargaan

Perbarisan Penghargaan Mej Jen Azaman Jaafar

KUALA LUMPUR: Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim mengucapkan setinggi-tinggi penghormatan kepada Mej Jen Azaman Jaafar atas dedikasi yang tidak berbelah bagi atas khidmat bakti, jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang 41 tahun perkhidmatannya khususnya dalam Kor Perkhidmatan Am (KPA).

Perbarisan berkonsepkan perbarisan statik ini terdiri daripada empat detasmen melibatkan seramai 15 pegawai dan 173 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) KPA yang diketuai oleh Lt Kol Shahrin Ibrahim dari Kompenan Gaji.

“Ketokohan dan keterampilan beliau telah menunjukkan dedikasi yang luar biasa mengabdikan diri dengan penuh keikhlasan serta tidak pernah luntur semangat dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan,” ujar TPTD semasa berucap dalam Perbarisan Penghargaan Mej Jen Azaman Jaafar di Padang Kawad 1 RRD Kem Wardieburn pada 15 Mei 2025.

Antara jawatan penting yang pernah disandang oleh beliau adalah Pegawai Gaji, Batalion ke 17 Rejimen Askar Melayu Diraja, Pegawai Staf Satu Kajian, Bahagian Audit Dalam Siasatan Am (BADSA), Pegawai Staf Satu Turus, Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera Darat (ATM), Pengarah Belanjawan, Cawangan Perancangan, Pembangunan dan Ketua Pengarah Belanjawan.

Acara kemudian diteruskan dengan sesi bergambar dan penyampaian cendera kenangan sebelum diakhiri dengan acara Send Off sebagai simbolik penghargaan warga KPA kepada Mej Jen Azaman Jaafar.

Turut hadir, Panglima ke 12 Infantri Malaysia, Brig Jen Mohammad Fauzi Abu Bakar, Pengerusi Kor Perkhidmatan Am, Brig Jen Dato’ Zamzuri Harun dan Panglima Div keempat Infantri Malaysia Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal.

Gambar : Kpl Mohammad Fadzil Akirul, LKpl Muhammad Nor Akram Halib, Pbt Syfiqrullah Mazlan dan Pbt Nanatasha Ngadan

kampungbet

kampungbet

situs slot gacor

situs toto

kampungbet

monperatoto

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online