Bersama PemimpinLawatanSemasa

DYMM Sultan Nazrin Lawat 70 Rej Pakar Janaelektrik RAJD (AW)

PERAK: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah selaku Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Kol YDP RAJD) berkenan bercemar duli melaksanakan lawatan ke 70 Rejimen Pakar Janaelektrik RAJD (AW) bertempat di Sistem Janakuasa Sultan Azlan Shah, Bersia pada 17 Ogos 2025.

Ketibaan baginda disambut oleh Menteri Besar Perak, Brig Jen (Kehormat) Dato’ Seri Saarani Mohamad bersama kepimpinan tertinggi negeri dan ketenteraan sebelum berkenan berangkat ke Bilik Jabatan HSE untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah 70 Rej Pakar Janaelektrik RAJD (AW), Lt Kol Dato’ Ir Muhamad Nazri Pazil.

Selesai sesi taklimat, baginda dibawa meninjau kawasan empangan bagi melihat dengan lebih dekat aspek teknikal dan kepakaran pasukan dalam mengurus serta menjana tenaga elektrik strategik negara.

Lawatan turut disusuli dengan sesi menandatangani buku lawatan, kunjungan ke Galeri TNB Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah dan seterusnya penyampaian cendera kenangan sebagai simbol penghargaan.

Lawatan ini memperlihatkan keprihatinan tinggi DYMM Paduka Seri Sultan Perak terhadap peranan penting 70 Rejimen Pakar Janaelektrik RAJD (AW) dalam memastikan kelestarian tenaga elektrik untuk tujuan keselamatan, operasi strategik dan kepentingan negara.

Turut hadir, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen (Bersara) Tan Sri Dato’ Seri Diraja Mohd Zahidi Zainuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Kol (Kehormat) Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Dato’ Mohammad Razief Che Ahmad dan Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal.

Gambar: LKpl Muhammad Nor Akram Halib

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online