Tag: Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan

  • Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela Dan Tauliah Kehormat AW

    Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela Dan Tauliah Kehormat AW

    KUALA LUMPUR: Seramai 57 Pegawai Kanan Sukarela, Tauliah Kehormat dan Pegawai Sukarela Tauliah Baharu Askar Wataniah (AW) terlibat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela dan Tauliah Kehormat AW yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan bertempat di Dewan Tanjung, Wisma Tansit Kuala Lumpur (WTKL) pada 26 Okt 2023.

    PTD mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat dan merupakan pengiktirafan oleh TD serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada para pegawai yang terlibat.

    Selain itu pangkat yang disandang hadir bersama amanah, tanggungjawab dan tugas yang harus dipikul dengan sebaik-baiknya.

    “Peranan dalam Rejimen Askar Wataniah peringkat negeri mahupun Rejimen adalah untuk membantu ganti angkatan tetap dalam mempertahankan kepentingan strategik negara, membantu dalam operasi keselamatan dan bersedia untuk dimobilisasi apabila diperlukan serta membantu bekerjasama dengn pihak berkuasa awam semasa kecemasan dan bencana alam.

    “Askar Wataniah juga berperanan menjadi penghubung antara rakyat dan tentera sebagaimana yang dinyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP).

    “Bagi meningkatkan lagi keberkesanan Askar Wataniah, TD akan turut melibatkan mereka dalam latihan bersama perkhidmatan lain dan agensi kerajaan serta latihan bersama Tentera Negara Asing bertujuan untuk menerapkan elemen Kebersamaan dan Kebolehoperasian di kalangan pegawai dan anggota Sukarela untuk meningkatkan tahap kesiagaan menghadapi sebarang kemungkinan dan ancaman” kata PTD.

    Majlis diakhiri dengan acara bergambar sebelum diteruskan jamuan makan.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Abdul Rahman A.Wahab.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • Gunakan Pengetahuan dan Pengalaman Bimbing Anggota Bawahan – PTD

    Gunakan Pengetahuan dan Pengalaman Bimbing Anggota Bawahan – PTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) berpangkat Pegawai Waran Dua (PW II) serta mengharapkan mereka dapat menggunakan pengetahuan dan pengalaman untuk membimbing serta memimpin anggota bawahan memahami tugas dan peranan masing-masing.

    “Sebagai tulang belakang Tentera Darat, saudara dan saudari hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran serta kebolehan agar dapat melaksanakan tugas dalam jawatan disandang disamping memimpin dan menguruskan anggota bawahan”.

    “Dalam mengharungi situasi semasa dan cabaran generasi muda yang celik IT serta pengaruh media sosial, saudara saudari tidak seharusnya membataskan pengetahuan dalam ruang lingkup ketenteraan, tetapi juga pengetahuan lain yang memberi nilai tambah kepada perkembangan diri dan anggota bawahan. Dengan ini ianya membolehkan saudara saudari menjadi pemimpin yang versatil dan lebih baik,” ucap PTD.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan semasa Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Waran Satu (PW I) Tentera Darat di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada 26 Okt 2023.

    Tegas PTD lagi, sebagai PW I tunjukkanlah tauladan yang baik, terapkan nilai integriti dan keikhlasan dalam melaksankan tugas kepada anggota yang dipimpin kerana anda merupakan cerminan yang menjadi ikutan mereka.

    Terdahulu PTD menyempurnakan acara pemakaian pangkat PW I kepada 59 anggota LLP berpangkat PW II dari pelbagai Kor dan Rejimen TD.

    Majlis diakhiri dengan acara bergambar dan jamuan makan.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan Pegawai Kanan TD.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • Dua Pegawai Kanan TD Pakai Pangkat

    Dua Pegawai Kanan TD Pakai Pangkat

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) di Bilik Tamu, Pejabat PTD pada 24 Okt 2023.

    Majlis dimulakan dengan Brig Jen Roba’i Rahmat dipakaikan pangkat ke Mej Jen serta menjawat jawatan Ketua Pengarah Cawangan Tenaga Kerja (CTK) MK ATM-BPA manakala Kol Mohd Mansor Hj Mohd Sharip dipakaikan pangkat Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Komandan INSPEKA.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

  • Perutusan Perintah Ulung PAT Ke-22

    Perutusan Perintah Ulung PAT Ke-22

    KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman menyempurnakan Perbarisan Perutusan Ulung PAT Ke-22 di Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi pada 23 Okt 2023 setelah perlantikan beliau sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    Perbarisan melibatkan seramai 40 Pegawai dan 1,158 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) merangkumi 12 detasmen yang terdiri daripada enam detasemen Tentera Darat (TD), tiga detasemen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga detasemen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Turut menyaksikan terbang lintas empat buah pesawat helikopter ATM iaitu dua buah helikopter EC-725 TUDM, helikopter Fennec TLDM dan helikopter A-109 TDM yang membawa bendera ATM, TD, TLDM dan TUDM yang diketuai oleh Mej Khairul Ridhuan Ramlee TUDM. Perbarisan juga turut diiringi oleh Pancaragam Gabungan ATM di bawah pimpinan Lt Amirul Shafiq Abdul Aziz.

    Perutusan yang disampaikan oleh PAT menggariskan empat teras falsafah pemerintahan dalam mendukung semangat kebersamaan dan tidak menyongsong arus secara sendiri untuk menjadi sebuah organisasi.

    Empat teras Perintah Ulung PAT seiring dengan Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang berkeinginan untuk menjadikan ATM sebuah Angkatan Masa Hadapan bercirikan kesepaduan, tangkas dan berfokus menjelang Tahun 2030. Teras tersebut merangkumi empat penekanan iaitu, teras pertama Memperkasakan Keupayaan Dan Kesiagaan Menuju Angkatan Masa Hadapan, teras kedua Melaksanakan Transformasi Operasi, Latihan Dan Doktrin, teras ketiga Menggilap Modal Insan Angkatan Yang Positif Dan Progresif Secara Holistik dan teras keempat Memperkasakan Gagasan Bersepadu Tentera Dan Rakyat. Justeru, PAT mengajak setiap warga ATM untuk bersama-sama menjana buah fikiran dan menggembleng daya usaha dengan penuh kesetiaan, keazaman dan komitmen demi menentukan kecemerlangan ATM.

    Terdahulu, PAT telah mengambil Tabik Hormat serta memeriksa perbarisan menggunakan Kenderaan Perisai 8×8 GEMPITA.

    Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Ithnain, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad, Panglima-Panglima Formasi dan pegawai kanan ATM.

  • PTD Ke-30 Dianugerahkan Beret Merun Dan Sayap Penerjunan Kanan Kehormat 10 Briged (Para)

    PTD Ke-30 Dianugerahkan Beret Merun Dan Sayap Penerjunan Kanan Kehormat 10 Briged (Para)

    MELAKA: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged (Para) yang disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd (Para), Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal di Dataran Parawood Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD) (Para) pada 21 Okt 2023.

    Ketibaan PTD disambut dengan Persembahan Tarian Ngajat dan di bawa ke Dataran Parawood 8 RRD (Para) bagi menyaksikan Demonstrasi Dinamik 10 Bgd (Para).

    Demonstrasi dimulakan dengan aksi Penerjunan Bebas dan diteruskan dengan pertunjukan Tempur Tanpa Senjata (TTS), Renang Tempur, Tactical Combat And Casualty Care (TCCC), Demonstrasi Menara, Sniper Insertion, Tembakan Artileri Medan serta Serangan Seksyen sebelum diakhiri dengan Penerjunan Bebas menggunakan Military Tactical Glider dari ketinggian lima ribu kaki yang digugurkan dari Pesawat EC 725 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Acara kemudiannya diteruskan dengan penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Bgd (Para) dan diakhiri dengan sesi menandatangani buku lawatan.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan, Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Dato’ Rashidin Hashimi Ab Rashid dan pegawai kanan TD.

  • TATU ATM Meraikan 25 Tahun Jubli Perak Pemerintahan Sultan Terengganu

    TATU ATM Meraikan 25 Tahun Jubli Perak Pemerintahan Sultan Terengganu

    TERENGGANU: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah diiringi Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan mencemar duli bagi menyaksikan Penutup Persembahan TATU Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Karnival Terbuka bersempena Sambutan 25 Tahun Jubli Perak bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah pada 6 Okt 2023.

    Kehadiran dianggarkan 40,000 pengunjung menyaksikan majlis penutup pada malam ini yang mempamerkan pelbagai persembahan menarik seperti aksi pertempuran pasukan elit daripada 11 RGK, persembahan Pancaragam TD, Kuda Istiadat, Tarian Perang, Anjing Perang, Kawad Senyap, serta pertunjukan Tempur Tanpa Senjata (TTS).

    Acara kemuncak diteruskan dengan aksi lagak ngeri oleh Army Red Warrior iaitu Tim Akrobatik Motosikal TD dengan melepasi enam buah kereta yang dilakukan oleh Sjn Saidatul Husna Kamaruddin menggunakan motosikal jenis Scrambler Kawasaki 250cc.

    Tumpuan utama bagi penutup Persembahan TATU ATM beralih kepada aksi Penerjunan Bebas daripada 10 Bgd Para melibatkan lapan anggota yang diketuai Timbalan Panglima 10 Bgd Para, Kol Khairul Anwar Soib.

    Acara diakhiri dengan perarakan masuk anggota daripada kontinjen-kontinjen yang terlibat dalam TATU ATM dan dihiasi dengan kemeriahan tembakan bunga api.

    TATU ATM yang diadakan di Terengganu berjaya mencatatkan Malaysia Book Of Record di mana
    ia mendapat pengiktirafan apabila Gerbang (Facade) terbesar berjaya dibina.

    Turut hadir, Kerabat-kerabat Diraja, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan, Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia, Mej Jen Azhan Hj Md Othman dan Panglima 10 Bgd Para, Mej Jen Datuk Khairul Azmizal Ahmad Natal.

    Gambar: PW II Shamsul Zaidi Zolkoffly

  • Panah Jaguh 2023 Uji Kesiagaan GAPU

    Panah Jaguh 2023 Uji Kesiagaan GAPU

    JOHOR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan telah mengadakan lawatan ke Eksesais Panah Jaguh (EPJ) Tahun 2023 di Lapang Sasar Bumi ke Udara (LSBU), Tanjung Logok pada 6 Okt 2023.

    Eks ini merupakan latihan tembakan tahunan Sistem Pertahanan Artileri Pertahanan Udara bagi menguji tahap kesiagaan pasukan Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU) melibatkan elemen Tentera Darat seperti Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD), Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) (12 RAMD (Mek)), Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (24 RAMD) dan Rejimen Kedua Kor Armor Diraja (2 KAD) serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Antara sistem persenjataan yang diuji adalah Meriam 35mm Oerlikon dan Misil Starstreak.

    Simulasi serangan udara ini merupakan tindakan bagi menghindar serangan udara musuh dan telah dipertontonkan dengan menggunakan pesawat kawalan jauh sebagai sasaran.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Ithnain (TLDM), Ketua Staf Markas Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara, Mej Jen Dato’ Hj Shamsudin Kassim TUDM.

    Gambar: Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir