Tag: Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman

  • Warga TD Meraikan Hari Raya Aidilfitri

    Warga TD Meraikan Hari Raya Aidilfitri

    KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani Tentera Darat (TD) Tahun 2023 yang diadakan di Wisma Perwira TD, Kem Perdana Sungai Besi pada 13 Mei 2023.

    Kira-kira seramai 5,000 orang warga TD dari seluruh Malaysia membanjiri perkarangan Wisma Perwira TD bersama ahli keluarga masing-masing.

    Sempena majlis ini, Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim mewakili Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman bagi menyampaikan sumbangan kepada anggota yang memerlukan dan pelajar-pelajar Sekolah Tahfiz Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM).

    Penganjuran majlis ini selaras dengan Teras Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-29 iaitu Kesejahteraan Warga yang memfokuskan kepada aspek pelestarian dan kebajikan warga.

    Turut hadir, Timbalan MENHAN, Tuan Hj Adly Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM bersama isteri, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hjh Tengku Muhaini Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM dan Atase-atase Pertahanan.

    Gambar: Pbt Tuan Muhammad Farizal Tuan Dir

  • GGK Beralih Tampuk Pemerintahan

    GGK Beralih Tampuk Pemerintahan

    JOHOR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) di antara Mej Jen Nubli Hj Hashim dan Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah selaku Panglima 21 GGK yang baharu.

    Terdahulu, PTD menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat ke atas Brig Jen Adi Ridzwan Abdullah yang dinaikkan ke pangkat Mej Jen di Markas 21 GGK pada 13 Mei 2023.

    Mej Jen Nubli Hj Hashim akan menamatkan perkhidmatan pada 15 Nov 2023 setelah 42 tahun berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    Turut hadir, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Azhan Hj Md Othman dan pegawai-pegawai kanan MK 21 GGK.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat ATM

    Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat ATM

    KUALA LUMPUR: Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2023 bertemakan suasana beraya di bandar disambut meriah dengan kehadiran kira-kira seramai 3,000 orang warga ATM, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan veteran ATM bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 10 Mei 2023.

    Sempena majlis ini, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM dan isteri, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hjh Tengku Muhaini Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah merangkap Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) ATM menyampaikan sumbangan kepada 43 pegawai dan anggota cedera serta 90 pelajar Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim (STAY) ATM.

    Terdahulu, ketibaan anggota cedera dan pelajar STAY ATM disambut oleh PAT dan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman di lobi Wisma Perwira ATM.

    Pelaksanaan majlis ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai kanan, pegawai dan anggota ATM yang masih berkhidmat mahupun sudah bersara.

    Turut hadir, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Timbalan MENHAN, Tuan Hj Adly Zahari, Ketua Setiausaha KEMENTAH, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, mantan panglima-panglima perkhidmatan dan Atase-atase Pertahanan.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul & Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • Perutusan Perintah Ulung PTD Ke-29

    Perutusan Perintah Ulung PTD Ke-29

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-29, Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman menyempurnakan Perbarisan Perutusan Ulung PTD Ke-29 di Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi pada 2 Mei 2023 setelah mengambil alih tampuk pemerintahan tertinggi Tentera Darat (TD).

    Perutusan yang disampaikan menekankan tiga objektif utama iaitu Kesiapsiagaan, Kemampanan Organisasi dan Sahsiah Keperwiraan berteraskan sinergi 3M (Man, Machine and Method).

    PTD juga menggariskan lima teras utama iaitu Peningkatan Kesiagaan, Pengukuhan Organisasi dan Modal Insan, Kesejahteraan Warga, Pengukuhan Hubungan Antarabangsa serta Keutuhan Hubungan Tentera dan Awam yang merupakan kesinambungan kepada Tonggak Perintah Ulung PTD Ke-28.

    Perbarisan melibatkan seramai 53 pegawai serta 1,553 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang terdiri daripada 16 detasmen mewakili semua kor dalam TD, satu detasmen 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK), satu detasmen Briged Ke-10 (Para) (10 Bgd (Para)) dan satu detasmen terbang lintas hormat Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) ini turut menyaksikan penyerahan Direktif PTD Tahun 2023 hingga 2026 kepada sidang tertinggi PTD.

    Penyempurnaan perutusan PTD Ke-29 ini sekaligus menjadi langkah ke arah pembentukan ketumbukan kredibel melalui Pelan Pembangunan Keupayaan Strategik Army4NextG yang teratur, menyeluruh dan terangkum.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul, Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi, Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir & Pbt Nik Ahmad Asyaraaf Nik Husein

  • Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan TPTD Ke-26

    Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan TPTD Ke-26

    KUALA LUMPUR: Mantan Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dilantik menjadi Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) Ke-26 bagi menggantikan Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman yang kini memegang jawatan Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-29 dan memulakan tugas secara rasminya di Pejabat TPTD pada 19 Apr 2023.

    Ketibaan Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan disambut oleh Ketua-ketua Bahagian, Cawangan dan Jabatan (BCJ) Markas Tentera Darat (MK TD) di lobi Wisma Pertahanan.

    Sesi menandatangani Sijil Serah Terima Tugas berlaku di antara Pemangku TPTD iaitu Ketua Staf Tentera Darat (KS TD), Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan yang disaksikan oleh PTD.

    Simbolik acara ini diakhiri dengan pertukaran Sijil Serah Terima Tugas oleh kedua-dua pihak yang terlibat.

    Gambar: Saifun Hakimi Zainon

  • Majlis Khatam Al-Quran Peringkat TD Tahun 2023

    Majlis Khatam Al-Quran Peringkat TD Tahun 2023

    JOHOR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan isteri, Datin Seri Ramlah Dawi menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Tentera Darat (TD) Tahun 2023 anjuran 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) di Masjid Iskandar pada 13 Apr 2023.

    Majlis diteruskan dengan PTD menyampaikan cenderahati program Tadarus Al-Quran kepada 70 peserta daripada tujuh formasi yang diiringi oleh Panglima 21 GGK, Mej Jen Nubli Hj Hashim dan diteruskan dengan Majlis Berbuka Puasa serta solat maghrib berjemaah.

    Turut hadir, pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul & Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

  • Pemakaian Pangkat PW I

    Pemakaian Pangkat PW I

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Waran I (PW I) Tentera Darat (TD) melibatkan seramai 61 Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) di Dewan Tanjung, Wisma Transit pada 12 Apr 2023.

    PTD mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat dan berpesan bahawa pangkat yang diterima semestinya datang bersama tanggungjawab serta amanah yang perlu dipikul dengan telus.

    “Setiap PTTK menggalas tanggungjawab yang besar kerana mereka ini merupakan jambatan kepada para pegawai atasan dalam mentadbir organisasi,” kata PTD.

    Turut hadir, Pemangku Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Asisten Ketua Staf Markas Tentera Darat-Cawangan Sumber Manusia, Mej Jen Azhan Hj Md Othman.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

  • Lawatan Ulung PTD Ke MPLTD

    Lawatan Ulung PTD Ke MPLTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-29, Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman mengadakan lawatan ulung ke Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat (MPLTD) pada 10 Apr 2023 selepas mengambil alih tampuk pemerintahan tertinggi Tentera Darat (TD).

    Ketibaan beliau disambut dengan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) sebelum dibawa untuk diperkenalkan kepada pegawai-pegawai kanan PLTD dan acara bergambar.

    Panglima Logistik Tentera Darat (PL TD), Mej Jen Hj Rusni Saad kemudian mengiringi PTD ke Bilik Mesyuarat Jentera bagi sesi taklimat formasi dan menandatangani Buku Lawatan.

    Lawatan kemudian diakhiri dengan demonstrasi pemusnahan Improvised Explosive Device (IED) yang disempurnakan oleh PTD.

    Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi & Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

  • PTD Ke-29 Melawat Kawasan Operasi KTJ 5 Div

    PTD Ke-29 Melawat Kawasan Operasi KTJ 5 Div

    SABAH: Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-29, Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman mengadakan Lawatan Ulung ke kawasan operasi di bawah naungan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) pada 6 Apr 2023.

    Ketibaan beliau disambut oleh Panglima 5 Div, Mej Jen Datuk Abdul Rahman A Wahab sebelum diteruskan dengan sesi taklimat operasi.

    Sempena lawatan ulung ini, beliau meluangkan masa melawat pegawai dan anggota yang sedang beroperasi.

    Selain itu, beliau turut meninjau dan melihat sendiri keadaan prasarana, kesiagaan serta permasalahan semasa yang berlaku di kawasan operasi.

    Dalam lawatan ini juga, PTD turut menyerahkan sumbangan Ihya Ramadan dan beg raya kepada anggota operasi.

    Turut hadir, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia

  • PTD Meraikan Majlis Berbuka Puasa Peringkat TD

    PTD Meraikan Majlis Berbuka Puasa Peringkat TD

    KUALA LUMPUR: Warga Tentera Darat (TD) sekitar Lembah Klang hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Peringkat TD bersama Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-29, Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan isteri, Datin Seri Ramlah Dawi di Masjid Thoriq Ziyad pada 30 Mac 2023.

    Majlis ini dianjurkan bagi menyemarakkan bulan Ramadan serta mengeratkan silaturahim selain mengambil berat tentang kebajikan warga TD.

    Sempena majlis berbuka ini, PTD menyampaikan sumbangan kebajikan kepada seorang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan empat orang waris yang mengalami masalah kesihatan kronik serta 10 orang golongan asnaf.

    Sumbangan kebajikan diteruskan lagi dengan penyerahan bantuan kepada 10 orang saudara baharu dan 10 orang penuntut dari Sekolah Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM).

    Penyerahan sumbangan ini disampaikan bagi membantu meringankan beban ketika menjalani ibadah puasa.

    Turut hadir, Pemangku Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul & Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir