Tag: Jen Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan

  • Adakah Kita Hendak Letak Juruterbang Dalam Keranda Terbang? – YDP Agong

    Adakah Kita Hendak Letak Juruterbang Dalam Keranda Terbang? – YDP Agong

    JOHOR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan (YDP) Agong, Sultan Ibrahim bertitah kepada Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin supaya membatalkan cadangan pembelian pesawat helikopter Blackhawk lama yang berusia lebih 30 tahun.

    “Jangan ulang kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat second hand Skyhawk. Adakah kita hendak letak juruterbang kita dalam keranda terbang? Awak fikirlah sendiri.

    “Saya percaya semua ini berlaku kerana di Kementerian Pertahanan penuh dengan ejen atau bekas Jeneral yang menjadi Salesman malah ada syarikat penjual kain pun masuk hendak menjual drone,” tegas baginda.

    YDP Agong mengingatkan kepada semua pihak yang terlibat dengan perolehan aset tentera supaya membuat pembelian dan penilaian dengan betul mengikut harga pasaran dan kehendak pengguna bukannya mengikut cakap ejen sahaja.

    Lima tahun lepas baginda pernah menegur tentang pembelian bot untuk komando pada harga lima juta sedangkan YDP Agong boleh mendapatkan bot yang lebih baik pada harga tidak sampai dua juta ringgit.

    “Oleh itu, jangan cuba nak temberang saya, jika tidak mahu dengar cakap saya selepas ini saya tidak akan tegur lagi,” tegas YDP Agong ketika menyampaikan titah sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) Rejimen Gerak Khas (RGK) Ke- 60 bertempat di Kem Iskandar, Mersing pada 16 Ogos 2025.

    Selain itu, baginda juga menegur tentang pemakaian Beret Kehormat dan Lencana Kehormat pada pakaian seragam tentera kerana ianya dipakai menunjukkan kemahiran serta kelayakan pemakainya yang sebenar bukan dipakai untuk melawa sahaja.

    Contoh seperti YDP Agong sendiri yang lulus Latihan Special Forces dan Payung Terjun di Fort Bragg, USA dan baginda layak untuk memakai lencana tersebut pada pakaian seragam tentera.

    “Jika awak hanya penerima Lencana Kehormat, ianya hanya boleh dipakai pada acara tersebut sahaja bukan untuk melawa pada setiap hari,” tegur baginda.

    Terdahulu, ketibaan YDP Agong disambut MENHAN, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Hj Mohd Nizam Hj Jaffar lalu menerima tabik hormat daripada ketua perbarisan.

    Seramai 18 pegawai dan 173 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat didalam perbarisan yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Rejimen 22 Komando, Kol Mohd Nizam Moladi.

    Turut hadir, Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima 21 GGK, Mej Jen Dato’ Shuhaimi Mat Wajab dan Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad.

    Gambar: LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein, LKpl Muhammad Syafiqrullah Mazlan dan Pbt Tuan Farizal Tuan Dir

    slot gacor hari ini

    kampung bet

    kampungbet

    kampungbet

  • Warga TD Terima Bubur Asyura

    Warga TD Terima Bubur Asyura

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Pengerusi Tertinggi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Puan Sri To’ Puan Seri Hjh Hartiah Hamzah telah menyempurnakan Program Pengagihan Bubur Asyura Peringkat Markas Tentera Darat (MK TD) dan BAKAT TD bertempat di Perkarangan Kementerian Pertahanan pada 18 Jul 2025.

    Majlis yang penuh keberkatan ini dianjurkan bersempena bulan Muharam bagi menyemarakkan semangat ukhwah dalam kalangan warga TD serta mengangkat nilai murni dan kebersamaan dalam menghayati keindahan bulan muharam.

    Terdahulu, usai ketibaan PTD dan isteri acara bergambar mendahului mengisian program sebelum diteruskan dengan pengagihan kepada ketua-ketua BCJ.

    Selain itu, PTD dan isteri turut mengagihkan bubur asyura kepada warga tentera dan awam yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan bagi merapatkan lagi ukhwah yang sedia terjalin.

    Turut hadir, Ketua Staf Tentera Darat,  Mej Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Norshm Md Tap. Asisten Ketua Staf Perisikan, Mej Jen Faridhulathroth Hj Hashim, Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat, PW I Mohamad Fauzi A. Rahman

    Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul dan LKpl Muhammad Syfiqrullah Mazlan

  • Al-Quran Dihayati, Negara Diberkati

    Al-Quran Dihayati, Negara Diberkati

    MELAKA: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan merasmikan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat TD dan Pertandingan Nasyid Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat bertempat di Dewan Serbaguna Kem Terendak pada 17 Jul 2025.

    Majlis dimulakan dengan gimik perasmian keputusan Tilawah Al-Quran TD dan Pertandingan Nasyid BAKAT Darat, diikuti pengumuman keputusan pertandingan oleh Ketua Pengarah Agama Markas Tentera Darat (MK TD), Brig Jen Mohd Jihadi Hj Ahmad selaku Pengerusi Jemaah Hakim.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para pemenang yang disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Puan Sri To’ Puan Seri Hjh Hartiah Hamzah bagi kategori Qariah dan Nasyid BAKAT Darat.

    Johan bagi kategori Qariah Lain-Lain Pangkat (LLP) dimenangi oleh PW I (FoS) Marfuah Md Ali dari Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) manakala naib johan disandang oleh Kpl Azmazura Ibrahim dari Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) dan tempat ketiga disandang oleh Pbt Intan Nurliyana Ariffin dari Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD).

    Johan bagi kategori Qariah BAKAT pula dirangkul oleh Puan Nurul Syafiqah Mat Isa dari PMTTD manakala naib johan disandang oleh Puan Norsalsabila Mohamed Salleh dari PMBTD dan tempat ketiga dimenangi oleh Puan Zulaiha Abu Zairi dari 10 Briged (Para) (10 Bgd (Para)).

    Bagi kategori Qariah Saudara Muslim, Puan Siti Sumayyah Mit Anchat dari PLDTD diumumkan sebagai johan manakala naib johan disandang oleh Puan Nur Qaseh Kamikus Abdullah dari 10 Bgd (Para) dan tempat ketiga jatuh kepada Puan Nurul Izzati Atiqah Abdullah dari PMTTD.

    Selesai kategori qariah, PTD menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang kategori Qari Pegawai yang mana johan dimenangi oleh Mej Ahmad Faizal Abdul Manaf dari PMBTD manakala naib johan disandang oleh Lt Khairul Anuar Mohammad Pisol dari 10 Bgd (Para) dan tempat ketiga diraih oleh Lt Mohamad Imran Mohamad Rusni dari 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK).

    Dalam kategori Qari LLP, johan dirangkul oleh PW II Muhammad Riduan Mohd Yusof dari PMBTD manakala naib johan disandang oleh Kpl Mohamad Hafizul Azam Harun dari PMTTD dan tempat ketiga disandang oleh Kpl Muhammad Harith Hishamudin dari 10 Bgd (Para).

    Seterusnya, johan kategori Qari Saudara Muslim disandang oleh Bdr Roland Rikit dari PMBTD manakala naib johan dimenangi oleh Pmd Aimang Mikail Ngumbang dari Pemerintahan Logistik Tentera Darat dan tempat ketiga disandang oleh SSjn Bidin Tazjudin Abdullah dari PMTTD.

    Keputusan penuh menyaksikan PW II Muhammad Riduan Mohd Yusof dari PMBTD dinobatkan sebagai Johan Qari Keseluruhan manakala Puan Nurul Syafiqah Mat Isa dari PMTTD merangkul Johan Qariah Keseluruhan dan PMBTD  telah diumumkan sebagai Juara Keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran TD bagi tahun 2025.

    PTD dalam ucapannya menegaskan bahawa setiap detik yang dilalui dalam majlis ini adalah lambang kecintaan kita terhadap kitab suci Al-Quran yang menjadi sumber petunjuk, penyuluh kehidupan dan rahmat kepada seluruh umat.

    “Tilawah Al-Quran bukan hanya acara tahunan yang bersifat ritual semata-mata tetapi ianya adalah manifestasi kepada kesungguhan kita dalam menyemarakkan budaya membaca, memahami dan menghayati.

    “Dengan penghayatan sebenar terhadap majlis-majlis keagamaan ini seluruh warga TD akan terus terpelihara, diberkati dan diberi kekuatan untuk terus berbakti kepada negara tercinta,” ujar PTD.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar, Panglima 21 GGK, Mej Jen Ahmad Suhaimi Mat Wajab dan Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Khairul Anwar Soib.

    Gambar: Pbt Muhammad Syfiqrullah Mazlan

  • CIMIC 2025 Tawan Hati Warga Tawau

    CIMIC 2025 Tawan Hati Warga Tawau

    SABAH: Lebih 15,000 penduduk setempat membanjiri Kompleks Sukan Tawau bagi memeriahkan Karnival Civil-Military Cooperation (CIMIC) 2025 anjuran Kementerian Pertahanan yang berlangsung pada 28 hingga 29 Jun 2025.
    Karnival ini merupakan inisiatif strategik untuk memperkukuh hubungan erat antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masyarakat setempat menerusi pendekatan pertahanan menyeluruh.
    Sorakan gemuruh ribuan pengunjung bergema sebaik sahaja acara dimulakan dengan pertunjukan penerjunan bebas daripada elemen pasukan khas ATM dan Pasukan Aturgerak Cepat.
    Pelbagai acara menarik turut dipersembahkan termasuk demonstrasi Tempur Tanpa Senjata, Pertunjukan Anjing Perang, Kawad Senyap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), persembahan brass band dan drumline serta pameran aset ketenteraan yang memberi peluang kepada rakyat untuk melihat lebih dekat keupayaan ATM.
    Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa ATM bukan sekadar sebuah entiti pertahanan, malah turut berperanan aktif dalam memperkukuh kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.
    “Karnival ini membuktikan bahawa ATM bukan sahaja bersedia dari aspek pertahanan, tetapi juga prihatin terhadap kesejahteraan rakyat dan pembangunan komuniti,” ujar beliau dalam sidang media selepas menyempurnakan perasmian karnival pada 29 Jun 2025.
    Beliau turut menekankan bahawa pendekatan pertahanan menyeluruh memerlukan penglibatan aktif seluruh lapisan rakyat demi menjamin kelangsungan keselamatan dan kedaulatan negara.
    Sebagai tanda penghargaan, MENHAN turut menyampaikan sumbangan Kotak Rezeki kepada komuniti setempat serta menyempurnakan cabutan bertuah kepada para pengunjung yang hadir.
    Beliau kemudiannya meluangkan masa melawat tapak pameran yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta sekali gus mempamerkan sinergi antara pertahanan dan pembangunan negara.
    Terdahulu, MENHAN diiringi Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan telah menyempurnakan perasmian Masjid Al-Ikhlas di Kampung Pasir Putih Asli yang telah dibaik pulih oleh anggota Skuadron Kelima Rejimen Askar Jurutera Diraja (5 Skn RAJD) melalui Program Jiwa Murni (PJM) sejak 16 Jun lalu.
    Masjid berkenaan telah menjalani proses pembaikan menyeluruh meliputi kerja mengecat semula, pemasangan awning, baik pulih tandas serta sistem elektrik demi keselesaan jemaah dan penduduk setempat.
    Sempena program tersebut, MENHAN turut menyampaikan sumbangan Kotak Rezeki kepada golongan yang memerlukan sebagai simbol keprihatinan.
    Penganjuran program seumpama ini jelas membuktikan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam menjayakan konsep ‘Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada’, di samping memperkukuh keyakinan rakyat terhadap ATM sebagai pelindung negara dan rakan strategik dalam pembangunan komuniti.
    Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali serta pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ATM.
    Gambar: LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husien & LKpl Muhammad Nor Akram bin Halib
  • Henti Muat Naik Kandungan Sensitif ATM di Media Sosial – YDP Agong

    Henti Muat Naik Kandungan Sensitif ATM di Media Sosial – YDP Agong

    KUALA LUMPUR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan (YDP) Agong, Sultan Ibrahim bertitah menegur penggunaan media sosial dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta menzahirkan kebimbangan terhadap perkongsian maklumat berkaitan organisasi itu dan menitahkan agar amalan tersebut dihentikan serta-merta.
    Dalam titah baginda, Seri Paduka menekankan bahawa konflik semasa antara Iran dan Israel membuktikan bagaimana maklumat daripada aplikasi pintar, media sosial dan syarikat teknologi awam boleh dimanfaatkan pihak musuh untuk melancarkan serangan.
    “Janganlah memuat naik semua perkara termasuk maklumat organisasi, penempatan pasukan, lokasi gerakan dan sebarang maklumat sensitif mengenai ATM.
    “Saya mahu perkara ini dihentikan serta-merta. Gunakan akal fikiran dan elakkan daripada mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya untuk tontonan umum. Lebih baik kita beringat sebelum menyesal di kemudian hari,” titah baginda.
    Titah tersebut disampaikan sempena Istiadat Perbarisan dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM yang berlangsung di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi pada 28 Jun 2025.
    Terdahulu, SPB YDP Agong disambut oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Hj Mohd Nizam Hj Jaffar.
    Baginda turut menerima tabik hormat serta memeriksa kontinjen perbarisan melibatkan lapan detasmen dengan kekuatan seramai 509 Pegawai Kadet ATM, diiringi gabungan Pancaragam Pusat TLDM dan TUDM.
    Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Pedang Kehormat dan Piala Khas kepada tujuh Pegawai Kadet Terbaik daripada Akademi Latihan Ketenteraan (ALK-UPNM), Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal Diraja Sultan Idris Pertama (KDSI 1) dan Kolej Tentera Udara (KTU).
    Perbarisan diakhiri dengan laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali sebelum YDP Agong berangkat meninggalkan istiadat, diikuti dengan penyempurnaan pengurniaan watikah tauliah di Dewan Tun Templer.
    Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr) Zulhelmy Ithnain dan Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Muhammad Norazlan Aris TUDM.
    Gambar: LKpl Syfiqrullah Mazlan
  • Serah Terima Tugas KS TD

    Serah Terima Tugas KS TD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan menyaksikan serah terima tugas Ketua Staf Tentera Darat (KS TD) di antara Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar bertempat di Dewan Zulkifeli Zin Wisma Perwira TD pada 28 Mei 2025.

    Acara dimulakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan pertukaran nota sebagai simbolik penyerahan tugas dimana Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar sebagai KS TD yang baharu.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sofi Md Lepi dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh.

    Gambar: Pbt Syfiqrullah Mazlan

    kampungbet

    kampungbet

    kampungbet

  • 30 Pegawai TD Naik Pangkat

    30 Pegawai TD Naik Pangkat

    KUALA LUMPUR: Seramai 27 Pegawai Kanan dan tiga Pegawai Kadet Tentera Darat (TD) telah dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-Pegawai Tentera Darat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan bertempat di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 28 Mei 2025.

    Majlis dimulakan dengan kenaikan pangkat Mej Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar yang dinaikkan ke Lt Jen serta menjawat jawatan sebagai Ketua Staf Tentera Darat manakala Brig Jen Datuk Mohd Shawal Arbanyin dinaikkan pangkat Mej Jen dan kekal menjawat jawatan juruiring TD kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17.

    Seterusnya lima Pegawai Kanan berpangkat Kol dinaikkan ke pangkat Brig Jen, enam pegawai dinaikkan ke pangkat Kol, 13 pegawai dinaikkan pangkat Lt Kol, seorang pegawai dinaikkan pangkat Mej dan tiga Pegawai Kadet ditauliahkan pangkat Lt M.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

     

    Gambar: Pbt Syfiqrullah Mazlan

    kampungbet

    kampungbet

    kampungbet