Tag: PMB TD Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman

  • Jen Dato’ Azhan Hj Md Othman PTD Ke-31

    Jen Dato’ Azhan Hj Md Othman PTD Ke-31

    KUALA LUMPUR: Jen Dato’ Azhan Hj Md Othman yang dilantik sebagai Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-31 telah memulakan tugas secara rasmi sebagai PTD baharu di Wisma Pertahanan pada 6 Jan 2026.

    Pelantikan tersebut selaras dengan keputusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) Ke-631 yang bersidang pada 19 Nov 2025 dan diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Dis 2025.

    Terdahulu, Menteri Pertahanan, Dato‘ Seri Mohamed Khaled Nordin berbesar hati menyempurnakan acara pemakaian pangkat PTD Ke-31 kepada Jen Dato’ Azhan Hj Md Othman yang dinaikkan pangkat dari Lt Jen ke Jen.

    Seterusnya, ketibaan PTD Ke-31 di perkarangan Wisma Pertahanan disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim bagi menerima Tabik Hormat serta memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota LLP diketuai oleh Mej Khairul Fakhzan Zainol Abidin dan diiringi Pancaragam Pusat RAMD.

    Jen Dato’ Azhan Hj Md Othman kemudiannya dibawa ke pejabat beliau untuk diperkenalkan kepada pegawai dan anggota LLP sebelum diakhiri dengan sesi menandatangani Nota Mula Tugas PTD.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar.

    Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul, LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein, LKpl Muhammad Syfiqrullah Mazlan & Pbt Amir Hamzah Mohd Yusri

  • 47 Pegawai Naik Pangkat, KAD Terima Pengerusi Baharu

    47 Pegawai Naik Pangkat, KAD Terima Pengerusi Baharu

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat melibatkan 47 pegawai kanan Tentera Darat (TD) dan menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Kor Armor Diraja (KAD) bertempat di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 31 Okt 2025.

    Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat Brig Jen kepada enam pegawai kanan didahului oleh Kol Afendi Mohamed Thufik yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Tentera Darat.

    Pemakaian pangkat Brig Jen diteruskan kepada Kol Samad Igom yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Latihan), Jabatan Latihan Khidmat Negara di Kementerian Pertahanan dan diikuti Kol Ahmad Hafizal Hj Hashim yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Perancang Strategik di Bahagian Perancangan Pertahanan – Markas Angkatan Tentera Malaysia.

    Turut menerima kenaikan pangkat Brig Jen ialah Kol (Dr) Rafedon Mahidin yang kekal berkhidmat sebagai Pakar Ortopedik di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kol Noor Husny Alias yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Panglima Logistik TD serta Kol Norazan Omar yang dinaikkan ke pangkat Brig Jen (Sukarela) dan kekal sebagai Komander Rejimen 501 Askar Wataniah.

    Selain itu, seramai lapan pegawai telah dinaikkan ke pangkat Kol termasuk dua Kol (Kehormat), diikuti 31 pegawai dinaikkan pangkat ke Lt Kol merangkumi tiga Lt Kol (Sukarela) dan tiga Lt Kol (Kehormat), manakala tiga lagi pegawai masing-masing dinaikkan ke pangkat Mej (Sukarela), Kapt dan Lt.

    Acara kemudiannya diteruskan dengan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi KAD yang menyaksikan Lt Jen Dato’ Zaidan Atan menyerahkan tugas kepada Mej Jen Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin.

    PTD merakamkan ucapan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat serta berpesan agar terus menjadi pemimpin yang komited dalam melaksanakan tanggugjawab yang diamanahkan.

    Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para isteri pegawai yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada suami untuk terus berjaya dalam kerjaya ketenteraan.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Dato’ Mohd Razali Alias, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar.

    Gambar: Pbt Muhammad Amir Hamzah Mohd Yusri

  • Inovasi Teras Keupayaan TD Hadapi Cabaran Masa Depan

    Inovasi Teras Keupayaan TD Hadapi Cabaran Masa Depan

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan menegaskan bahawa inovasi dan kreativiti merupakan teras utama keupayaan Tentera Darat (TD) dalam menghadapi cabaran masa hadapan sejajar dengan tema tahun ini, ‘Artificial Intelligence: Catalyst for a Smarter Army’.

    “Inovasi bukan lagi pilihan tetapi keperluan operasi dan survival ketenteraan masa kini,” tegas beliau ketika berucap dalam Majlis Anugerah Inovasi TD Tahun 2024 di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 29 Okt 2025.

    Majlis ini menyaksikan pengiktirafan kepada beberapa unit TD atas kejayaan projek inovatif masing-masing dimana Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) dinobatkan sebagai johan bagi kategori KIK Primer Melalui Inovasi Sosial (Penciptaan) menerusi projek Intelligent Solar Tracker, manakala 12 Woksyop Briged muncul johan bagi kategori KIK Primer Melalui Inovasi Sosial (Penambahbaikan) dengan projek Evolution Grass Cutter.

    Bagi kategori KIK Primer Melalui Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Penciptaan), Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD) diumumkan sebagai johan menerusi projek Faster Weapon Draw System, manakala 2 Woksyop Briged dinobatkan sebagai johan bagi kategori Penambahbaikan melalui projek Mesin Pengetuk Kartus Kosong.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pengurusan dan Inovasi Tentera Darat (APITD) yang menyaksikan Batalion Ketujuh Rejimen Sempadan (7 RS) menerima Anugerah Pengiktirafan, manakala Anugerah Logistik disandang oleh 93 Depot Pusat Peluru (93 DPP).

    Anugerah Pengurusan Briged, Divisyen dan Pemerintahan pula disandang oleh Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (MK 7 Bgd), Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div) yang turut dinobatkan sebagai johan keseluruhan APITD, serta Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD).

    Kecemerlangan TD dalam bidang inovasi terbukti apabila berjaya meraih tujuh daripada 14 projek inovasi di peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM), empat kejuaraan di peringkat Kementerian Pertahanan serta satu pingat emas dan satu pingat perak di Indonesia Inventors Day (IID) yang berlangsung di Jakarta.

    Antara produk hasil inovasi yang kini digunakan oleh TD termasuk Spider Heavy Wheel Carrier, Portable Socket Tester dan Alat Pengetuk Kartus Kosong.

    Pada masa yang sama, beberapa projek baharu seperti Army Kamikaze Drone dan Platform Oerlikon 20mm sedang dibangunkan sebagai usaha memperkukuh keupayaan tempur pasukan.

    PTD menekankan bahawa kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) kini menjadi aset strategik dalam sistem pertahanan moden yang dilihat memainkan peranan penting dalam bidang risikan, sokongan taktikal, logistik serta analitik operasi.

    Beliau menyeru agar semangat inovasi terus disuburkan sebagai budaya kerja warga TD supaya pasukan ini kekal relevan, tangkas dan berteknologi tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar.

    Gambar: Pbt Nanatasha Ngadan & Pbt Muhammad Amir Hamzah Mohd Yusri

  • 54 Pegawai Naik Pangkat, 5 Terima Sayap Juruterbang

    54 Pegawai Naik Pangkat, 5 Terima Sayap Juruterbang

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tentera Darat (TD) dan Penganugerahan Sayap Juruterbang bertempat di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 13 Ogos 2025.

    Seramai 54 pegawai dinaikkan pangkat didahului oleh Brig Jen Rizuan Abu Bakar yang dinaikkan ke pangkat Mej Jen dan kekal menjawat jawatan Ketua Pengarah Tadbir, Markas Tentera Darat – Cawangan Sumber Manusia (MK TD – CSM).

    Majlis turut menyaksikan pemakaian pangkat ke atas Brig Jen Ir. Ts. Dr. Hj Shahril Hj Ahmad yang turut dinaikkan pangkat ke Mej Jen dan kekal menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik, Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD).

    Selain itu, tiga pegawai dinaikkan pangkat dari Kol ke Brig Jen melibatkan Kol Khairuddin Zakaria, Kol Kaharudin Katan dan Kol Ahmad Kassim Daud, manakala Kol Datuk Hj Mohd Ajib Ismail dinaikkan pangkat Brig Jen (Sukarela).

    Kenaikan pangkat ini turut melibatkan dua pegawai ke Kol dan seorang dilantik sebagai Kol (Kehormat), manakala enam pegawai dinaikkan pangkat Lt Kol diikuti seorang Lt Kol (Senarai Tugas Ikhtisas) serta seorang Lt Kol (Sukarela).

    Seterusnya, empat pegawai dilantik sebagai Mej (Kehormat), seorang Mej (Sukarela), tujuh Kapt (Sukarela), tiga Lt (Sukarela), tiga Lt M serta 19 anggota LLP dinaikkan pangkat Lt M (Sukarela).

    Dalam majlis yang sama, lima pegawai menerima Penganugerahan Sayap Juruterbang TD iaitu Kapt Zamir Harith Zulkefli (RAMD), Kapt Aiman Farid Jaafar (KPTD), Kapt Muhamad Syahir Azmi (KAGAT), Kapt Ilham Zulkarnain Fauzey (RGK) dan Lt Harith Zakwan Rusman (RS).

    PTD dalam ucapannya menzahirkan tahniah kepada semua penerima kenaikan pangkat dan Sayap Juruterbang TD serta mengingatkan bahawa kepimpinan bukan soal pangkat tetapi tanggungjawab.

    Beliau menekankan kepentingan karakter dan sikap yang baik dalam membina kepercayaan di samping memberi peringatan terhadap peningkatan kes pelanggaran disiplin yang mencerminkan kelemahan kawalan dan budaya kerja.

    PTD mengakhiri ucapan dengan menggesa para pemimpin agar tampil ke hadapan untuk membetulkan keadaan serta merakamkan penghargaan kepada para isteri anggota yang menjadi benteng kekuatan dan semangat keluarga.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sofi Md Lepi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar.

    Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul & Pbt Amir Hamzah Mohd Yusri

    slot gacor hari ini

    kampung bet

    kampungbet

    kampungbet

  • Sinergi Tentera Darat dan Rakyat: Pemangkin Aspirasi Angkatan Masa Hadapan

    Sinergi Tentera Darat dan Rakyat: Pemangkin Aspirasi Angkatan Masa Hadapan

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan menegaskan bahawa sambutan Hari Tentera Darat (HTD) Ke-92 bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi turut mengukuhkan peranan Tentera Darat (TD) dalam mempertahankan kedaulatan negara serta menjamin kestabilan nasional.

    “Sejak penubuhannya pada tahun 1933, Tentera Darat telah menempuh pelbagai cabaran bermula dari era darurat sehingga ancaman moden seperti peperangan siber dan propaganda digital.

    “Tahun ini, tema ‘Sinergi Tentera Darat dan Rakyat: Pemangkin Aspirasi Angkatan Masa Hadapan’ menitikberatkan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) yang memerlukan sokongan padu serta kerjasama erat antara tentera dan rakyat dalam memastikan kesejahteraan negara,” ujar beliau ketika menyampaikan perutusan sempena Perbarisan HTD Ke-92 di Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi pada 1 Mac 2025.

    Tambah beliau, TD terus melangkah ke hadapan dalam era pemodenan dengan memperkukuhkan teknologi dan strategi pertahanan tanpa mengabaikan semangat perjuangan sebagai tunjang utama.

    “Sinergi antara rakyat dan angkatan tentera merupakan kunci kepada benteng pertahanan yang lebih kukuh serta berdaya tahan,” tegas PTD.

    Perbarisan penuh istiadat ketenteraan yang melibatkan kesemua 16 kor dan rejimen serta perarakan tujuh panji-panji ini disertai oleh 38 pegawai dan 878 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD), Lt Kol Azlan Shah Baharom.

    Terdahulu, PTD menerima tabik hormat sebelum melaksanakan pemeriksaan perbarisan dan menyaksikan perarakan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat.

    Sambutan turut dimeriahkan dengan penerbangan lintas hormat oleh lima buah pesawat helikopter terdiri daripada dua pesawat Agusta A109 dan tiga pesawat MD 530G.

    Sebagai sebahagian daripada acara, PTD turut menyampaikan Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera (AKPAT) 2024 kepada unit-unit terbaik dimana 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) dinobatkan sebagai johan manakala naib johan diraih oleh 10 Briged (Para) dan Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) menduduki tempat ketiga.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan serta mantan-mantan PTD dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul, Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir, Pbt Syfiqrullah Mazlan & Pbt Nanatasha Ngadan

    toto slot

    toto slot

    situs toto

    link slot gacor

    slot gacor

  • Tahun Baharu Cina TD: Satu Hati, Satu Angkatan dan Satu Keluarga

    Tahun Baharu Cina TD: Satu Hati, Satu Angkatan dan Satu Keluarga

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isteri, Puan Sri Datin Wira Hartiah Hamzah menyaksikan Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Tentera Darat (TD) di Dewan Dato’ Jamil, Kem Perdana Sungai Besi pada 7 Feb 2025.

    PTD menyatakan bahawa sambutan ini bukan sekadar sebuah perayaan untuk masyarakat berbangsa Cina, tetapi melambangkan semangat ‘satu hati, satu angkatan, satu keluarga’ yang menjadi teras kepada kekuatan TD.

    “Kehadiran semua lapisan warga tanpa mengira latar belakang bangsa atau agama adalah bukti bahawa nilai-nilai perpaduan dan kebersamaan sentiasa dijunjung tinggi dalam institusi ketenteraan,” ujarnya.

    Bersempena Tahun Ular dalam kalendar masyarakat Cina, beliau menyeru kepada semua untuk mengambil inspirasi daripada sifat-sifat ular yang melambangkan ketajaman fikiran, ketangkasan, kebijaksanaan dan keupayaan bertahan dalam menghadapi pelbagai cabaran.

    “Sifat-sifat ini amat relevan dengan peranan anggota Tentera Darat yang sentiasa perlu bersedia, cekap dan bijak membuat keputusan dalam apa jua situasi,” jelas beliau.

    Mengakhiri ucapannya, PTD menegaskan bahawa sambutan Tahun Baru Cina ini bukan bertujuan untuk bermegah-megah atau membazir sumber, tetapi sebagai wadah untuk memupuk rasa hormat, kefahaman dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya yang menjadi aset berharga kepada organisasi tentera.

    Terdahulu, acara dimulakan dengan letupan mercun sebagai simbolik meraikan perayaan Tahun Baharu Cina sebelum dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan seperti pertunjukan tarian singa, pukulan gendang, tarian masyarakat Cina, nyanyian lagu serta upacara menggaul Yee Sang di meja makan masing-masing.

    Selain itu, PTD turut menyempurnakan penyampaian angpau kepada anak-anak dan anggota bujang yang hadir sebelum diakhiri dengan kemeriahan pertunjukan bunga api.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

    Gambar: Pbt Syfiqrullah Mazlan & Pbt Nanatasha Ngadan

    situs gacor hari ini

    slot 4d

    situs gacor hari ini

    situs slot gacor

    toto slot

    toto slot

    toto slot

    toto slot

    situs toto

    link slot gacor

    slot gacor