Tag: PTD Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan

  • Perbarisan Penghargaan Lt Jen Dato’ Zaidan Atan

    Perbarisan Penghargaan Lt Jen Dato’ Zaidan Atan

    PAHANG: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Ketua Staf Tentera Darat (KS TD), Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dalam perbarisan penghargaan yang berlangsung di Padang Kawad Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) pada 11 Dis 2025.

    “Lt Jen Dato’ Zaidan Atan digambarkan sebagai pemimpin yang tegas, berjiwa besar dan memiliki integriti kepimpinan yang sukar ditandingi.

    “Anak kelahiran Air Hitam, Johor itu memulakan kerjaya pada 2 Ogos 1986 dan kemudiannya muncul sebagai tokoh penting dalam Kor Armor Diraja.

    “Ketokohan beliau bukan hanya terserlah melalui jawatan dan pencapaian, tetapi dibentuk oleh sifat peribadi beliau yang tidak mengenal lelah serta sentiasa merendah diri,” ujar PTD.

    PTD turut merakamkan penghargaan atas peranan besar beliau sepanjang berkhidmat sebagai pemerintah, staf serta jurulatih yang memberi impak jelas terhadap pembentukan warga TD hari ini.

    Walaupun telah bersara, nama beliau terus dihormati apabila dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Tentera selain memegang peranan penting dalam Boustead Holdings Berhad dan BHIC Submarine Engineering Services (BSES).

    Dalam pada itu, PTD turut memberikan penghargaan khusus kepada isteri beliau, Datin Nurfitra Mohamed Alias yang disifatkan sebagai tunjang kejayaan suami serta penyumbang besar kepada aktiviti dan pembangunan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat.

    Terdahulu, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan telah menerima tabik hormat perbarisan melibatkan enam detasmen berkekuatan seramai 20 pegawai dan 367 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) disertai 25 Kenderaan Jenis Alpha dan 13 ekor kuda diketuai oleh Ketua Cawangan Sistem Logistik Bersepadu Tim Kenderaan Perisai TD, Lt Kol Nazrol Abdullah.

    Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati, jamuan makan serta menandatangani buku lawatan di Garaj KJA sebelum diakhiri dengan upacara Street Lining sebagai tanda penghormatan ke atas Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

    Turut hadir, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan MK ATM merangkap Pengerusi KAD, Mej Jen Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad, Asisten Panglima Pasukan Pertahanan, Mej Jen Dato’ Mohammad Razeif Che Ahmad.

    Gambar: Rjr Raja Khairul Husaini Raja Roslan & Pbt Muhammad Amir Hamzah Mohd Yusri

  • 47 Pegawai Naik Pangkat, KAD Terima Pengerusi Baharu

    47 Pegawai Naik Pangkat, KAD Terima Pengerusi Baharu

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat melibatkan 47 pegawai kanan Tentera Darat (TD) dan menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Kor Armor Diraja (KAD) bertempat di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 31 Okt 2025.

    Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat Brig Jen kepada enam pegawai kanan didahului oleh Kol Afendi Mohamed Thufik yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Tentera Darat.

    Pemakaian pangkat Brig Jen diteruskan kepada Kol Samad Igom yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Latihan), Jabatan Latihan Khidmat Negara di Kementerian Pertahanan dan diikuti Kol Ahmad Hafizal Hj Hashim yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Perancang Strategik di Bahagian Perancangan Pertahanan – Markas Angkatan Tentera Malaysia.

    Turut menerima kenaikan pangkat Brig Jen ialah Kol (Dr) Rafedon Mahidin yang kekal berkhidmat sebagai Pakar Ortopedik di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kol Noor Husny Alias yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Panglima Logistik TD serta Kol Norazan Omar yang dinaikkan ke pangkat Brig Jen (Sukarela) dan kekal sebagai Komander Rejimen 501 Askar Wataniah.

    Selain itu, seramai lapan pegawai telah dinaikkan ke pangkat Kol termasuk dua Kol (Kehormat), diikuti 31 pegawai dinaikkan pangkat ke Lt Kol merangkumi tiga Lt Kol (Sukarela) dan tiga Lt Kol (Kehormat), manakala tiga lagi pegawai masing-masing dinaikkan ke pangkat Mej (Sukarela), Kapt dan Lt.

    Acara kemudiannya diteruskan dengan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi KAD yang menyaksikan Lt Jen Dato’ Zaidan Atan menyerahkan tugas kepada Mej Jen Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin.

    PTD merakamkan ucapan tahniah kepada semua pegawai yang dinaikkan pangkat serta berpesan agar terus menjadi pemimpin yang komited dalam melaksanakan tanggugjawab yang diamanahkan.

    Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para isteri pegawai yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada suami untuk terus berjaya dalam kerjaya ketenteraan.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Dato’ Mohd Razali Alias, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar.

    Gambar: Pbt Muhammad Amir Hamzah Mohd Yusri

  • Inovasi Teras Keupayaan TD Hadapi Cabaran Masa Depan

    Inovasi Teras Keupayaan TD Hadapi Cabaran Masa Depan

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan menegaskan bahawa inovasi dan kreativiti merupakan teras utama keupayaan Tentera Darat (TD) dalam menghadapi cabaran masa hadapan sejajar dengan tema tahun ini, ‘Artificial Intelligence: Catalyst for a Smarter Army’.

    “Inovasi bukan lagi pilihan tetapi keperluan operasi dan survival ketenteraan masa kini,” tegas beliau ketika berucap dalam Majlis Anugerah Inovasi TD Tahun 2024 di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 29 Okt 2025.

    Majlis ini menyaksikan pengiktirafan kepada beberapa unit TD atas kejayaan projek inovatif masing-masing dimana Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) dinobatkan sebagai johan bagi kategori KIK Primer Melalui Inovasi Sosial (Penciptaan) menerusi projek Intelligent Solar Tracker, manakala 12 Woksyop Briged muncul johan bagi kategori KIK Primer Melalui Inovasi Sosial (Penambahbaikan) dengan projek Evolution Grass Cutter.

    Bagi kategori KIK Primer Melalui Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Penciptaan), Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD) diumumkan sebagai johan menerusi projek Faster Weapon Draw System, manakala 2 Woksyop Briged dinobatkan sebagai johan bagi kategori Penambahbaikan melalui projek Mesin Pengetuk Kartus Kosong.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pengurusan dan Inovasi Tentera Darat (APITD) yang menyaksikan Batalion Ketujuh Rejimen Sempadan (7 RS) menerima Anugerah Pengiktirafan, manakala Anugerah Logistik disandang oleh 93 Depot Pusat Peluru (93 DPP).

    Anugerah Pengurusan Briged, Divisyen dan Pemerintahan pula disandang oleh Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (MK 7 Bgd), Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div) yang turut dinobatkan sebagai johan keseluruhan APITD, serta Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD).

    Kecemerlangan TD dalam bidang inovasi terbukti apabila berjaya meraih tujuh daripada 14 projek inovasi di peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM), empat kejuaraan di peringkat Kementerian Pertahanan serta satu pingat emas dan satu pingat perak di Indonesia Inventors Day (IID) yang berlangsung di Jakarta.

    Antara produk hasil inovasi yang kini digunakan oleh TD termasuk Spider Heavy Wheel Carrier, Portable Socket Tester dan Alat Pengetuk Kartus Kosong.

    Pada masa yang sama, beberapa projek baharu seperti Army Kamikaze Drone dan Platform Oerlikon 20mm sedang dibangunkan sebagai usaha memperkukuh keupayaan tempur pasukan.

    PTD menekankan bahawa kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) kini menjadi aset strategik dalam sistem pertahanan moden yang dilihat memainkan peranan penting dalam bidang risikan, sokongan taktikal, logistik serta analitik operasi.

    Beliau menyeru agar semangat inovasi terus disuburkan sebagai budaya kerja warga TD supaya pasukan ini kekal relevan, tangkas dan berteknologi tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar.

    Gambar: Pbt Nanatasha Ngadan & Pbt Muhammad Amir Hamzah Mohd Yusri

  • 68 Tahun Merdeka: Semangat Perpaduan Gegarkan Putrajaya

    68 Tahun Merdeka: Semangat Perpaduan Gegarkan Putrajaya

    PUTRAJAYA: Lebih 100,000 pengunjung dari pelbagai bangsa, agama dan latar belakang hadir meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung dengan penuh meriah di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025.

    Sambutan kali ke-68 ini membawa tema ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ yang menekankan bahawa pembangunan negara bukan hanya berpaksikan kemajuan fizikal dan ekonomi semata-mata, tetapi turut mengutamakan kesejahteraan rakyat, keadilan sosial, nilai kemanusiaan serta hubungan erat antara kerajaan dengan rakyat.

    Terdahulu, keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan (YDP) Agong, Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah disambut mesra oleh Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan isteri.

    Baginda Tuanku berkenan memeriksa perbarisan serta menerima Tabik Hormat Diraja daripada Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang berkekuatan seramai empat pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

    Acara kemuncak perbarisan dan perarakan tahun ini menampilkan seramai 14,062 peserta daripada 81 kontinjen yang diserikan dengan penyertaan 21 pasukan pancaragam, tujuh kereta berhias, 508 aset darat dan udara serta 116 ekor haiwan perkhidmatan awam.

    Antara yang mencuri perhatian ialah penyertaan Kontinjen Kepengerusian ASEAN di bawah penyelarasan Kementerian Luar Negeri melibatkan wakil pelbagai kementerian serta 20 pegawai kedutaan dari negara-negara ASEAN dan Timor-Leste.

    Penyertaan ini menjadi simbol perpaduan serantau selaras dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

    Sambutan turut dimeriahkan dengan pertunjukan udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mempamerkan aset tempur utama negara dengan formasi diketuai Panglima Tentera Udara, Jen Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris yang mengemudi pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM bagi menggegarkan ruang udara Putrajaya.

    Acara diakhiri dengan persembahan seni ‘Citra MADANI’ anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang menggabungkan penyertaan agensi kerajaan, institusi pendidikan serta penggiat seni tanah air sekali gus menutup tirai sambutan dengan penuh gemilang.

    Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Satu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Dua, Dato’ Sri Hj Fadillah Hj Yusof, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Hj Mohd Nizam Hj Jaffar, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan pegawai-pegawai kanan ATM.

    Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul, LKpl Muhammad Nor Akram Halib, Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Diri & Pbt Nanatasha Ngadan

    kampungbet

    kampungbet

    situs slot

    slot gacor hari ini

    situs slot

    slot gacor

    situs slot gacor

    situs togel

    link slot

  • 54 Pegawai Naik Pangkat, 5 Terima Sayap Juruterbang

    54 Pegawai Naik Pangkat, 5 Terima Sayap Juruterbang

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tentera Darat (TD) dan Penganugerahan Sayap Juruterbang bertempat di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 13 Ogos 2025.

    Seramai 54 pegawai dinaikkan pangkat didahului oleh Brig Jen Rizuan Abu Bakar yang dinaikkan ke pangkat Mej Jen dan kekal menjawat jawatan Ketua Pengarah Tadbir, Markas Tentera Darat – Cawangan Sumber Manusia (MK TD – CSM).

    Majlis turut menyaksikan pemakaian pangkat ke atas Brig Jen Ir. Ts. Dr. Hj Shahril Hj Ahmad yang turut dinaikkan pangkat ke Mej Jen dan kekal menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik, Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD).

    Selain itu, tiga pegawai dinaikkan pangkat dari Kol ke Brig Jen melibatkan Kol Khairuddin Zakaria, Kol Kaharudin Katan dan Kol Ahmad Kassim Daud, manakala Kol Datuk Hj Mohd Ajib Ismail dinaikkan pangkat Brig Jen (Sukarela).

    Kenaikan pangkat ini turut melibatkan dua pegawai ke Kol dan seorang dilantik sebagai Kol (Kehormat), manakala enam pegawai dinaikkan pangkat Lt Kol diikuti seorang Lt Kol (Senarai Tugas Ikhtisas) serta seorang Lt Kol (Sukarela).

    Seterusnya, empat pegawai dilantik sebagai Mej (Kehormat), seorang Mej (Sukarela), tujuh Kapt (Sukarela), tiga Lt (Sukarela), tiga Lt M serta 19 anggota LLP dinaikkan pangkat Lt M (Sukarela).

    Dalam majlis yang sama, lima pegawai menerima Penganugerahan Sayap Juruterbang TD iaitu Kapt Zamir Harith Zulkefli (RAMD), Kapt Aiman Farid Jaafar (KPTD), Kapt Muhamad Syahir Azmi (KAGAT), Kapt Ilham Zulkarnain Fauzey (RGK) dan Lt Harith Zakwan Rusman (RS).

    PTD dalam ucapannya menzahirkan tahniah kepada semua penerima kenaikan pangkat dan Sayap Juruterbang TD serta mengingatkan bahawa kepimpinan bukan soal pangkat tetapi tanggungjawab.

    Beliau menekankan kepentingan karakter dan sikap yang baik dalam membina kepercayaan di samping memberi peringatan terhadap peningkatan kes pelanggaran disiplin yang mencerminkan kelemahan kawalan dan budaya kerja.

    PTD mengakhiri ucapan dengan menggesa para pemimpin agar tampil ke hadapan untuk membetulkan keadaan serta merakamkan penghargaan kepada para isteri anggota yang menjadi benteng kekuatan dan semangat keluarga.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sofi Md Lepi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar.

    Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul & Pbt Amir Hamzah Mohd Yusri

    slot gacor hari ini

    kampung bet

    kampungbet

    kampungbet