Tag: tentera darat

  • Panah Jaguh 2023 Uji Kesiagaan GAPU

    Panah Jaguh 2023 Uji Kesiagaan GAPU

    JOHOR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan telah mengadakan lawatan ke Eksesais Panah Jaguh (EPJ) Tahun 2023 di Lapang Sasar Bumi ke Udara (LSBU), Tanjung Logok pada 6 Okt 2023.

    Eks ini merupakan latihan tembakan tahunan Sistem Pertahanan Artileri Pertahanan Udara bagi menguji tahap kesiagaan pasukan Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU) melibatkan elemen Tentera Darat seperti Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD), Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) (12 RAMD (Mek)), Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (24 RAMD) dan Rejimen Kedua Kor Armor Diraja (2 KAD) serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Antara sistem persenjataan yang diuji adalah Meriam 35mm Oerlikon dan Misil Starstreak.

    Simulasi serangan udara ini merupakan tindakan bagi menghindar serangan udara musuh dan telah dipertontonkan dengan menggunakan pesawat kawalan jauh sebagai sasaran.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Ithnain (TLDM), Ketua Staf Markas Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara, Mej Jen Dato’ Hj Shamsudin Kassim TUDM.

    Gambar: Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

  • Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan TPTD Ke-26

    Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan TPTD Ke-26

    KUALA LUMPUR: Mantan Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dilantik menjadi Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) Ke-26 bagi menggantikan Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman yang kini memegang jawatan Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-29 dan memulakan tugas secara rasminya di Pejabat TPTD pada 19 Apr 2023.

    Ketibaan Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan disambut oleh Ketua-ketua Bahagian, Cawangan dan Jabatan (BCJ) Markas Tentera Darat (MK TD) di lobi Wisma Pertahanan.

    Sesi menandatangani Sijil Serah Terima Tugas berlaku di antara Pemangku TPTD iaitu Ketua Staf Tentera Darat (KS TD), Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan yang disaksikan oleh PTD.

    Simbolik acara ini diakhiri dengan pertukaran Sijil Serah Terima Tugas oleh kedua-dua pihak yang terlibat.

    Gambar: Saifun Hakimi Zainon

  • Pengorbanan Anggota Keselamatan Semasa COVID-19 Demi Kesejahteraan Rakyat – Menteri Kanan Pertahanan

    Pengorbanan Anggota Keselamatan Semasa COVID-19 Demi Kesejahteraan Rakyat – Menteri Kanan Pertahanan

    KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan tindakan lebih tegas akan diambil tanpa kompromi selepas 4 Feb ini terhadap mana-mana individu yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19.

    “Sejak PKP diumumkan, tugas utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya Tentera Darat (TD) adalah membantu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan Sekatan Jalan Raya (SJR) yang mana ianya adalah untuk kesejahteraan rakyat.

    “Anggota keselamatan memberi pengorbanan yang besar kepada rakyat sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

    “Ini dapat dilihat dengan jelas melalui penglibatan mereka dalam Op PENAWAR dan Op BENTENG,”jelas beliau.

    Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat tinjauan ke SJR Jalan Pasar Sentul dan Plaza Tol Gombak pada 1 Feb 2021.

    Tambah beliau lagi fokus utama ATM dalam OP BENTENG dan OP PENAWAR adalah kawalan sempadan negara dan daerah untuk membendung kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) selain dapat menghalang mereka yang mungkin menjadi pembawa aktif penyakit COVID-19.

    “Saya pergi sendiri melihat anggota keselamatan kita bertugas di sempadan negara, di dalam hutan tebal, mereka sanggup menjaga nyawa dan juga keselamatan kita.

    “Inilah pengorbanan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan dalam waktu PKP ini,” katanya.

    Selain itu beliau menegaskan kompaun RM1000 untuk sesiapa yang melanggar SOP mungkin besar bagi rakyat namun nilainya terlalu rendah jika dikenakan kepada syarikat-syarikat.

    Selain itu Ordinan Darurat juga akan dipinda dari segi perumahan pekerja asing yang merupakan antara punca peningkatan kes COVID-19.

    “Ordinan Darurat akan dipinda untuk memastikan majikan menyediakan tempat tinggal yang baik kepada pekerja asing mereka dan Ordinan Darurat boleh melakukan perkara itu,” tegasnya.

    Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan diberi taklimat ringkas mengenai pengoperasian serta melihat sendiri keadaan dan kesiapsiagaan anggota pasukan yang terlibat dalam operasi SJR diiringi Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain.

    Lawatan diakhiri dengan penyampaian sumbangan bantuan makanan dan peralatan kepada petugas-petugas di pos SJR.

    Turut hadir, Ketua Setiausaha Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran, Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Polis Datuk Saiful Azly Hj Kamaruddin, Panglima 11 Bgd, Brig Jen Noorrul Azril Ariffin dan Panglima 12 Bgd, Brig Jen Isa Daud.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul