Tag: Timbalan Panglima Tentera Darat

  • Sambutan Deepavali Kukuhkan Silaturrahim Tentera Darat

    Sambutan Deepavali Kukuhkan Silaturrahim Tentera Darat

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isteri, Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Puan Sri Datin Sri Hjh Hartiah Hamzah memeriahkan lagi Majlis Sambutan Deepavali Peringkat Tentera Darat Tahun 2025 bersama-sama warga Tentera Darat (TD) berbangsa India bertempat di Dewan Dato’ Jamil Ahmad pada 31 Okt 2025.

    Sambutan ini merupakan satu manifestasi kepada pengukuhan silaturrahim bukan sahaja di antara pucuk pimpinan TD bersama warganya bahkan ianya turut mengeratkan ikatan kekeluargaan bersama para veteran TD berbangsa India.

    Acara dimulakan dengan gimik Tarian Tradisional India sebagai simbolik meraikan perayaan Deepavali dan dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan seperti pertunjukan nyanyian lagu.

    Selain itu, PTD dan isteri meluangkan masa beramah mesra bersama tetamu yang hadir serta menyempurnakan penyampaian duit raya kepada anak-anak pegawai dan anggota yang hadir.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar.

    Gambar: Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein &  Muhammad Akram Halib

  • Forum Perdana TD Bertemakan Pengorbanan Tidak Bertepi, Nyawa Sebagai Taruhan

    Forum Perdana TD Bertemakan Pengorbanan Tidak Bertepi, Nyawa Sebagai Taruhan

    MELAKA: Markas 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) menganjurkan Forum Perdana Peringkat Tentera Darat (TD) Tahun 2025 yang membawakan tema Pengorbanan Tidak Bertepi, Nyawa Sebagai Taruhan diserikan lagi dengan kehadiran Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan bersama Pengerusi Jemaah BAKAT Darat, Puan Sri Datin Sri Hjh Hartiah Hamzah bertempat di Masjid As-Syuhada, Kem Terendak pada 28 Okt 2025.

    Program ini merupakan inisiatif TD yang signifikan dalam menyuntik ilmu, semangat dan kesedaran kepada warga TD, ahli BAKAT dan orang awam sekitar bagi menyemarakkan semangat keagamaan serta memperkukuhkan nilai-nilai moral sesama insan.

    Forum kali ini menampilkan tokoh-tokoh tersohor seperti Ustaz Mohd Hariri Mohammad Daud selaku moderator bersama panel jemputan Mantan Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Ketujuh, Mej Jen Dato’ Hj Nawawi Hj Daud (Bersara), Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan dan Ustaz Mohd Elyas Ismail yang berkongsi pandangan serta pengalaman erti sebenar perjuangan, keikhlasan dan pengorbanan dalam konteks seorang perajurit sejati.

    Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penyeramah dan acara bergambar sebelum diteruskan dengan jamuan makan.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar.

    Gambar: Rjr Raja Khairul Husaini Raja Roslan

  • Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 203/2025

    Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 203/2025

    NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda (TLPM) Lelaki Siri 203/2025 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 27 Sep 2025.

    Acara dimulakan dengan gimik membawa Ketua Perbarisan yang dipersembahkan oleh Group Gerak khas (GGK) sebelum diteruskan acara perbarisan dan berjalan lalu.

    Seramai 1,123 Perajurit Muda (PM) lelaki berjaya menamatkan latihan asas ketenteraan daripada 1,197 orang yang memulakan latihan sejak Mac 2025.

    Anugerah PM Keseluruhan Terbaik dianugerahkan kepada PM Muhammad Al Mustaqim Rosli manakala Anugerah PM Ketenteraan Terbaik diberikan kepada Mohamad Fareez Hakim Mohd Zamri dan diikuti Anugerah Kawad Terbaik jatuh kepada Abang Nurridhwan Abang Zulkipli.

    Anugerah Akademik Terbaik pula dinobatkan kepada PM Muhammad Mujahid Hadzri dan Anugerah Jasmani Terbaik disandang oleh Muhammad Aqib Naqiuddin Norsham

    PTD dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran PM dalam organisasi Tentera Darat (TD) dan menegaskan kepada semua agar tidak terlibat dalam kes-kes tidak bermoral serta melanggar perintah dan arahan perkhidmatan sehingga mencemarkan imej TD.

    “Saudara-saudara bukan lagi rakyat Malaysia yang biasa kerana pada hari ini kamu semua berdiri sebagai benteng negara,” tegasnya.

    Turut berlangsung penganugerahan khas kepada dua anggota TD iaitu SSjn Abdul Aziz Ahmad dan Kpl Ishak Hidayat atas kejayaan cemerlang mereka dalam kejohanan bina badan peringkat Asia dan Asia Tenggara.

    Turur hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Hj Malek Razak Sulaiman, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar dan Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Marzuki Hj Mokhtar.

    OLEH: LT M RIFFAT MOHD YUSOF

    GAMBAR: LKPL SYFIQRULLAH MAZLAN DAN PBT NANATASHA NGADAN

    situs slot gacor

    toto slot

    slot gacor

  • Country Offsite Visit IPACC dan SELF

    Country Offsite Visit IPACC dan SELF

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan meluangkan masa menghadiri Country Offsite Visit bersama peserta-peserta IPACC dan SELF bersempena dengan penganjuran Forum Ketenteraan Serantau bertempat di Taman Eko Rimba Komanwel pada 24 Sep 2025.

    Ketibaan PTD disambut oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman sebelum acara dimulakan dengan gimik persembahan Tarian Ngajat dan diikuti lawatan ke booth serta pameran kenderaan perisai oleh Syarikat Mildef International Technologies.

    Seterusnya, PTD turut diberikan taklimat mengenai Peperangan Melawan Insurgensi (PMI) serta dipertontonkan dengan demonstrasi menduduki pangkalan, masakan medan dan ikhtiar hidup.

    Program ini dilihat menjadi platform pertukaran pendapat selain berkongsi kepakaran strategik serta pengukuhan kerjasama ketenteraan di rantau Indo-Pasifik.

    Turut hadir, Chief of Staff of the United States Army, General Randy A. George, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar dan Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal.

    Gambar: LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein & LKpl Muhammad Syfiqrullah Mazlan

    situs slot gacor

    toto slot

  • 24 Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

    24 Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

    KUALA LUMPUR: Seramai 24 Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) telah dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-Pegawai TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan bertempat di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 4 Jul 2025.

    Mendahului senarai dua pegawai kanan berpangkat Brig Jen dinaikkan pangkat Mej Jen iaitu Brig Jen Abdul Karim Ahmad yang menjawat jawatan sebagai Komandan, Maktab Ketahanan Nasional manakala Brig Jen Mohd Sobirin Hj Mohd Yusof menjawat jawatan sebagai Inspektor Jeneral, Bahagian Inspektorat TD.

    Majlis diteruskan dengan seorang pegawai dinaikkan pangkat Brig Jen, tujuh pegawai dinaikkan ke pangkat Kol dan 14 pegawai dinaikkan pangkat Lt Kol.

    PTD mengucapkan tahniah kepada pegawai yang dinaikkan pangkat serta mengingatkan bahawa kenaikan pangkat ini hadir bersama amanah yang lebih besar.

    Selain itu, beliau turut menyeru semua pegawai agar terus mengekalkan disiplin, integriti dan kesetiaan dalam setiap penugasan yang diberi demi kecemerlangan berterusan ATM sebagai sebuah ketumbukan yang hebat.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar.

    Gambar: LKpl Syfiqrullah Mazlan

  • 1,319 Perajurit Muda Berjaya Tamat Latihan

    1,319 Perajurit Muda Berjaya Tamat Latihan

    NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda (TLPM) Lelaki Siri 202/2024 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 18 Mei 2025.

    “Jangan sia-siakan pengorbanan dan segala titik peluh yang telah gugur untuk mendapatkan gelaran sebagai seorang anggota tentera.

    “Janganlah saudara-saudara diibaratkan seperti kata bidalan “Air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut,” yang membawa maksud, segala usaha yang terhasil dari pengorbanan kita amat mudah untuk dilupakan dan ditinggalkan.

    “Didiklah mereka ini untuk menjadi seorang warga Tentera Darat yang kredibel, versatile dan efisen kerana ia adalah amanah yang perlu dijaga terutamanya kepada pemerintah,” tegas PTD.

    Seramai 1,319 PM berjaya menamatkan latihan asas ketenteraan selama enam bulan terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan termasuk Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Sijil Teknikal Malaysia (STM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Perbarisan turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada PM terbaik serta penganugerahan Pisau TD kepada dua individu yang telah mengharumkan nama negara dan mempamerkan keberanian luar biasa.

    Sjn Severinus Sapitin telah berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang hampir lemas di kawasan Sungai Meroli, Ranau, Sabah. Manakala SSjn Muhammad Nizam Samsul Anuar pula bertindak berani dan pantas memberi rawatan awal kepada mangsa kemalangan jalan raya di Simpang Tiga Lahar Yooi, Seberang Perai Utara, Pulai Pinang. PTD berbesar hati untuk menyampai anugerah khas dan kenaikan pangkat kepada  Kedua-dua Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Kanan ini.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Mohamad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Marzuki Hj Mokhtar dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

    Gambar: Lkpl Muhammad Nor Akram Halib, Pbt Nanatasha Ngadan, Pbt Muhammad Syfiqrullah Mazlan dan Rjr Raja Khairul Husaini Raja Roslan

    kampungbet

    kampungbet

    situs slot gacor

    situs toto

    kampungbet

    monperatoto

  • 86 PTTK Dinaikkan Pangkat Ke Pegawai Waran I

    86 PTTK Dinaikkan Pangkat Ke Pegawai Waran I

    KUALA LUMPUR: Seramai 86 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dinaikkan pangkat ke Pegawai Waran I (PW I) yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur pada 18 Apr 2025.

    PTD mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat di atas kenaikan pangkat ini yang merupakan satu pengiktirafan tertinggi di atas jasa dan sumbangan serta komitmen tidak berbelah bagi sepanjang berkhidmat di dalam Tentera Darat (TD).

    “PTTK dianggap sebagai Tulang Belakang kepada organisasi tidak kira pada peringkat pemerintahan mahupun di dalam TD dan pangkat ini boleh menjadi lambang kegemilangan”, tegas beliau.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

    link slot

    kampungbet

    monperatoto

  • Pangkat Simbol Komitmen dan Tanggungjawab – PTD

    Pangkat Simbol Komitmen dan Tanggungjawab – PTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan menegaskan bahawa penganugerahan pangkat ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi daripada pegawai serta anggota.

    “Pengiktirafan ini diharap dapat menjadi pemangkin semangat untuk terus melaksanakan tugas dengan dedikasi yang tinggi.

    “Setiap pangkat disandang membawa tanggungjawab besar yang memerlukan komitmen sepenuh hati,” ujar PTD dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-Pegawai TD di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 9 Jan 2025.

    Beliau juga menekankan peranan penting Askar Wataniah sebagai angkatan sokongan yang strategik dalam membantu angkatan tetap menghadapi pelbagai misi dan operasi.

    “Askar Wataniah adalah manifestasi komitmen rakyat untuk sama-sama mempertahankan negara dan sekaligus membentuk rangkaian sokongan yang utuh kepada angkatan tetap.

    “Saya menyeru semua anggota untuk terus memberi khidmat yang terbaik, melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab,” tambahnya.

    Majlis ini menyaksikan seramai 39 pegawai TD dan dua pegawai sukarela dinaikkan pangkat didahului dengan pemakaian pangkat Brig Jen melibatkan lima pegawai iaitu Kol (Dr) Shalene Kereshanan yang kini menjawat jawatan sebagai Pengarah Pergigian di Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD).

    Pegawai lain yang turut dinaikkan ke pangkat Brig Jen adalah Kol (Dr) Ngoo Kay Seong yang menjawat jawatan sebagai Pakar Bedah Urologi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, diikuti Kol Shamsulakmar Hj Ismail menjawat jawatan sebagai Pengarah Kor Polis Tentera Diraja (KPTD), Kol Nozri Senawi menjawat jawatan sebagai Provos Marsyal Darat dan Kol Noor Esjuraimey Baharan menjawat jawatan sebagai Pengarah Kor Risik Diraja (KRD).

    Seterusnya, seramai sembilan pegawai dinaikkan ke pangkat Kol termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Melaka, Dato’ Azhar Hj Arsyad yang dianugerahkan Tauliah Kol Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan.

    Manakala 13 pegawai dinaikkan pangkat ke Lt Kol, dua pegawai dinaikkan pangkat ke Mej, seorang pegawai diaugerahkan Tauliah Mej Kehormat dan 11 pegawai Senarai Tugas Ikhtisas (STI) ditauliahkan pangkat Lt M.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Dato’ Mohd Razali Alias, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

    Gambar: Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir & Pbt Nanatasha Ngadan

    situs slot gacor

    toto slot

  • Amanat PM Tahun Baharu 2025

    Amanat PM Tahun Baharu 2025

    KUALA LUMPUR: Pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta kakitangan awam Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) hadir mendengar Amanat Tahun Baharu 2025 secara maya yang disampaikan oleh Perdana Menteri (PM) Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim bertempat di Auditorium KEMENTAH pada 3 Jan 2025.

    PM dalam perutusannya mengingatkan setiap penjawat memainkan peranan tersendiri dalam membawa perubahan serta mempunyai khidmat dan jasa masing-masing.

    “Kita tahu untuk bawa perubahan menyeluruh itu memerlukan setiap tenaga, setiap pengorbanan dan perit jerih sama ada orang di lapangan atau di sempadan perbatasan, ada yang beruniform, ada yang tidak tetapi semuanya mempunyai khidmat dan jasa.

    “Seperti mana sebelum ini, bila kita bicara soal kejayaaan menangani permasalahan COVID-19, itu bukan sahaja kepakarannya, kemahirannya, kelengkapannya, tetapi juga tukang cuci, teknikal, yang menyediakan, membersihkan.

    “Sentiasa ingat bahawa kejayaan itu ialah kejayaan semua daripada peringkat setinggi-tingginya sehingga serendah-rendahnya,” tegas PM.

    Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab. Rahman, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Muhammad Norazlan Aris TUDM.

    situs slot gacor

    toto slot

  • Pegawai Kanan Tauliah Kehormat AW Naik Pangkat

    Pegawai Kanan Tauliah Kehormat AW Naik Pangkat

    KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tauliah Kehormat Askar Wataniah di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan pada 26 Nov 2024.

    Mendahului senarai, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali dianugerahkan pangkat Mej Jen (Kehormat) yang menjawat jawatan sebagai Pengerusi SPJP Angkatan Sukarela Se-Malaysia manakala Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dikurniakan pangkat Brig Jen (Kehormat) dan menjawat jawatan sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Terengganu.

    Selain itu, Tan Sri Dato’ Seri Dato’ Paduka Prof Dr Fng Ah Seng turut dinaikkan pangkat Brig Jen (Kehormat) dan menjawat jawatan sebagai Penaung JAKPAW Negeri Pulau Pinang.

    Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan, Ketua Staf Angkatan Tentera Malaysia, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.