Tag: Timbalan Panglima Tentera Darat

  • Program Solat Subuh Perdana Peringkat Tentera Darat

    Program Solat Subuh Perdana Peringkat Tentera Darat

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan bersama-sama warga Tentera Darat (TD) sekitar Lembah Klang telah menghadiri Solat Subuh Perdana Anjuran Markas Tentera Darat (MK TD) bertempat di Masjid Khalid Al-Walid pada 11 Mac 2024.

    Program ini bertujuan meningkatkan semangat di kalangan warga TD yang beragama Islam dalam menyambut bulan Ramadan dimana ianya juga turut diadakan di semua peringkat briged dan formasi.

    Program kerohanian sebegini sejajar dengan Perintah Ulung PTD Ke-30 yang Pertama iaitu Pembangunan Modal Insan.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Norsham Md Tap.

    #SubuhMacamJumaat

    Gambar: LKpl Muhammad Shafirin Mohd Radzi & LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

  • Penyerahan Aset Memperkasakan Pertahanan TD

    Penyerahan Aset Memperkasakan Pertahanan TD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat (TD) bertempat di Garaj 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen pada 6 Mac 2024.

    Aset-aset yang diterima berjumlah 43 unit terdiri daripada Command Center Platform (CCP), Light Forward Repair Vehicle (LFRV), War Dog Rapid Deployment Vehicle, Aviation Forward Repair Team Vehicle dan Kenderaan Pembawa Senjata (KPS) HMG.

    Majlis penyerahan ini membuktikan TD sentiasa meningkatkan keupayaan pertahanan dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan negara di samping memberikan bantuan terutama semasa negara ditimpa bencana alam.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan pegawai kanan TD.

    Gambar: LKpl Muhammad Shafirin Mohd Radzi & LKpl Nik Ahmad Asyraaf bin Nik Husein

  • ‘Lion Challenge’ Uji Ketahanan Fizikal Pegawai Kadet ATD

    ‘Lion Challenge’ Uji Ketahanan Fizikal Pegawai Kadet ATD

    NEGERI SEMBILAN: Komandan Akademi Tentera Darat (ATD), Brig Jen Abdul Karim Ahmad menyempurnakan perasmian pertandingan LION CHALLENGE Kadet melibatkan seramai 403 Pegawai Kadet Lelaki dan 50 Pegawai Kadet Wanita bertempat di ATD, Kem Segenting pada 8 Feb 2024.

    Pegawai Kadet yang terlibat terdiri daripada dua pengambilan iaitu Pegawai Kadet Graduan (PKG) Pengambilan Ke-38/23 dan Pegawai Kadet Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA) Siri 12/23.

    Objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji tahap kemampuan dan ketahanan individu serta tim selain menjadi medan untuk menguji semangat juang, ‘espirit de corps’ dan kepimpinan di peringkat platun.

    Pertandingan yang memberikan penekanan terhadap ketahanan mental dan fizikal ini terdiri daripada 11 disiplin yang perlu diharungi oleh para peserta dimulai dengan Larian Platun, Flip Tayar, Pikul Tayar, Stretcher Run, Membawa Tong Peluru dan Menarik Water Trailer.

    Seterusnya, peserta dikehendaki menyelesaikan Acara Komposisi Satu Platun yang menekankan kepada keupayaan kognitif iaitu Prosedur Perhubungan Radio, Larian Log, Praktikal Ilmu Medan Perang (IMP), Quick Decision Exercise (QDE) serta Membuka dan Memasang Senjata Mesingan Kegunaan Am (MGKA).

    Selain itu, turut diadakan acara Pemakaian Pangkat melibatkan seramai 77 Pegawai Kadet yang mana tiga daripadanya dipakaikan pangkat Pegawai Rendah Kanan (PRK), 10 Pegawai Rendah Muda (PRM), 30 Pegawai Kadet Sarjan dan 34 Pegawai Kadet Koperal.

    Waris dan pasangan yang hadir turut diberikan penghargaan untuk memakaikan pangkat kepada anak-anak dan pasangan mereka yang dilaksanakan secara serentak dalam upacara ini.

    Hari Terbuka Divisyen Kadet diakhiri dengan sesi interaksi Pegawai Kadet bersama keluarga yang membolehkan ibu bapa Pegawai Kadet berinteraksi secara terus bersama Komandan ATD dalam usaha membentuk anak-anak mereka sebagai bakal Pegawai Tentera Darat dan pemimpin masa hadapan.

    Pada masa yang sama turut diadakan Pameran Aset Ketenteraan melibatkan aset Kenderaan Jenis A (KJA), Peralatan dan Persenjataan serta Pameran Kerjaya dan Promosi sebagai penyeri sepanjang acara berlangsung.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Marzuki Hj Mohktar, Ketua Pengarah Dasar dan Pembangunan, Mej Jen Nahar Azmi Mahmud Ahmad dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul & LKpl Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • PTD Meraikan Deepavali Peringkat Tentera Darat

    PTD Meraikan Deepavali Peringkat Tentera Darat

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isteri, Datin Hartiah Hamzah menyaksikan Sambutan Majlis Deepavali Peringkat Tentera Darat di Dewan Dato’ Jamil Ahmad pada 8 Dis 2023.

    Sambutan ini diadakan bagi meraikan pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) berbangsa India di samping dapat mengeratkan lagi jalinan persahabatan warga TD berbilang bangsa yang telah terjalin.

    Acara dimulakan dengan gimik membuat kolum yang disempurnakan oleh PTD sebagai simbolik meraikan perayaan Deepavali.

    Seterusnya, acara dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan seperti pertunjukan tarian masyarakat India serta nyanyian lagu.

    Selain itu, PTD turut menyempurnakan penyampaian duit raya kepada anak-anak pegawai dan anggota yang hadir.

    Sebelum mengakhiri majlis, PTD menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (Tamil) Kem Askar Melayu serta kepada lima anggota sebelum diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan pegawai kanan TD.

  • Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD

    Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD

    KUALA LUMPUR: Seramai enam pegawai kanan Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan di Penthouse, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 1 Dis 2023.

    Majlis dimulakan dengan Mej Jen Dato’ Razali Alias dinaikkan pangkat ke Lt Jen serta menjawat jawatan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO), manakala seramai tiga pegawai dinaikkan pangkat dari Brig Jen kepada Mej Jen dan dua pegawai dari Lt Kol dinaikkan pangkat ke Kol.

    Dalam ucapan PTD, beliau mengucapkan tahniah kepada pegawai kanan yang dipakaikan pangkat pada hari ini dan menegaskan bahawa pangkat yang dianugerahkan bukanlah satu keistimewaan namun ianya adalah berdasarkan kecemerlangan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh perkhidmatan. Tambahnya, pemakaian pangkat ini seharusnya menyuntik semangat dan motivasi serta terus menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Ahmad Norihan Jalal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Dr Zulkeffki Mat Jusoh dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

    Gambar: LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

  • MALBATT 850-11 Siap Diatur Gerak

    MALBATT 850-11 Siap Diatur Gerak

    KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hasan menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Penyerahan Bendera Malaysia serta Penghantaran Kumpulan Pertama Malaysian Battalion (MALBATT) 850-11 bertempat di Pangkalan Udara Subang pada 2 Nov 2023.

    Terdahulu, ketibaan MENHAN disambut oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Ab Rahman sebelum diteruskan dengan acara Pemakaian Beret PBB dan Penyerahan Bendera Malaysia.

    MALBATT 850-11 telah menjalani latihan khusus selama tiga bulan yang merangkumi sebulan latihan perkhidmatan tunggal dan dua bulan latihan integrasi atau Force Integration Training (FIT) di bawah kawal selia Markas Angkatan Bersama (MAB) bertempat di MALBATT Village, Port Dickson, Negeri Sembilan dan telah bersedia untuk diaturgerakkan ke Lubnan bagi menggantikan MALBATT 850-10 yang akan menamatkan misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) setelah berkhidmat 12 bulan.

    MALBATT 850-11 yang akan diatur gerak dalam empat peringkat menampilkan kekuatan seramai 854 orang terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk seorang pegawai awam dari Kementerian Pertahanan bagi meneruskan Misi UNIFIL di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL di Kem Ma’rakah dan Kem Tibnin.

    Seramai 30 pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan turut menyertai MALBATT 850-11.

    Perbarisan Kumpulan Pertama MALBATT 850-11 ini dianggotai oleh 49 pegawai dan 168 anggota LLP diketuai oleh Komander MALBATT 850-11, Kol Burhan Sagoni.

    Dalam ucapan MENHAN, beliau menegaskan agar seluruh warga MALBATT mengekalkan mutu disiplin yang tinggi bagi memastikan pengiktirafan ini terus terpelihara demi memartabatkan lagi maruah negara dan ATM di persada antarabangsa.

    “Seperti sedia maklum, penugasan kali ini dilihat lebih mencabar ekoran konflik Israel-Gaza yang telah tercetus sejak 7 Okt 2023 yang lalu.

    “Sehingga kini, konflik ini dilihat semakin tegang dan meluas di antara kedua-dua belah pihak
    yang mengakibatkan ribuan nyawa terkorban dan kemusnahan harta benda akibat serangan roket, artileri, mortar dan pesawat udara.

    “Konflik bergolak ini secara langsung turut memberi kesan kepada situasi keselamatan di selatan Lubnan dan ianya akan tentunya menyukarkan pengoperasian kontinjen MALBATT 850-10 serta MALBATT 850-11 sekiranya konflik ini berpanjangan.

    “Namun, alhamdulillah, kontinjen MALBATT 850-10 masih berada dalam keadaan baik dan selamat dan saya berharap saudara-saudari dalam Kontinjen MALBATT 850-11 agar
    sentiasa berwaspada serta bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan apabila menggantikan MALBATT 850-10,” pesan MENHAN.

    Turut hadir, Pemangku Pesuruhajaya Tinggi Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Tuan Mohd Aizul Hakim Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Hj Suyoi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Seri Isham Ishak, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato Nor Mohamad Akmar Mohd Dom TUDM dan Pegawai-pegawai Kanan ATM.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • Perutusan Perintah Ulung PTD Ke-30

    Perutusan Perintah Ulung PTD Ke-30

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Perbarisan Perutusan Perintah Ulung PTD di Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi pada 31 Okt 2023 selepas dilantik sebagai pemerintah tertinggi Tentera Darat (TD).

    Perutusan yang disampaikan menekankan tiga objektif utama iaitu Kesiapsiagaan, Kemampanan Organisasi dan Sahsiah Keperwiraan yang ingin dicapai melalui Sinergi 3M (Man, Machine and Method).

    PTD juga menggariskan lima teras utama iaitu Sumber Manusia, Inovasi Peperangan Bersama, Agenda Pengukuhan Keupayaan, Gagasan Tentera dan Rakyat serta Anjakan Diplomasi Pertahanan.

    Perbarisan melibatkan seramai 55 pegawai serta 1,509 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang terdiri daripada 16 detasmen mewakili semua Kor dalam Tentera Darat, satu detasmen 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK), satu detasmen Briged Ke-10 (Para) (10 Bgd (Para)) dan satu detasmen Terbang Lintas Hormat Pesawat Agusta 109 LOH dan MD 530G Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) turut menyaksikan gimik penyerahan Perutusan PTD.

    Penyempurnaan Perutusan PTD Ke-30 ini merupakan satu platform yang akan membawa TD seiring dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mencapai aspirasi Angkatan Tiga Puluh (Force 30).

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan pegawai kanan TD.

  • Penyerahan Aset Meningkatkan Tahap Kesiapsiagaan TD

    Penyerahan Aset Meningkatkan Tahap Kesiapsiagaan TD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat Siri 3/23 di Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi pada 31 Okt 2023.

    Aset-aset yang diserahkan melibatkan Kenderaan Jenis B (KJB), Peralatan Perairan, Senjata dan Peralatan Elektronik bagi suku ketiga tahun 2023.

    Aset-aset yang diterima berjumlah 661 unit terdiri daripada Trak 3 Tan GS Kargo, Unmanned Aerial System, Ambulan Medan, Kenderaan Pembawa Senjata AGL, Special Operation Vehicle, Assault Boat, Trailer Boat, Rubber Inflatable Boat, Logistic Support Bridge, Mortar 60mm, Night Vision Goggle dan Laser Range Finder dengan jumlah keseluruhan perolehan bernilai RM96,344,306.00.

    Majlis penyerahan ini semestinya memaparkan TD sentiasa mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara disamping memberikan bantuan terutama semasa negara ditimpa bencana alam.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Haji Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan pegawai kanan TD.

  • Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela Dan Tauliah Kehormat AW

    Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela Dan Tauliah Kehormat AW

    KUALA LUMPUR: Seramai 57 Pegawai Kanan Sukarela, Tauliah Kehormat dan Pegawai Sukarela Tauliah Baharu Askar Wataniah (AW) terlibat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela dan Tauliah Kehormat AW yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan bertempat di Dewan Tanjung, Wisma Tansit Kuala Lumpur (WTKL) pada 26 Okt 2023.

    PTD mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat dan merupakan pengiktirafan oleh TD serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada para pegawai yang terlibat.

    Selain itu pangkat yang disandang hadir bersama amanah, tanggungjawab dan tugas yang harus dipikul dengan sebaik-baiknya.

    “Peranan dalam Rejimen Askar Wataniah peringkat negeri mahupun Rejimen adalah untuk membantu ganti angkatan tetap dalam mempertahankan kepentingan strategik negara, membantu dalam operasi keselamatan dan bersedia untuk dimobilisasi apabila diperlukan serta membantu bekerjasama dengn pihak berkuasa awam semasa kecemasan dan bencana alam.

    “Askar Wataniah juga berperanan menjadi penghubung antara rakyat dan tentera sebagaimana yang dinyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP).

    “Bagi meningkatkan lagi keberkesanan Askar Wataniah, TD akan turut melibatkan mereka dalam latihan bersama perkhidmatan lain dan agensi kerajaan serta latihan bersama Tentera Negara Asing bertujuan untuk menerapkan elemen Kebersamaan dan Kebolehoperasian di kalangan pegawai dan anggota Sukarela untuk meningkatkan tahap kesiagaan menghadapi sebarang kemungkinan dan ancaman” kata PTD.

    Majlis diakhiri dengan acara bergambar sebelum diteruskan jamuan makan.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Abdul Rahman A.Wahab.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • Gunakan Pengetahuan dan Pengalaman Bimbing Anggota Bawahan – PTD

    Gunakan Pengetahuan dan Pengalaman Bimbing Anggota Bawahan – PTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) berpangkat Pegawai Waran Dua (PW II) serta mengharapkan mereka dapat menggunakan pengetahuan dan pengalaman untuk membimbing serta memimpin anggota bawahan memahami tugas dan peranan masing-masing.

    “Sebagai tulang belakang Tentera Darat, saudara dan saudari hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran serta kebolehan agar dapat melaksanakan tugas dalam jawatan disandang disamping memimpin dan menguruskan anggota bawahan”.

    “Dalam mengharungi situasi semasa dan cabaran generasi muda yang celik IT serta pengaruh media sosial, saudara saudari tidak seharusnya membataskan pengetahuan dalam ruang lingkup ketenteraan, tetapi juga pengetahuan lain yang memberi nilai tambah kepada perkembangan diri dan anggota bawahan. Dengan ini ianya membolehkan saudara saudari menjadi pemimpin yang versatil dan lebih baik,” ucap PTD.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan semasa Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Waran Satu (PW I) Tentera Darat di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada 26 Okt 2023.

    Tegas PTD lagi, sebagai PW I tunjukkanlah tauladan yang baik, terapkan nilai integriti dan keikhlasan dalam melaksankan tugas kepada anggota yang dipimpin kerana anda merupakan cerminan yang menjadi ikutan mereka.

    Terdahulu PTD menyempurnakan acara pemakaian pangkat PW I kepada 59 anggota LLP berpangkat PW II dari pelbagai Kor dan Rejimen TD.

    Majlis diakhiri dengan acara bergambar dan jamuan makan.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan Pegawai Kanan TD.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi