PersonalitiSudut Inspirasi

Dari Barisan Hadapan Ke Pentas Perniagaan, Prinsip “Giving Back To Society” Jadi Amalan

Usaha untuk berbakti kepada bangsa dan negara tidak pernah wujud sempadan apatah lagi noktahnya. Meskipun sudah beberapa dekad tidak lagi menyarung sepasang celoreng sebagai seragam hariannya, namun semangat figura ini untuk terus menabur bakti kepada masyarakat masih marak menyala. 

Dilahirkan pada 13 Mei 1968 di utara tanah air, Kedah yang sinonim dengan jolokan negeri jelapang padi, sosok Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia korporat tempatan. 

Merupakan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan pangkat terakhir sebagai Kapten dalam Kor Risik Diraja (KRD) sebelum bersara, beliau yang lebih mesra disapa sebagai Tan Sri Ikmal adalah merupakan individu yang bertanggungjawab membawa jenama Widad Business Group sebagai sebuah entiti yang disegani pada hari ini. 

Bermula dengan hanya membuka sebuah perniagaan automotif yang bertapak nun jauh di kampung halaman beliau di Alor Setar, Kedah, Tan Sri Ikmal terbukti telah mengorak langkah cukup jauh dalam dunia perniagaan. 

Tan Sri Ikmal berjaya mencapai keuntungan RM1 juta pertama dalam masa hanya tiga tahun melalui perniagaan yang dibangunkannya pada tahun 2001. 

Kini, beliau berdiri teguh di sebalik Widad Business Group, sebuah syarikat konglomerat Bumiputera dengan pelbagai aktiviti perniagaan termasuklah sektor pembinaan, pengurusan fasiliti bersepadu, penyelenggaraan dan operasi, pembangunan hartanah, perkhidmatan ICT, pendidikan, hospitaliti, pertahanan, aeroangkasa serta media dan penerbitan.

Widad Business Group memiliki Widad Group Berhad serta Dataprep Holdings Berhad yang mana tersenarai di Bursa Malaysia. Syarikat-syarikat lain yang bernaung di bawah Widad Business Group adalah Widad Builders Sdn. Bhd., Widad Facility Management Sdn. Bhd., Wardah Communication Sdn. Bhd., Widad Skycore (M) Sdn. Bhd., Widad Education Sdn. Bhd., Langkasuka Land Sdn. Bhd. serta lain-lain lagi.

Melalui Langkasuka Land Sdn. Bhd., Widad Business Group sedang dalam proses membangunkan sebuah projek mega dikenali sebagai Widad@Langkasuka di Langkawi, Kedah. Pembangunan projek hartanah eksklusif bernilai RM40 bilion itu tampil dengan konsep pembangunan bercampur dengan menampilkan pelbagai komponen pelancongan seperti hotel dan resort bertaraf lima bintang, lapangan golf antarabangsa, kompleks pejabat, pusat beli belah, pusat institusi pengajian tinggi dan kediaman mewah.

Impaknya secara tidak langsung dijangka akan membantu merancakkan lagi sektor ekonomi negara selain bakal menghidangkan ribuan peluang pekerjaan kepada para penduduk setempat untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

Menyelusuri sedikit latar belakang pendidikan beliau, Tan Sri Ikmal mendapat bimbingan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Padang, Baling, Kedah dan kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Dato’ Hj Abdullah Badawi, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Beliau seterusnya menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1988 dan telah manyandang Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian (Komunikasi Massa) sebelum melangkah ke alam pekerjaan bersama Berita Harian.

Perjalanan karier beliau kemudiannya menyaksikan transformasi dengan penyertaan dalam perkhidmatan

ATM pada 1992. Beliau telah ditugaskan di beberapa unit dan penempatan termasuklah Markas Tentera Darat (MK TD) – Jabatan Arah Risik dan Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP). Selain itu, Tan Sri Ikmal juga pernah menyertai misi MALCON IV SFOR di Bosnia-Herzegovina di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1997.

Walaupun melalui tempoh yang tidak panjang dalam perkhidmatan, namun peluang, pengalaman dan cabaran yang dilalui Tan Sri Ikmal telah membentuk keperibadian beliau sebagai seorang yang kental dan gigih dalam menggapai sesuatu impian. Pernah ditumpangkan di pasukan infantri iaitu Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) dan bertugas sebagai pemangku Pegawai Staf 2 Risik 10 Bgd (Para) semasa fasa awal penubuhan rasmi ketumbukan Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) berkenaan telah memberi nilai tambah kepada keupayaan yang digarap beliau dalam perkhidmatan.

Selain itu, Tan Sri Ikmal juga mempunyai sumbangan Malaysia (BTDM) sehingga mencapai tahap yang ada pada hari ini. Hasrat BTDM untuk menyediakan sorotan khas mengenai beliau dalam edisi kali ini membawa satu nostalgia tersendiri kepada dirinya. Ini kerana beliau merupakan salah seorang ahli sidang redaksi yang merancang dan menggerakkan konsep pengisian serta penerbitan pada peringkat awal penubuhan BTDM suatu waktu dahulu.

Berbalik kepada tugas yang digalas beliau kini, ternyata memegang portfolio sebagai pengasas juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan bukanlah satu perkara yang mudah. Tan Sri Ikmal bertanggungjawab dalam mengemudi hala tuju organisasi yang diterajuinya. 

Hakikat dalam membangunkan sesebuah perniagaan pasti tidak akan terlepas daripada berdepan onak dan ranjaunya. Bagaimanapun, beliau mempunyai pendekatan tersendiri untuk menangani cabaran yang mendatang. 

Selain sentiasa berpandangan jauh dan optimis dalam setiap keputusan yang diambil, formula kejayaan beliau dalam membangunkan syarikat ini ada pada nama ‘Widad’ itu sendiri. Dipetik daripada istilah Arab, ‘Widad’ membawa maksud kasih-sayang, cinta dan persahabatan yang mana nilai itulah yang diterapkan oleh Tan Sri Ikmal dalam organisasinya pada setiap masa bagi mewujudkan sebuah suasana kerja yang harmoni serta bersatu padu. Bagi beliau, pekerja tidak hanya sekadar aset bahkan dianggap lebih bernilai seperti sebuah keluarga sendiri. 

Jelasnya, setiap individu mempunyai peranan yang tersendiri, dan oleh kerana itu juga Tan Sri Ikmal tidak lokek membuka peluang bagi pekerjanya memajukan diri di dalam karier mereka dengan memberi bimbingan serta latihan yang sepatutnya. Menerusi kepimpinannya, adalah penting untuk menghargai pekerja dan mengiktiraf peranan mereka dalam mencapai objektif organisasi. 

Giving Back to Society” merupakan satu aspirasi yang tidak asing lagi tertanam erat dalam sanubari usahawan ini. Bagi beliau, ia merupakan suatu bentuk keprihatinan yang dizahirkan kepada komuniti lebih besar tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama. 

Tan Sri Ikmal aktif terlibat dalam pelbagai aktiviti amal dalam meringankan beban golongan kurang bernasib baik. Selain memberi bantuan secara langsung kepada mereka yang memerlukan, beliau juga menjalin kerjasama erat dengan beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO). 

Tidak hanya berkisarkan soal kebajikan, beliau juga merupakan seorang tokoh yang begitu mengambil berat akan perihal pendidikan. Tan Sri Ikmal mengambil peluang meneroka sektor pendidikan dengan merealisasikan penjenamaan semula Kolej Univeristi Shahputra dan Kolej Shahputra kepada Kolej Universiti Widad dan Kolej Widad. 

Operasi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang berpangkalan di Kuantan, Pahang ini menitikberatkan kesediaan dan kelangsungan graduan selaku belia dan profesional yang kompeten serta berdaya saing. 

Usaha, kegigihan serta ketokohan beliau telah mendapat pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara antaranya, Middle East Business Leader Award 2018, Ikon Muda Bumiputera Kebangsaan (Keusahawanan) 2018, The BrandLaureate Special Edition World Awards 2018 – Hall of Fame Lifetime Achievement Awards dan Global Leadership Award 2019 (Global Icon of The Year). 

Dalam pada itu, kejayaan Tan Sri Ikmal membangunkan Widad Business Group juga memperoleh pengiktirafan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang mana baginda telah memberi perkenan untuk menggunakan perkataan Royal untuk semua entiti perniagaan di bawahnya seperti Royal Widad Hotel, Royal Widad Specialist Centre dan Yayasan Royal Widad. 

Demikian sedikit sebanyak coretan perjalanan kehidupan insan bernama Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah membina legasinya dalam dunia perniagaan. 

Semoga contoh keazaman dan kegigihan beliau dapat dijadikan sebagai pembakar semangat untuk kita semua bagi menggapai apa yang diimpikan. 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online