Bersama PemimpinSemasa

Pangkat Adalah Sumur Rezeki Kurniaan Allah SWT – PTD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan mengucapkan tahniah kepada para pegawai yang dinaikkan pangkat serta berpesan bahawa kenaikan pangkat ini adalah suatu lonjakan kendiri dalam pelaksanaan tugas yang wajib dipikul secara profesional dan bertanggungjawab.

“Pangkat turut dipandang sebagai salah satu sumur rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT selain ianya juga dianugerahkan berdasarkan kecemerlangan dalam menepati kriteria pencapaian seperti yang ditetapkan oleh perkhidmatan.

“Amalkan sikap menitik berat moral dan kebajikan pegawai mahupun anggota di bawah perintah serta hapuskan anasir negatif di kalangan subjek pemerintahan seperti perjudian, penderaan, penyalahgunaan kuasa dan salah laku moral yang mencalarkan imej ulung TD,” pesan PTD.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai TD melibatkan seramai 10 pegawai bertempat di Wisma Perwira TD pada 28 Jun 2024.

Acara didahului dengan pemakaian pangkat Brig Jen melibatkan Kol Zamri Othman yang kini menjawat jawatan sebagai Panglima Briged Pertama Infantri Malaysia (1 Bgd) dan Kol Muhammad Fauzi Abu Bakar yang dilantik sebagai Panglima 12 Bgd.

Seterusnya, dua pegawai dinaikkan pangkat dari Lt Kol ke Kol manakala lima pegawai dinaikkan pangkat dari Mej ke Lt Kol dan seorang pegawai dinaikkan pangkat PK ke Lt M.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Dato’ Mohd Razali Alias, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

Gambar: LKpl Mohammad Shukri Suhaimi & Pbt Nanatasha Ngadan

 

 

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online