Bersama PemimpinHUTSemasa

Penstrukturan dan Inovasi KPA: Menyokong Aspirasi AMH

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kor Perkhidmatan Am (KPA), Brig Jen Zamzuri Harun mengumumkan pelbagai inisiatif dan perancangan strategik setiap komponen KPA untuk memartabatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Angkatan Masa Hadapan (AMH) selaras dengan aspirasi yang terkandung dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP).

“Antara inisiatif utama yang diperkenalkan adalah migrasi sistem UGATNET kepada sistem gaji ATM berkonsepkan teknologi digital bagi meningkatkan kecekapan dan ketepatan pengurusan gaji anggota ATM.

“Dalam usaha memperkukuh pengurusan dan penyimpanan rekod, Jabatan Arah Rekod dan Pencen telah merangka hala tuju yang komprehensif serta inovatif termasuk pemerkasaan sistem pengurusan maklumat melalui pendigitalan untuk memastikan pengurusan maklumat anggota lebih efisien.

“Anggota bahagian kerani juga akan diperlengkapi dengan latihan-latihan seperti pengurusan pejabat, teknologi maklumat, penggunaan perisian pejabat, pengurusan dokumen digital, keselamatan siber, dan perlindungan data.

“Selain itu, Jabatan Arah Pendidikan kini dalam usaha menstruktur semula organisasi melibatkan perpindahan beberapa elemen ke bahagian Training and Doctrine (TRADOC) ATM di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) untuk memperkukuhkan peranan TRADOC ATM dalam membangun sumber manusia profesional melalui integrasi latihan berpaksi doktrin, pendidikan profesional dan pengalaman berkonsepkan Professional Military Education (PME).

“Dalam mendukung aspirasi Angkatan 30, Jabatan Arah Pendidikan telah merangka Educational Grand Strategy untuk melaksanakan inisiatif pendidikan berimpak tinggi seperti Program Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) yang membuka peluang kepada anggota untuk memperoleh Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) melalui pengiktirafan pengalaman.

“Di samping itu, Jabatan Arah Pendidikan sedang giat membangunkan silibus khusus untuk memperkasakan program pembelajaran dan latihan dalam ATM dengan kompetensi tingkah laku (behavioural competency) serta akan terus melaksanakan inisiatif membangun Subject Matter Expert (SME) bagi Teras 3 PSM melalui penghantaran anggota mengikuti pengajian tinggi dalam bidang-bidang sasaran, peningkatan infrastruktur sekolah dalam kem, penyediaan taska dalam kem dan perkhidmatan sistem W-Ilmu perpustakaan.

“Kini, komponen Perhubungan Raya (PR) menerapkan strategi komunikasi yang lebih bersepadu dan proaktif untuk memastikan maklumat tepat dan konsisten melalui pelbagai media dengan mengasah kemahiran penulisan, penyuntingan, penyampaian mesej dan pengurusan krisis anggota PR.

Komponen PR diiktiraf sebagai rakan strategik oleh Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dalam kursus peningkatan kemahiran PR selain berjaya dalam penerbitan filem ‘MALBATT: Misi Bakara’ dan dokumentari Netflix ‘The World’s Toughest Forces’ yang meningkatkan imej positif ATM di mata dunia,” jelas Pengerusi KPA ketika menyampaikan perutusan sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) KPA Ke-66 di Padang Kawad Maktab Tentera Diraja (MTD) pada 1 Jul 2024.

Terdahulu, Pengerusi KPA menerima tabik hormat serta memeriksa perbarisan melibatkan lima detasmen berkekuatan seramai 18 pegawai dan 216 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Lt Kol Zulkarnain Amir dari Komponen Gaji dengan diiringi Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Perbarisan berkonsepkan Berjalan Lalu ini kemudian diteruskan dengan acara pemakaian pangkat melibatkan seramai lapan anggota LLP.

Sebelum mengakhiri ucapan, Pengerusi KPA menyeru kepada setiap lapisan warga KPA memperbaharui tekad untuk terus berkhidmat dengan tulus dan ikhlas memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan agar kor ini sentiasa relevan.

Sambutan HUT KPA diteruskan dengan bacaan Yasin, doa selamat dan diakhiri acara jamuan makan yang diserikan dengan upacara memotong pulut kuning.

Turut hadir, Ketua Pengarah Belanjawan Cawangan Perancangan dan Pembangunan, Brig Jen Azaman Jaafar, Pengarah Rekod dan Pencen, Kol Fadzlie Rizal Ishak, Pengarah Pendidikan Angkatan Tentera, Kol Mohd Sharif Ishak, Pengarah PR, Kol Fazilah Hj Mohd Ali dan Timbalan Pengarah UGAT, Kol Mohd Lutpi Taufik Che Mat Min.

Gambar: LKpl Mohammad Fadzil Akirul

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online