Bersama PemimpinLawatanSemasa

DYMM Kol YDP RAJD Lawat IKEM

JOHOR: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah selaku DYMM Kolonel Yang DiPertua Rejimen Askar Jurutera Diraja (Kol YDP RAJD) berkenan mencemar duli ke Lawatan Kerja dan Demonstrasi di Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM) pada 10 Jul 2024.

Keberangkatan DYMM Kol YDP RAJD disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim lalu dibawa menyaksikan Demonstrasi Operasi Perairan, Demonstrasi Operasi Pemasangan Jambatan CB200 serta Demonstrasi Operasi Kimia, Biologi, Radiasi, Nuklear dan Explosive (CBRNe) dan Counter Improvised Explosives Device (CIED) yang melibatkan sebahagian daripada kepakaran dan aset-aset yang terdapat dalam RAJD.

Dalam rangka lawatan ini, baginda telah berkenan untuk menerima pemakaian lencana kepakaran Master Explosives Ordnance Disposal (EOD) sebagai tanda penghormatan dari RAJD.

Lencana Kepakaran Master EOD merupakan penghargaan kepada pegawai dan anggota Tentera Darat yang mempunyai tahap kepakaran, pengalaman serta pendidikan berterusan yang tinggi dalam bidang pemusnahan bom.

Lawatan diteruskan dengan acara menandatangani buku lawatan yang diadakan di Ekspres Seleksi Jurutera sebelum diakhiri dengan Majlis Santapan Tengahari di Wisma Perwira RAJD Kluang.

Turut hadir, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Marzuki Hj Mohktar, Pengerusi Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Brig Jen Ts Sharudin Mohd Noh, Panglima Briged Ketujuh Infantri Malaysia , Brig Jen Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad dan Pegawai-pegawai Kanan.

Gambar: LKpl Mohammad Shukri Suhaimi & Pbt Nanatasha Ngadan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online