Tag: Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan

  • Pegawai Kanan TD Disantuni

    Pegawai Kanan TD Disantuni

    NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan mengadakan Lawatan Kebajkan ke atas mantan Pegawai Kanan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Brig Jen Ajis Shariff (Bersara) bertempat di Taman Tuanku Jaafar pada 21 Sep 2023.

    Beliau yang juga merupakan mantan Komandan Akademi Tentera Darat (ATD) disahkan mengalami masalah kesihatan dan kini meneruskan rawatan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan.

    Lawatan kebajikan diakhiri dengan penyampaian sumbangan berbentuk hamper dan barangan keperluan harian kepada Brig Jen Ajis Shariff (Bersara).

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Rashidin Hashimi Ab Rashid, Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Norsham Mat Tap dan Panglima 1 Bgd, Brig Jen Mohamad Noorlizam Shamsuddin.

    Gambar: Muhammad Afiq Adnan & Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

  • Enam Pegawai Kanan TD dinaikkan Pangkat

    Enam Pegawai Kanan TD dinaikkan Pangkat

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) melibatkan seramai enam pegawai di Dewan Cempaka, Wisma Transit Kuala Lumpur pada 22 Sep 2023.

    Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat Lt Kol ke Kol melibatkan Lt Kol Diwi A. Rahman manakala pangkat Mej ke Lt Kol seramai lima orang iaitu Mej Shahrul Nizam Mat, Mej Hairul Anuar Othman, Mej Nazrol Abdullah, Mej Chok Yung How dan Mej Mohd Zaini Hassan.

    PTD menegaskan kepada pegawai kanan Tentera Darat (TD) yang baru dinaikkan pangkat agar sentiasa bermotivasi untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada perkhidmatan dan negara.

    “Kenaikan pangkat merupakan pengiktirafan terhadap kecemerlangan perkhidmatan dan komitmen tinggi yang dicurahkan kepada organisasi”, ujar PTD.

    Beliau juga menyampaikan ucapan tahniah dan syabas dalam menggalas tugas memelihara kedaulatan dan keamanan negara serta ucapan terima kasih juga ditujukan buat para isteri kerana sanggup berkorban dan sentiasa memahami kerjaya serta perjuangan dalam menjalankan tugas sebagai anggota tentera.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

  • Kenaikan Pangkat Hadir Bersama Tanggungjawab Lebih Besar – PTD

    Kenaikan Pangkat Hadir Bersama Tanggungjawab Lebih Besar – PTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menjelaskan mengingatkan bahawa kenaikan pangkat ini hadir bersama tanggungjawab yang jauh lebih besar dan kegagalan memikul amanah bukan hanya membawa implikasi buruk terhadap diri sendiri tetapi juga kepada organisasi Tentera Darat (TD).

    “Anugerah pangkat ini sebagai dorongan untuk mereka yang dinaikkan pangkat memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dalam jawatan baharu yang akan disandang kelak yang mana anda semua perlu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas serta laksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab, taat setia, jujur dan berintegriti.

    “Jadikan nilai-nilai murni sebagai pegangan yang akan menjamin kecemerlangan kerjaya saudara dan saudari pada masa hadapan,” jelas PTD ketika ucapannya dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan, Pegawai Senarai Tugas Khas (STK) dan Pegawai Kadet Luar Negara Tentera Darat (TD) di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 28 Apr 2021.

    Tambahnya lagi, apa yang diperolehi hari ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan daripada pasangan dan ahli keluarga yang turut sama berkorban masa, tenaga serta perhatian demi memastikan saudara dan saudari dapat memberi sepenuh tumpuan terhadap tugas.

    “Suka saya nasihatkan agar detik kejayaan ini dirai bersama  yang tersayang kerana mereka berhak merasa bangga dengan kejayaan saudara dan saudari,” ujarnya.

    Terdahulu dari itu. PTD menyempurnakan acara pemakaian pangkat kepada 45 pegawai kanan TD dimulai dengan Mej Jen Dato’ Hashim Aman Shah dan Mej Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh yang dinaikkan pangkat Lt Jen.

    Selain itu dua pegawai kanan dinaikkan pangkat Mej Jen iaitu Brig Jen Dato’ (Dr) Mohammad Amirrudin Hamdan dan Brig Jen Hamzah Ali manakala dua pegawai kanan dinaikkan pangkat Brig Jen, tiga pegawai kanan dinaikkan pangkat Kol, 35 pegawai kanan dinaikkan pangkat Lt Kol, seorang pegawai dinaikkan pangkat Mej, 10 pegawai STK dinaikkan pangkat Lt M dan empat pegawai Kadet Luar Negara dinaikkan pangkat Lt M.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman,  Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Ahmad Norihan Jalal, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin Muslan.

    Gambar: SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly dan Sjn Saiful Fazley Rusli

     

  • Smart Pole Tingkat Capaian Internet dan Pemantauan Keselamatan Kem Tentera

    Smart Pole Tingkat Capaian Internet dan Pemantauan Keselamatan Kem Tentera

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain meyempurnakan pelancaran Projek Smart Pole yang merupakan salah satu acara sempena sambutan Hari Tentera Darat (HTD) Ke-88 di Kem Perdana Sg Besi pada 2 Mac 2021.

    Smart Pole ini merupakan sebuah projek mempertingkatkan capaian internet dan pemantauan keselamatan kem, hasil kolaborasi Tentera Darat (TD)  bersama Syarikat Platinum Core Solutions Sdn Bhd dan rakan kongsinya dari Syarikat Kenari Maluri Group Sdn Bhd.

    Secara amnya ia merupakan Projek Tanggungjawab Sosial Korporat yang menyediakan kemudahan capaian internet (WiFi) kepada warga kem serta penyediaan televisyen litar tertutup (CCTV) dan pencahayaan lampu limpah bagi memudahkan pemantauan kawalan keselamatan kem.

    Projek ini merupakan inisiatif yang mendukung Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Pengerusi Platinum Core Solutions Sdn Bhd, Dato’ Ir Hj Mohd Zaini Abdullah, Pengerusi Kenari Maluri Group Sdn Bhd, Datuk Tun Hasnul Azam Dato’ Seri Tun Hamzah serta penglibatan minima pegawai kanan dan anggota Lain-Lain Pangkat.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul dan Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi