Tag: Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM

  • Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Penghargaan PAT Ke-21

    Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Penghargaan PAT Ke-21

    KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM bersama isteri, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hjh Tengku Muhaini Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah diraikan dalam Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Penghargaan PAT Ke-21 di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pada 31 Ogos 2023.

    Ketibaan PAT disambut oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman sebelum diteruskan dengan solat maghrib, bacaan yasin, tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi Bujai.

    Turut hadir, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Asghar Khan Goriman Khan TUDM dan Ketua Staf Angkatan Tentera Malaysia, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad.

  • Kemeriahan Hari Kebangsaan Pamer Semangat Patriotik Rakyat Malaysia

    Kemeriahan Hari Kebangsaan Pamer Semangat Patriotik Rakyat Malaysia

    PUTRAJAYA: Seawal jam dua pagi, pengunjung mula membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 Tahun di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2023.

    Kehadiran kira-kira seramai 100,000 pengunjung dari pelbagai bangsa, agama dan latar belakang ini membuktikan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia masih subur.

    Sambutan kali ke 66 tahun ini bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ yang membawa maksud tekad pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat perpaduan tinggi, bersatu padu, aman dan sejahtera sekaligus memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

    Terdahulu, keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan (YDP) Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj disambut oleh Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail.

    SPB YDP Agong menerima Tabik Hormat serta memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang berkekuatan seramai empat pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Adibadiuezshah Ahmad serta diiringi oleh pancaragam Pusat RAMD bawah pimpinan Lt Mohd Fauzee Jaapar.

    Acara diteruskan dengan nyanyian lagu keramat Negaraku seiring dengan menaikkan Jalur Gemilang bersama Lintas Hormat lima helikopter membawa Jalur Gemilang berserta 14 das Tembakan Kehormatan melambangkan 14 buah negeri dalam Malaysia oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) (41 Bti RAD (Istiadat)).

    Acara kemudian disusuli dengan bacaan ikrar Rukun Negara yang diketuai oleh Ikon Sukan, Muhammad Haikal Roslan iaitu pelajar Akademi Kecergasan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merangkap pemenang pingat emas bawah 25 tahun perseorangan dalam Kejohanan Asian Bowls Ke-12 Tahun 2023.

    Keunikan sambutan pada tahun ini membawakan persembahan daripada Tim Akrobatik Army Red Warrior Tentera Darat (TD) melibatkan seramai 42 peserta serta penampilan khas daripada 66 buah motosikal Royal Enfield dan aksi terjunan tepat VAT69 Komando Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

    Acara perbarisan dan perarakan yang menjadi tarikan utama telah dijayakan oleh 17,262 peserta melibatkan 67 kontinjen yang dibahagikan kepada sembilan komponen iaitu kenegaraan, perpaduan Malaysia MADANI, ekonomi, perbankan, telekomunikasi, industri kreatif dan penyiaran, sukan negara, kesejahteraan serta keselamatan negara di mana sebanyak 534 aset kenderaan taktikal pelbagai guna serta aset haiwan sebanyak 100 ekor telah dipertontonkan kepada pengunjung yang hadir.

    Tidak ketinggalan mengambil bahagian ialah Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kekuatan seramai 2,076 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bersama 140 aset kenderaan dan aset haiwan selain 50 aset udara ATM melibatkan pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM, F/A- 18D Hornet, BAE Hawk, pesawat pengangkut A400M, C130 Hercules dan helikopter dari TD serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

    Keterujaan para pengunjung dihangatkan lagi apabila SPB YDP Agong dan Permaisuri sudi menyantuni rakyat Malaysia yang hadir sebelum baginda berangkat meninggalkan majlis.

    Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Satu, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Dua, Dato’ Sri Hj Fadillah Hj Yusof, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan pegawai-pegawai kanan ATM.

    Gambar: PW II Shamsul Zaidi Zolkoffly, Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi, Pbt Tuan Mohamad Farizal Tuan Dir dan Saifun Hakimi Zainon

     

     

     

     

     

  • Majlis Makan Malam Penghargaan PAT Ke-21

    Majlis Makan Malam Penghargaan PAT Ke-21

    KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM bersama isteri, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hjh Tengku Muhaini Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah diraikan dalam Majlis Makan Malam sempena Perhargaan Tentera Darat Kepada PAT Ke-21 di Wisma Perwira Tentera Darat (TD) pada 27 Ogos 2023.

    Majlis dimulakan dengan pertunjukan bunga api di hadapan perkarangan Wisma TD yang diiringi oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan isteri, Puan Sri Datin Seri Ramlah Dawi.

    Majlis ini merupakan penghargaan terhadap 44 tahun pengabdian PAT dalam ATM amnya dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) khasnya selain mengeratkan hubungan silaturahim di antara perkhidmatan.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan pegawai-pegawai kanan TD.

  • Lawatan Rasmi PAT Republik Singapura

    Lawatan Rasmi PAT Republik Singapura

    KUALA LUMPUR:   Panglima Angkatan Tentera (PAT) Republik Singapura, Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng melakukan Kunjungan Hormat ke atas rakan sejawatnya Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia di Wisma Pertahanan pada 12 Jul 2023.

    Sebaik ketibaan beliau di Dataran Wisma Pertahanan, Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng disambut oleh PAT lalu menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Nurul Fauzan Md Sabri.

    PAT kemudian mengiringi beliau untuk diperkenalkan kepada Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum meneruskan acara kunjungan hormat di pejabat PAT serta menandatangani buku lawatan.

    Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng yang dilantik sebagai PAT Singapura pada 24 Mac 2023 telah bertemu dengan pemimpin tertinggi Kementerian Pertahanan, ATM dan Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi membincangkan inisiatif pengukuhan hubungan ketenteraan yang sedia terjalin antara dua negara sejak sekian lama.

    Majlis diakhiri dengan PAT Republik Singapura, Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng bersama rombongan bergerak ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD).

    Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan Aris.

    Gambar: Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir & Saifun Hakimi Zainon.

  • Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat ATM

    Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat ATM

    KUALA LUMPUR: Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2023 bertemakan suasana beraya di bandar disambut meriah dengan kehadiran kira-kira seramai 3,000 orang warga ATM, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan veteran ATM bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 10 Mei 2023.

    Sempena majlis ini, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM dan isteri, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hjh Tengku Muhaini Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah merangkap Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) ATM menyampaikan sumbangan kepada 43 pegawai dan anggota cedera serta 90 pelajar Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim (STAY) ATM.

    Terdahulu, ketibaan anggota cedera dan pelajar STAY ATM disambut oleh PAT dan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman di lobi Wisma Perwira ATM.

    Pelaksanaan majlis ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai kanan, pegawai dan anggota ATM yang masih berkhidmat mahupun sudah bersara.

    Turut hadir, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Timbalan MENHAN, Tuan Hj Adly Zahari, Ketua Setiausaha KEMENTAH, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, mantan panglima-panglima perkhidmatan dan Atase-atase Pertahanan.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul & Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • Fasiliti Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Dinaik Taraf

    Fasiliti Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Dinaik Taraf

    KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan 50 Buah Ambulans Domestik Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Panglima-panglima Perkhidmatan di Padang Kawad Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pada 28 Mac 2023.

    Penyerahan ambulans domestik ini merupakan pelan jangka panjang kerajaan dalam meningkatkan kesiagaan ATM selaras dengan Kertas Putih Pertahanan di bawah strategi Angkatan Masa Hadapan sekaligus memperkasakan kebajikan warga ATM termasuk kakitangan awam KEMENTAH.

    Perolehan secara berperingkat ini disempurnakan bagi menggantikan ambulans domestik yang sedia ada agar keupayaan penyampaian kualiti perkhidmatan kesihatan dapat dipertingkatkan.

    Majlis penyerahan ini dilihat menyokong teras pertama dan ketiga dalam Pelan Strategik MINDEF (PSM) 2021-2025 iaitu Peningkatan Kesiagaan dan Keupayaan Pertahanan Dalam Melindungi Kepentingan Negara serta Pelestarian Kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan.

    Turut hadir, Timbalan MENHAN, Tuan Hj Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM, Ketua Setiausaha KEMENTAH, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Lt Jen Dato’ Dr Zulkeffeli Mat Jusoh dan pegawai-pegawai kanan ATM.

    Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi & Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

     

  • ATM Meraikan Mantan-Mantan Pemimpin Tertinggi

    ATM Meraikan Mantan-Mantan Pemimpin Tertinggi

    KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM meraikan mantan-mantan pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Majlis Meraikan Mantan PAT dan Mantan Panglima Perkhidmatan sempena Hari ATM Ke-89 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 13 Mac 2023.

    “Hasil kebijaksanaan kepimpinan pemimpin-pemimpin terdahulu telah membawa kepada penerbitan dokumen Strategi Ketenteraan Negara (SKN) 2.0 bagi menjelaskan perancangan strategi ketenteraan secara holistik dan inklusif agar angkatan ini mendapat kelebihan strategik dalam apa jua keadaan,” ujar PAT.

    Beliau berkata demikian bagi memperingati jasa dan kerja keras para pemimpin yang berterusan berganding bahu dalam memastikan ketumbukan angkatan ini terus unggul sebagai perisai kedaulatan negara.

    Majlis ini diadakan sebagai tanda penghormatan kepada mantan-mantan PAT dan panglima-panglima perkhidmatan atas segala jasa, sumbangan, pengorbanan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada organisasi.

    Majlis kemudian diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh PAT dan isteri, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hjh Tengku Muhaini Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah.

    Turut hadir, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Rahman Ayob, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Ketua Staf ATM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad dan pegawai-pegawai kanan ATM.

    Gambar: Pbt Mohammad Shukri Suhaimi & Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

  • LIMA 2023 Bakal Merancakkan Kembali Industri Pertahanan Dan Perdagangan Antarabangsa

    LIMA 2023 Bakal Merancakkan Kembali Industri Pertahanan Dan Perdagangan Antarabangsa

    KUALA LUMPUR: Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi atau Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) yang menjadi salah satu platform terkemuka kepada industri pertahanan dan perdagangan antarabangsa akan kembali beraksi bermula dari 23 hingga 27 Mei 2023 sejak kali terakhir diadakan pada tahun 2019 yang lalu susulan kekangan global akibat penularan wabak COVID-19.

    Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan dan Menteri Pengangkutan, Tuan Loke Siew Fook ketika melancarkan perasmian LIMA 2023 di Pusat Pameran Dagangan Antarabangsa (MITEC) pada 16 Jan 2023, menjangkakan sebanyak lebih 600 pempamer bakal terlibat, di mana 360 syarikat merupakan pemain industri pertahanan, manakala 240 lagi daripada sektor komersial, selain sebanyak RM8 bilion nilai kontrak turut diramal dimeterai sempena LIMA 2023.

    Antara pemain industri tempatan yang mengambil bahagian ialah BHIC, Deftech, Gading Group, Global Turbine Asia, NADI, Radimax, Sapura, System Consultancy Services dan Zetro, manakala syarikat antarabangsa pula terdiri daripada Airbus (United Kingdom), MDBA (Perancis), Kongsberg (Norway), Korea Aerospace Industries, Team Defence Australia, Aselsan, Roketsan dan Havelsan (Turkiye).

    Selain itu, LIMA 2023 ditafsir bakal menerima kehadiran lebih 250,000 orang pelawat awam dan 45,000 pelawat perdagangan, termasuk 400 orang kenamaan terdiri daripada menteri, pegawai kanan kerajaan dan ketua angkatan tentera daripada 59 buah negara.

    Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Hj Muhammad Sanusi Md Nor, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Ketua Setiausaha Pengangkutan, Datuk Hj Hasbi Hj Habibollah, Pengerusi Alpine Intergrated Solution, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib, para duta dan pesuruhjaya tinggi di Malaysia, serta panglima-panglima perkhidmatan.

    Gambar: LKpl Nashriq Khairul Zaime dan Pbt Mohammad Fadzil Akirul

  • MENHAN Komited Memperkasakan Dasar Kementerian

    MENHAN Komited Memperkasakan Dasar Kementerian

    KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menjelaskan perancangan dan hala tuju Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) serta hasrat beliau selaku peneraju kementerian dalam Majlis Amanat Tahun Baru 2023 di Auditorium Wisma Pertahanan, KEMENTAH pada 5 Jan 2023.

    MENHAN menzahirkan bahawa KEMENTAH dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) komited untuk meneruskan agenda pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan (KPP) bagi tempoh (2021-2030) dengan disokong Pelan Strategik MINDEF (2021-2025) selain meneruskan penerbitan dokumen berkait Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN), Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) dan Pelan Pelaburan Pertahanan Negara (3PN).

    Susulan jangkaan KEMENTAH akan diperuntukkan sebanyak RM17.4 bilion, beberapa inisiatif yang akan diteruskan bagi tahun 2023 meliputi peningkatan kesiagaan dan keupayaan pertahanan negara, pelestarian kesejahteraan warga kerja pertahanan, pemerkasaan veteran ATM, pembangunan sains, teknologi dan industri pertahanan, pengukuhan kerjasama antarabangsa dan tadbir urus.

    Usai penyampaian amanat tersebut, MENHAN berkesempatan menyempurnakan penyampaian zakat wakalah kepada 100 orang kakitangan awam KEMENTAH.

    Turut hadir, Timbalan MENHAN, Tuan Hj Adly Zahari, Ketua Setiausaha KEMENTAH, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM dan pegawai-pegawai kanan ATM.

  • MENHAN Laksana Lawatan Kerja Ke MK TD

    MENHAN Laksana Lawatan Kerja Ke MK TD

    KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan melaksanakan Lawatan Kerja ke Markas Tentera Darat (MK TD) pada 12 Dis 2022.

    Lawatan tersebut merupakan kunjungan rasmi beliau susulan daripada pelantikan sebagai MENHAN baharu.

    Terdahulu, ketibaan MENHAN disambut oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain lalu diperkenalkan kepada Ketua-ketua Bahagian, Cawangan dan Jabatan Arah (BCJ) MK TD.

    Beliau kemudiannya dibawa ke Bilik Tetamu PTD dan menandatangani Buku Lawatan serta diberi taklimat berkenaan pengoperasian semasa Tentera Darat di Bilik Mesyuarat MK TD.

    Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan pegawai-pegawai kanan TD.