Bersama PemimpinLawatanMINDEFSemasa

Lawatan Rasmi PAT Republik Singapura

KUALA LUMPUR:   Panglima Angkatan Tentera (PAT) Republik Singapura, Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng melakukan Kunjungan Hormat ke atas rakan sejawatnya Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia di Wisma Pertahanan pada 12 Jul 2023.

Sebaik ketibaan beliau di Dataran Wisma Pertahanan, Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng disambut oleh PAT lalu menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Nurul Fauzan Md Sabri.

PAT kemudian mengiringi beliau untuk diperkenalkan kepada Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum meneruskan acara kunjungan hormat di pejabat PAT serta menandatangani buku lawatan.

Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng yang dilantik sebagai PAT Singapura pada 24 Mac 2023 telah bertemu dengan pemimpin tertinggi Kementerian Pertahanan, ATM dan Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi membincangkan inisiatif pengukuhan hubungan ketenteraan yang sedia terjalin antara dua negara sejak sekian lama.

Majlis diakhiri dengan PAT Republik Singapura, Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng bersama rombongan bergerak ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD).

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan Aris.

Gambar: Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir & Saifun Hakimi Zainon.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online