Tag: MK PLTD

  • Lawatan Kebajikan Bukti Keprihatinan PTD

    Lawatan Kebajikan Bukti Keprihatinan PTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan isteri selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Puan Sri Datin Sri Hjh Hartiah Hamzah telah mengadakan Lawatan Kebajikan ke atas lima warga Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat (MK PLTD) yang kurang bernasib baik pada 19 Ogos 2025.

    Terdahulu, ketibaan PTD disambut oleh Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Ts. Muhammad Syafiq Poh Abdullah seterusnya beliau diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat serta pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama sebelum diperkenalkan dengan barisan pegawai MK PLTD.

    Panglima Logistik TD kemudian mengiringi PTD ke Bilik Mesyuarat Raflesia bagi sesi taklimat formasi dan menandatangani Buku Lawatan.

    Lawatan kebajikan pertama ke atas adik Nur Ardhania anak kepada SSjn Fiqri Buang berusia lapan tahun menghidap penyakit Apert Syndrome sejak lahir lagi dan telah membuat pembedahan saluran pernafasan dan kini mendapat rawatan di Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

    Seterusnya lawatan terhadap adik Aisy Nawfal berusia dua tahun anak kepada Kpl Mohammad Shahrool dan adik Muhammad Aqil Mikael berusia enam tahun anak kepada Sjn Mohd Fazrin Kadir yang masing-masing mengalami masalah pada buah pinggang.

    PTD dan isteri turut menyantuni adik Addy Eiman berusia 12 tahun anak kepada SSjn Muhammad Khalid Senin yang menghidap penyakit hati (GSD type 9A), paru-paru (IBO), mata (Corneal Dystrophy/Hyperopic) serta penyakit buah pinggang kecil sebelah dan kini masih meneruskan rawatan di Hospital Kuala Lumpur sehingga kini.

    Lawatan diakhiri dengan melawat adik Nur Naurah berusia lapan tahun anak kepada PW II Mohd Hafis Rafie yang menghidap Down Syndrome serta jantung berlubang sejak lahir dan kini menerima rawatan setiap enam bulan di Hospital Selayang.

    Diakhir majlis PTD dan isteri turut diberikan penghormatan untuk merasmikan Three Café MK PLTD serta majlis ramah mesra dan jamuan makan tengah hari bersama warga MK PLTD.

    Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul & Pbt Amir Hamzah Mohd Yusri

    slot gacor hari ini

    kampung bet

    kampungbet

    kampungbet

    situs slot

    slot gacor hari ini

    situs slot

    slot gacor

  • Mej Jen Muhammad Ariff Soo Teraju Pimpinan PLTD

    Mej Jen Muhammad Ariff Soo Teraju Pimpinan PLTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Panglima Logistik Tentera Darat (PL TD) di Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat (MK PLTD) pada 25 Jan 2021.

    Serah Menyerah tersebut di antara mantan PL TD, Mej Jen Dato’ Md Fuad Abd Jalil dengan PL TD yang baharu, Mej Jen Muhammad Ariff Soo Abdullah.

    Acara dimulakan dengan menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan simbolik acara ialah penyerahan Tongkat Kuasa PL TD.

    Mengimbas keperibadian mantan PL TD, Mej Jen Dato’ Md Fuad Abd Jalil, beliau dilahirkan pada tanggal 13 Ogos 1961 di Pontian, Johor dan ditauliahkan pada 26 Jul 1984 ke Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD) setelah menyertai Kadet di Universiti Teknologi Malaysia.

    Di sepanjang perkhidmatan selama lebih daripada 40 tahun dan lima bulan, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting dalam TD selain banyak menghadiri kursus-kursus strategik di dalam dan luar negara.

    Terdahulu dari itu, PTD telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Brig Jen Muhammad Ariff Soo Abdullah yang dinaikkan pangkat Mej Jen berkuatkuasa pada 24 Jan 2021.

    Turut hadir, Timbalan PTD, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman serta penglibatan minima pegawai kanan TD sejajar dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Gambar: Pbt Muhammad Fadzil Akirul

  • Demonstrasi Kompetensi Bukti Warga TD Sentiasa Terlatih

    Demonstrasi Kompetensi Bukti Warga TD Sentiasa Terlatih

    NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain telah menyaksikan Demonstrasi Kompetensi bertempat di Lapang Sasar Menyala Port Dickson pada 26 Nov 2020.

    Terdahulu dari itu, PTD menerima Tabik Hormat dari Kontinjen Perbarisan yang terdiri daripada 10 pegawai dan 150 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Lt Kol Wisham Abd Hadi.

    Seterusnya, PTD mendengar taklimat ringkas berkenaan Demonstrasi Kompetensi daripada Komandan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Demonstrasi Kompetensi, Kol Saiful Bahari Zainol.

    Demonstrasi ini bertujuan untuk memastikan latihan individu terlaksana seiring dengan Pembangunan Doktrin TD dengan mengaplikasikan latihan berasaskan kompetensi bagi memenuhi keperluan TD serta menjadi sebuah organisasi yang unggul dalam mendidik dan melatih anggota TD.

    Diantara Demonstrasi yang di pertontonkan adalah, Pengiring Bermotorsikal daripada Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT), demonstrasi gabungan daripada Cawangan Tinjau dan Sniper serta demonstrasi daripada Cawangan Serigala PULADA.

    Di samping itu, acara juga diisi dengan demonstrasi dari Institut Kejuruteraan Medan (IKEM) yang mempamerkan kepakaran Menubuhkan Pusat Kawalan, Merancang Prosedur Pembersihan yang menunjukkan pendekatan membuat tinjauan secara rapat menggunakan Remote Explosive Ordnance Disposal iaitu sejenis I-Robot Pacbot 510 buatan Amerika Syarikat yang berfungsi mencari dan meneutralkan IED sebelum melaksanakan Prosedur Pembersihan.

    Selain itu, turut mengambil bahagian adalah Pusat Latihan Armor (PULAMOR) yang menunjukkan kepakaran Aturgerak Trup Pengawasan, Pusat Latihan Artileri (PUSARTI) yang mempamerkan Demonstrasi Kawad Tindak Cepat, Demonstrasi Unexploded Ordnance (UXO) daripada Pusat Latihan Kor Ordnans (PULNORD) serta Demonstrasi Blue Force Tracking dan Kawad Detasmen Radio Dari Institut Komunikasi dan Elektronik (IKED).

    Di akhir acara, PTD dianugerahkan Lencana Kehormat Tinjau Infantri serta penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh Panglima Latihan TD, Mej Jen Datuk Nazari Abdul Hadi.

    Turut Hadir, Asisten Ketua Staf (AKS) Operasi dan Latihan TD, Mej Jen Datuk Hamdan Hj Ismail, AKS Perancangan Dan Pembangunan TD, Mej Jen Rashidin Hashimi Ab Rashid, AKS Logistik TD, Brig Jen Roslan Hj Shaari dan Inspektorat Jen TD, Brig Jen Dr Kwong Fook Wen.

    Gambar: Saifun Hakimi Zainon