Tag: Panglima Medan Barat Tentera Darat

  • Perutusan Perintah Ulung PTD Ke-30

    Perutusan Perintah Ulung PTD Ke-30

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Perbarisan Perutusan Perintah Ulung PTD di Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi pada 31 Okt 2023 selepas dilantik sebagai pemerintah tertinggi Tentera Darat (TD).

    Perutusan yang disampaikan menekankan tiga objektif utama iaitu Kesiapsiagaan, Kemampanan Organisasi dan Sahsiah Keperwiraan yang ingin dicapai melalui Sinergi 3M (Man, Machine and Method).

    PTD juga menggariskan lima teras utama iaitu Sumber Manusia, Inovasi Peperangan Bersama, Agenda Pengukuhan Keupayaan, Gagasan Tentera dan Rakyat serta Anjakan Diplomasi Pertahanan.

    Perbarisan melibatkan seramai 55 pegawai serta 1,509 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang terdiri daripada 16 detasmen mewakili semua Kor dalam Tentera Darat, satu detasmen 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK), satu detasmen Briged Ke-10 (Para) (10 Bgd (Para)) dan satu detasmen Terbang Lintas Hormat Pesawat Agusta 109 LOH dan MD 530G Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) turut menyaksikan gimik penyerahan Perutusan PTD.

    Penyempurnaan Perutusan PTD Ke-30 ini merupakan satu platform yang akan membawa TD seiring dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mencapai aspirasi Angkatan Tiga Puluh (Force 30).

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan pegawai kanan TD.

  • Penyerahan Aset Meningkatkan Tahap Kesiapsiagaan TD

    Penyerahan Aset Meningkatkan Tahap Kesiapsiagaan TD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat Siri 3/23 di Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi pada 31 Okt 2023.

    Aset-aset yang diserahkan melibatkan Kenderaan Jenis B (KJB), Peralatan Perairan, Senjata dan Peralatan Elektronik bagi suku ketiga tahun 2023.

    Aset-aset yang diterima berjumlah 661 unit terdiri daripada Trak 3 Tan GS Kargo, Unmanned Aerial System, Ambulan Medan, Kenderaan Pembawa Senjata AGL, Special Operation Vehicle, Assault Boat, Trailer Boat, Rubber Inflatable Boat, Logistic Support Bridge, Mortar 60mm, Night Vision Goggle dan Laser Range Finder dengan jumlah keseluruhan perolehan bernilai RM96,344,306.00.

    Majlis penyerahan ini semestinya memaparkan TD sentiasa mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara disamping memberikan bantuan terutama semasa negara ditimpa bencana alam.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Haji Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan pegawai kanan TD.

  • Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela Dan Tauliah Kehormat AW

    Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela Dan Tauliah Kehormat AW

    KUALA LUMPUR: Seramai 57 Pegawai Kanan Sukarela, Tauliah Kehormat dan Pegawai Sukarela Tauliah Baharu Askar Wataniah (AW) terlibat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Sukarela dan Tauliah Kehormat AW yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan bertempat di Dewan Tanjung, Wisma Tansit Kuala Lumpur (WTKL) pada 26 Okt 2023.

    PTD mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat dan merupakan pengiktirafan oleh TD serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada para pegawai yang terlibat.

    Selain itu pangkat yang disandang hadir bersama amanah, tanggungjawab dan tugas yang harus dipikul dengan sebaik-baiknya.

    “Peranan dalam Rejimen Askar Wataniah peringkat negeri mahupun Rejimen adalah untuk membantu ganti angkatan tetap dalam mempertahankan kepentingan strategik negara, membantu dalam operasi keselamatan dan bersedia untuk dimobilisasi apabila diperlukan serta membantu bekerjasama dengn pihak berkuasa awam semasa kecemasan dan bencana alam.

    “Askar Wataniah juga berperanan menjadi penghubung antara rakyat dan tentera sebagaimana yang dinyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP).

    “Bagi meningkatkan lagi keberkesanan Askar Wataniah, TD akan turut melibatkan mereka dalam latihan bersama perkhidmatan lain dan agensi kerajaan serta latihan bersama Tentera Negara Asing bertujuan untuk menerapkan elemen Kebersamaan dan Kebolehoperasian di kalangan pegawai dan anggota Sukarela untuk meningkatkan tahap kesiagaan menghadapi sebarang kemungkinan dan ancaman” kata PTD.

    Majlis diakhiri dengan acara bergambar sebelum diteruskan jamuan makan.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan Asisten Panglima Pasukan Simpanan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Abdul Rahman A.Wahab.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • Gunakan Pengetahuan dan Pengalaman Bimbing Anggota Bawahan – PTD

    Gunakan Pengetahuan dan Pengalaman Bimbing Anggota Bawahan – PTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) berpangkat Pegawai Waran Dua (PW II) serta mengharapkan mereka dapat menggunakan pengetahuan dan pengalaman untuk membimbing serta memimpin anggota bawahan memahami tugas dan peranan masing-masing.

    “Sebagai tulang belakang Tentera Darat, saudara dan saudari hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran serta kebolehan agar dapat melaksanakan tugas dalam jawatan disandang disamping memimpin dan menguruskan anggota bawahan”.

    “Dalam mengharungi situasi semasa dan cabaran generasi muda yang celik IT serta pengaruh media sosial, saudara saudari tidak seharusnya membataskan pengetahuan dalam ruang lingkup ketenteraan, tetapi juga pengetahuan lain yang memberi nilai tambah kepada perkembangan diri dan anggota bawahan. Dengan ini ianya membolehkan saudara saudari menjadi pemimpin yang versatil dan lebih baik,” ucap PTD.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan semasa Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Waran Satu (PW I) Tentera Darat di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada 26 Okt 2023.

    Tegas PTD lagi, sebagai PW I tunjukkanlah tauladan yang baik, terapkan nilai integriti dan keikhlasan dalam melaksankan tugas kepada anggota yang dipimpin kerana anda merupakan cerminan yang menjadi ikutan mereka.

    Terdahulu PTD menyempurnakan acara pemakaian pangkat PW I kepada 59 anggota LLP berpangkat PW II dari pelbagai Kor dan Rejimen TD.

    Majlis diakhiri dengan acara bergambar dan jamuan makan.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan Pegawai Kanan TD.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • Panah Jaguh 2023 Uji Kesiagaan GAPU

    Panah Jaguh 2023 Uji Kesiagaan GAPU

    JOHOR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan telah mengadakan lawatan ke Eksesais Panah Jaguh (EPJ) Tahun 2023 di Lapang Sasar Bumi ke Udara (LSBU), Tanjung Logok pada 6 Okt 2023.

    Eks ini merupakan latihan tembakan tahunan Sistem Pertahanan Artileri Pertahanan Udara bagi menguji tahap kesiagaan pasukan Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU) melibatkan elemen Tentera Darat seperti Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD), Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) (12 RAMD (Mek)), Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja (24 RAMD) dan Rejimen Kedua Kor Armor Diraja (2 KAD) serta Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Antara sistem persenjataan yang diuji adalah Meriam 35mm Oerlikon dan Misil Starstreak.

    Simulasi serangan udara ini merupakan tindakan bagi menghindar serangan udara musuh dan telah dipertontonkan dengan menggunakan pesawat kawalan jauh sebagai sasaran.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Ithnain (TLDM), Ketua Staf Markas Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara, Mej Jen Dato’ Hj Shamsudin Kassim TUDM.

    Gambar: Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

  • Enam Pegawai Kanan TD dinaikkan Pangkat

    Enam Pegawai Kanan TD dinaikkan Pangkat

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) melibatkan seramai enam pegawai di Dewan Cempaka, Wisma Transit Kuala Lumpur pada 22 Sep 2023.

    Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat Lt Kol ke Kol melibatkan Lt Kol Diwi A. Rahman manakala pangkat Mej ke Lt Kol seramai lima orang iaitu Mej Shahrul Nizam Mat, Mej Hairul Anuar Othman, Mej Nazrol Abdullah, Mej Chok Yung How dan Mej Mohd Zaini Hassan.

    PTD menegaskan kepada pegawai kanan Tentera Darat (TD) yang baru dinaikkan pangkat agar sentiasa bermotivasi untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada perkhidmatan dan negara.

    “Kenaikan pangkat merupakan pengiktirafan terhadap kecemerlangan perkhidmatan dan komitmen tinggi yang dicurahkan kepada organisasi”, ujar PTD.

    Beliau juga menyampaikan ucapan tahniah dan syabas dalam menggalas tugas memelihara kedaulatan dan keamanan negara serta ucapan terima kasih juga ditujukan buat para isteri kerana sanggup berkorban dan sentiasa memahami kerjaya serta perjuangan dalam menjalankan tugas sebagai anggota tentera.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

  • MMR Sempena Penghargaan PTD Ke-29

    MMR Sempena Penghargaan PTD Ke-29

    KUALA LUMPUR: Warga Tentera Darat (TD) meraikan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan isteri, Puan Sri Datin Seri Ramlah Dawi dalam Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Penghargaan PTD Ke-29 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 5 Sep 2023.

    Majlis penuh istiadat ini dimulakan dengan Minum Ucap Selamat kepada Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan (YDP) Agong sebelum diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan acara MMR.

    Majlis ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada PTD yang akan mengakhiri tanggungjawab sebagai PTD setelah hampir enam bulan mencurah bakti memacu TD terus ke hadapan.

    Dalam ucapan PTD, beliau menyeru untuk sentiasa mengukuhkan perpaduan, bekerjasama sebagai sebuah angkatan dan menumpahkan seluruh ketaatsetiaan kepada pemimpin, raja dan negara.

    Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa TD perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua bentuk cabaran yang mendatang.

    Seterusnya, majlis turut diserikan dengan gimik perasmian Buku Biografi PTD Ke-29 yang berkisar tentang perjalanan hidup beliau sebelum diteruskan dengan acara penyampaian cendera kenangan dan persembahan daripada Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD).

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizzudeain Jantan, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Marzuki Hj Mokhtar dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: Gambar: PW II Shamsul Zaidi Zolkoffly, Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi, Pbt Tuan Mohamad Farizal Tuan Dir dan Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

  • Setiap Warganegara Mempunyai Peranan – PTD

    Setiap Warganegara Mempunyai Peranan – PTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman menyatakan bahawa tugas memelihara kedaulatan dan keamanan negara bukan terletak di bahu tentera sahaja, malah ianya menjadi tanggungjawab seluruh ahli masyarakat untuk berganding bahu mempertahankan kesucian agama, bangsa dan negara.

    “Selaku Panglima Tentera Darat, saya mengalu-alukan penyertaan masyarakat awam dalam angkatan sukarela untuk membantu Tentera Darat (TD) melaksanakan peranan dan tanggungjawab.

    “Berdasarkan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) setiap warganegara mempunyai peranan dalam membantu memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara daripada sebarang ancaman,” tegas PTD.

    Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan dan Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah (AW) di Wisma Perwira Tentera Darat pada 5 Sep 2023.

    Mendahului senarai, Mej Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri yang dinaikkan ke pangkat Lt Jen dengan menjawat jawatan sebagai Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD) manakala dua pegawai kanan dinaikkan ke pangkat Mej Jen iaitu Brig Jen Dato’ Norsham Md Tap yang menjawat jawatan Asisten Ketua Staf (AKS) Sumber Manusia, Markas Tentera Darat (MK TD) dan Brig Jen Dato’ Hj Semaon Hj Marjuki yang menjawat jawatan AKS Operasi dan Latihan, MK TD.

    Seterusnya, PTD memakaikan pangkat Kol kepada 11 pegawai kanan berpangkat Lt Kol, lima pegawai tauliah kehormat AW dianugerahkan pangkat Kol Kehormat manakala 18 pegawai kanan dinaikkan ke pangkat Lt Kol serta dua pegawai muda dipakaikan pangkat Lt M.

    PTD juga menitipkan pesanan bahawa kenaikan pangkat merupakan pengiktirafan terhadap kecemerlangan perkhidmatan dan komitmen tinggi yang dicurahkan kepada organisasi.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, PMB TD, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sopi Md Lepi, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi & Pbt Nik Ahmad Asyraaf

  • Majlis Makan Malam Penghargaan PAT Ke-21

    Majlis Makan Malam Penghargaan PAT Ke-21

    KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM bersama isteri, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hjh Tengku Muhaini Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah diraikan dalam Majlis Makan Malam sempena Perhargaan Tentera Darat Kepada PAT Ke-21 di Wisma Perwira Tentera Darat (TD) pada 27 Ogos 2023.

    Majlis dimulakan dengan pertunjukan bunga api di hadapan perkarangan Wisma TD yang diiringi oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan isteri, Puan Sri Datin Seri Ramlah Dawi.

    Majlis ini merupakan penghargaan terhadap 44 tahun pengabdian PAT dalam ATM amnya dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) khasnya selain mengeratkan hubungan silaturahim di antara perkhidmatan.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan pegawai-pegawai kanan TD.

  • Eksesais JUNGLE FALCON Siri 1/2023 Melabuhkan Tirai

    Eksesais JUNGLE FALCON Siri 1/2023 Melabuhkan Tirai

    PAHANG: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan (YDP) Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat bagi menghadiri Majlis Penutup Eksesais (Eks) JUNGLE FALCON Siri 1/2023 melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan United Arab Emirates Land Forces (UAELF) di Felda Sungai Pancing pada 16 Jul 2023.

    Ketibaan KDYMM SPB YDP Agong telah disambut oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM dan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman bagi menyaksikan pelaksanaan Eks berkonsepkan Peperangan Conventional Warfare (CW) melalui Operasi Mekanize.

    Eks JUNGLE FALCON yang bermula dari 4 hingga 20 Jul 2023 dengan penglibatan seramai 69 pegawai dan 652 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ini dilaksanakan bagi memahirkan anggota tentang Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menangani ancaman di kawasan persekitaran beriklim tropika.

    Majlis penutup kemudian disempurnakan oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim sebelum diakhiri dengan acara bergambar.

    Turut hadir, Chief Of Staff UAE Armed Forces, Staff Lieutenant General Eisa Saif Ablan Almazrouei dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi