Tag: SERAH TERIMA TUGAS

  • Dato’ Khairul Azmizal Naik Pangkat Lt Jen Sebagai PMB TD

    Dato’ Khairul Azmizal Naik Pangkat Lt Jen Sebagai PMB TD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Azhan Hj Md Othman menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD) yang berlangsung di Ruang Tamu Pejabat PTD pada 3 Feb 2026.

    Majlis dimulakan dengan upacara pemakaian pangkat ke atas Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal yang dinaikkan pangkat ke Lt Jen serta dilantik menjawat jawatan sebagai PMB TD yang baharu.

    Terdahulu, Lt Jen Dato’ Khairul Azmizal berkhidmat sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pucuk pimpinan Tentera Darat atas kepercayaan yang diberikan dan bertekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat.

    Majlis diteruskan dengan Acara Serah Terima Tugas PMB TD oleh Lt Jen Datuk Hj Malek Razak Sulaiman kepada Lt Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal menerusi acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa disaksikan oleh PTD. Acara ini sekali gus menjadikan Lt Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal sabagai PMB TD Ke-26.

    Lt Jen Datuk Hj Malek Razak Sulaiman akan bertukar keluar ke perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia bagi mengisi jawatan sebagai Panglima Angkatan Tentera.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Ahmad Abu Bakar.

  • Pucuk Pimpinan PLTD Bertukar Tangan

    Pucuk Pimpinan PLTD Bertukar Tangan

    KUALA LUMPUR: Panglima Logistik Tentera Darat (PL TD), Mej Jen Dato’ Hj Rusni Saad berharap Pemerintahan Logistik Tentera Darat (PLTD) sentiasa bersedia pada sebilang masa dalam menyediakan bantuan logistik bagi menyokong operasi Tentera Darat (TD) serta menitipkan pesanan untuk terus mengekalkan budaya pelaksanaan kerja berdasarkan dasar dan polisi bagi membentuk warga kerja profesional dan berintegriti.

    Beliau berkata demikian dalam Majlis Serah Terima Tugas PL TD yang berlangsung di Wisma Perwira Ordnans pada 8 Ogos 2023.

    Mej Jen Dato’ Hj Rusni Saad menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada PL TD baharu iaitu Mej Jen Hj Azelan Abu Bakar dengan bersaksikan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.

    Turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) yang berlaku di antara To’ Puan Hjh Zuraida Hj Mohd Yaacob dan Puan Hjh Ainul Muriza Hj Zakaria.

    Antara yang hadir, Timbalan PL TD, Brig Jen Hj Abdul Jalil Hj Ramli dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: LKpl Mohammad Shukri Suhaimi & Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

  • Majlis Serah Menyerah Tugas Pegawai Kanan TD

    Majlis Serah Menyerah Tugas Pegawai Kanan TD

    Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Kanan TD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain menyaksikan acara Serah Terima Tugas Pengerusi Rejimen Artileri Diraja (RAD), Pengerusi Kor Ordnans Diraja (KOD), Ketua Jurutera, Pengarah RAD dan Pengarah KOD di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 18 Mei 2022.

    Majlis dimulakan dengan Serah Terima Tugas Pengerusi dan Pengarah RAD melibatkan Mej Jen Dato’ Dr Ibrahim Yasir dan Brig Jen Zulmajdi Yunus manakala Mej Jen Dato’ Muhammad Ariff Soo Abdullah menyerahkan tugas Pengerusi KOD yang baharu kepada Mej Jen Mohd Tamam Jamioon.

    Acara diteruskan dengan Serah Terima Tugas Ketua Jurutera Markas Tentera Darat diantara Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Hj Chapiti Hj Redzwan dan Brig Jen Fazillah Ibrahim.

    Seterusnya turut berlangsung Serah Terima Tugas Pengarah KOD di antara Mej Jen Mohd Tamam Jamioon dan Kol Suhaimi Mat Isa.

    Simbolik kesemua acara ini disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan disusuli dengan pertukaran nota tersebut.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh, dan Ketua Staf TD, Lt Jen Dato’ Hj Subari Hj Tomo.

    Gambar: SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly dan Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • Mej Jen Muhammad Ariff Soo Teraju Pimpinan PLTD

    Mej Jen Muhammad Ariff Soo Teraju Pimpinan PLTD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Panglima Logistik Tentera Darat (PL TD) di Markas Pemerintahan Logistik Tentera Darat (MK PLTD) pada 25 Jan 2021.

    Serah Menyerah tersebut di antara mantan PL TD, Mej Jen Dato’ Md Fuad Abd Jalil dengan PL TD yang baharu, Mej Jen Muhammad Ariff Soo Abdullah.

    Acara dimulakan dengan menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan simbolik acara ialah penyerahan Tongkat Kuasa PL TD.

    Mengimbas keperibadian mantan PL TD, Mej Jen Dato’ Md Fuad Abd Jalil, beliau dilahirkan pada tanggal 13 Ogos 1961 di Pontian, Johor dan ditauliahkan pada 26 Jul 1984 ke Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD) setelah menyertai Kadet di Universiti Teknologi Malaysia.

    Di sepanjang perkhidmatan selama lebih daripada 40 tahun dan lima bulan, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting dalam TD selain banyak menghadiri kursus-kursus strategik di dalam dan luar negara.

    Terdahulu dari itu, PTD telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Brig Jen Muhammad Ariff Soo Abdullah yang dinaikkan pangkat Mej Jen berkuatkuasa pada 24 Jan 2021.

    Turut hadir, Timbalan PTD, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman serta penglibatan minima pegawai kanan TD sejajar dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Gambar: Pbt Muhammad Fadzil Akirul

  • Serah Terima Tugas TPTD

    Serah Terima Tugas TPTD

    KUALA LUMPUR: Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) di antara Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dengan Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman telah diadakan di Bilik Mesyuarat MK TD pada 18 Dis 2020.

    Acara dimulakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas yang disaksikan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain.

    Mengimbas keperibadian Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, beliau dilahirkan di Segamat, Johor pada 1 Nov 1963 serta menceburi alam ketenteraan pada 11 Jul 1981 yang akan menjawat jawatan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

    Selama 39 tahun usia perkhidmatan, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting dalam TD selain banyak menghadiri kursus strategik di dalam mahupun luar negara serta telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Norhanita A.Hamid dan dikurniakan lima cahaya mata.

    Majlis diakhiri dengan acara send-off Mantan TPTD di ruang legar bangunan Wisma Pertahanan sebagai simbolik penghargaan daripada warga Markas Tentera Darat terhadap segala jasa dan sumbangan sepanjang memegang jawatan TPTD.

    Turut hadir, Ketua Staf Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Subari Hj Tomo.

  • Serah Terima Tugas Panglima 10 Bgd (Para)

    Serah Terima Tugas Panglima 10 Bgd (Para)

    MELAKA: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyaksikan Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 10 Briged (Para) di Dataran Parawood, Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (Para) (8 RRD) (Para) pada 28 Nov 2020.

    Serah menyerah tersebut diantara Brig Jen Hj Semaon Hj Marjuki yang telah menyerahkan tugas Panglima 10 Briged (Para) kepada Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal.

    Terdahulu dari itu, mantan Panglima 10 Bgd (Para) telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Kapt (Dr) Mohd Khir Rezza Rahimi yang dinaikkan pangkat Mej berkuatkuasa pada 15 Apr 2020.

    Selain itu beliau turut menyampaikan sijil pengiktirafan MASt kepada pasukan-pasukan di bawah naungan 10 Bgd (Para).

    Dalam ucapannya, beliau mahukan setiap warga 10 Bgd (Para) perlu memiliki keteguhan profesionalisme sebagai seorang anggota elit dan mempunyai profil keperibadian yang unggul.

    “Latihan-latihan berterusan yang dilaksanakan oleh formasi bertujuan untuk memastikan setiap Paratrooper kekal kompeten dan fit to do the job.

    “Keupayaan dan kesiagaan dokongan logistik sentiasa diberi keutamaan bagi memastikan setiap Paratrooper dilengkapi dengan kelengkapan dan fasiliti yang terbaik dalam pelaksanaan tugas,” jelas beliau.

    Tambahnya lagi, cabaran di 10 Bgd (Para) amatlah besar, terutama dalam memastikan jurang realiti dan persepsi dapat dibetulkan agar ketumbukan ini kekal elit serta perlu bersedia melaksanakan tugas-tugas khusus yang tidak mampu dilaksanakan oleh formasi-formasi lain.

    Selain itu beliau berharap warga 10 Bgd (Para) sentiasa menanam azam dan tekad untuk menyemai semangat Airborne Brotherhood agar dapat melahirkan Paratrooper yang cintakan organisasi dan rakan seperjuangan.

    Sebagai penghargaan dan penghormatan kepada Brig Jen Hj Semaon Hj Marjuki, warga 10 Bgd (Para) telah mempersembahkan Tarian Perang dan simbolik acara ialah menandatangani Nota Serah Terima Tugas serta penyerahan Tongkat Kuasa Panglima 10 Bgd (Para).

    Serah-menyerah tersebut turut melibatkan Perbarisan Statik seramai 25 pegawai dan 1143 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) bawah naungan 10 Bgd (Para) diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), Lt Kol Ahmad Fitri Othman dalam keadaan norma baharu serta pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang yang ditetapkan.

    Turut hadir Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan TD, Mej Jen Datuk Hamdan Hj Ismail dan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan TD, Mej Jen Rashidin Hashimi Ab Rashid.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Radzi dan Saifun Hakimi

  • Serah Terima Tugas KS TD

    Serah Terima Tugas KS TD

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Zamrose Mohd Zain menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Staf Tentera Darat (KS TD) di Bilik Mesyuarat MK TD pada 14 Ogos 2020.

    Majlis dimulakan dengan acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas diantara Lt Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi dengan Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad selaku KS TD yang baharu.

    Mengimbas keperibadian Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad, beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 30 Apr 1965 dan menceburi alam ketenteraan pada 11 Jul 1988.

    Di sepanjang hampir 32 tahun usia perkhidmatan, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting dalam TD selain banyak menghadiri kursus strategik di dalam mahupun luar negara serta telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Sdafra’ Hj Ahmad dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

    Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan pegawai kanan TD.

  • Serah Terima Tugas KS ATM

    KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (KS ATM) di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan pada 1 Okt 2018.

    Majlis dimulakan dengan acara menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas KS ATM lalu Lt Jen Dato’ Abu Muslim Ismail menyerahkan Dokumen Serah Terima Tugas kepada KS ATM yang baharu, Lt Jen Dato’ Kamarulzaman Mohd Othman TUDM.

    Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badarudin, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang dan pegawai kanan ATM.

  • BSPP Terima KPPP Baharu

    KUALA LUMPUR: Seramai 12 pegawai dan 148 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan (KPPP) Ke-10 di antara Mej Jen Dato’ Ismail Abetah dengan KPPP baharu, Lt Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan di Padang Kawad BSPP pada 21 Sep 2018.

    Terdahulu Lt Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan menerima tabik hormat dari kontinjen perbarisan yang terdiri daripada tiga detasmen diketuai oleh Lt Kol Adam Helmy Ali disusuli dengan nyanyian lagu Tentera Benteng Pertahanan Negara lalu memeriksa perbarisan diiringi pancaragam dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).

    Menyentuh sedikit profil Lt Jen Dato’ Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dilahirkan pada 26 Jun 1961 di Gombak, Selangor dan mula menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 4 Jul 1979 dengan menerima latihan ketenteraan di Sekolah Pegawai Kadet, Port Dickson lalu ditauliahkan ke RAMD pada 31 Mei 1980.

    Di sepanjang karier beliau, pencapaian paling dibanggakan adalah apabila dinaikkan pangkat ke Brig Jen dan menjadi Komander pertama Angkatan Petugas Bersama II bagi menyelia dan mengawal operasi berkaitan keganasan Abu Sayaf serta aktiviti penculikan di kawasan perairan timur, Sabah.

    Beliau yang mempunyai minat membaca serta melancong telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Rosmawar Fizawan Wan Zainal dan dikurniakan empat cahaya mata.

    Turut hadir Ketua Projek Khas Jabatan Peguam Negara, Mej Jen Dato’ Ghazali Hj Ismail, AKS Perisikan, Brig Jen Dato’ Rezil Shahidin serta pegawai-pegawai kanan ATM.

    Gambar: Saifun Hakimi Zainon

  • Serah Terima Tugas PAB Ke-11

    KUALA LUMPUR: Pegawai Markas Angkatan Bersama (MAB) hadir dalam  Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Bersama (PAB) di antara Laksamana Madya Datuk Mohd Reza Mohd Sany dengan Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra Syed Osman di Dewan Perkasa Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 10 Jul 2018.

    Majlis dimulakan dengan acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas PAB Ke-11 yang disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin dan seterusnya memakaikan insignia pemerintah kepada panglima yang baharu.

    Menyentuh keperibadian PAB Ke-11, Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra Syed Osman, beliau sebelum ini memegang jawatan Panglima Armada Timur sejak 27 Apr 2017 dan pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya sebagai Komandan Maktab Tentera Diraja, Panglima Wilayah Laut 2, Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera dan Panglima Pendidikan dan Latihan.

    Manakala mantan PAB Ke-10, Laksamana Madya Datuk Mohd Reza Mohd Sany memegang jawatan berkenaan mulai 30 Nov 2017 dan kini akan menjawat jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut.

    Turut hadir, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, Timbalan Panglima Tentera Darat,  Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Seri Ackbal Hj Abdul Samad TUDM.

    Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya