Tag: Timbalan Panglima Tentera Darat

  • Dua Pegawai Kanan TD Pakai Pangkat

    Dua Pegawai Kanan TD Pakai Pangkat

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) di Bilik Tamu, Pejabat PTD pada 24 Okt 2023.

    Majlis dimulakan dengan Brig Jen Roba’i Rahmat dipakaikan pangkat ke Mej Jen serta menjawat jawatan Ketua Pengarah Cawangan Tenaga Kerja (CTK) MK ATM-BPA manakala Kol Mohd Mansor Hj Mohd Sharip dipakaikan pangkat Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Komandan INSPEKA.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

  • PTD Ke-30 Dianugerahkan Beret Merun Dan Sayap Penerjunan Kanan Kehormat 10 Briged (Para)

    PTD Ke-30 Dianugerahkan Beret Merun Dan Sayap Penerjunan Kanan Kehormat 10 Briged (Para)

    MELAKA: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged (Para) yang disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd (Para), Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal di Dataran Parawood Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD) (Para) pada 21 Okt 2023.

    Ketibaan PTD disambut dengan Persembahan Tarian Ngajat dan di bawa ke Dataran Parawood 8 RRD (Para) bagi menyaksikan Demonstrasi Dinamik 10 Bgd (Para).

    Demonstrasi dimulakan dengan aksi Penerjunan Bebas dan diteruskan dengan pertunjukan Tempur Tanpa Senjata (TTS), Renang Tempur, Tactical Combat And Casualty Care (TCCC), Demonstrasi Menara, Sniper Insertion, Tembakan Artileri Medan serta Serangan Seksyen sebelum diakhiri dengan Penerjunan Bebas menggunakan Military Tactical Glider dari ketinggian lima ribu kaki yang digugurkan dari Pesawat EC 725 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Acara kemudiannya diteruskan dengan penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Bgd (Para) dan diakhiri dengan sesi menandatangani buku lawatan.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan, Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Dato’ Rashidin Hashimi Ab Rashid dan pegawai kanan TD.

  • Enam Pegawai Kanan TD dinaikkan Pangkat

    Enam Pegawai Kanan TD dinaikkan Pangkat

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) melibatkan seramai enam pegawai di Dewan Cempaka, Wisma Transit Kuala Lumpur pada 22 Sep 2023.

    Majlis dimulakan dengan pemakaian pangkat Lt Kol ke Kol melibatkan Lt Kol Diwi A. Rahman manakala pangkat Mej ke Lt Kol seramai lima orang iaitu Mej Shahrul Nizam Mat, Mej Hairul Anuar Othman, Mej Nazrol Abdullah, Mej Chok Yung How dan Mej Mohd Zaini Hassan.

    PTD menegaskan kepada pegawai kanan Tentera Darat (TD) yang baru dinaikkan pangkat agar sentiasa bermotivasi untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada perkhidmatan dan negara.

    “Kenaikan pangkat merupakan pengiktirafan terhadap kecemerlangan perkhidmatan dan komitmen tinggi yang dicurahkan kepada organisasi”, ujar PTD.

    Beliau juga menyampaikan ucapan tahniah dan syabas dalam menggalas tugas memelihara kedaulatan dan keamanan negara serta ucapan terima kasih juga ditujukan buat para isteri kerana sanggup berkorban dan sentiasa memahami kerjaya serta perjuangan dalam menjalankan tugas sebagai anggota tentera.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

  • Doa Selamat Buat PAT Ke-22 dan PTD Ke-30

    Doa Selamat Buat PAT Ke-22 dan PTD Ke-30

    KUALA LUMPUR: Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meraikan Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-22, Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-30, Jen Datuk Mohammad Hafizuddeain Jantan dalam Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di Masjid Khalid Al-Walid pada 7 Sep 2023.

    Majlis sempena pelantikan PAT dan PTD baharu ini diteruskan dengan solat maghrib, bacaan yasin, tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi Bujai.

    Turut hadir, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Staf ATM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad dan pegawai-pegawai kanan ATM.

    Gambar: Pbt Tuan Mohamad Farizal Tuan Dir & Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

  • Hari Pertama PTD Ke-30 Jen Datuk Mohammad Hafizuddeain Jantan

    Hari Pertama PTD Ke-30 Jen Datuk Mohammad Hafizuddeain Jantan

    KUALA LUMPUR: Jen Datuk Mohammad Hafizuddeain Jantan yang dilantik sebagai Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-30 telah memulakan tugas secara rasminya sebagai PTD baharu di Wisma Pertahanan pada 7 Sep 2023.

    Beliau telah mengambil alih tugas daripada mantan PTD Ke-29, Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman pada 6 Sep 2023 di Auditorium Wisma Pertahanan yang disaksikan oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan dan mantan Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-21, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM.

    Terdahulu, ketibaan PTD diperkarangan Wisma Pertahanan disambut oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim untuk menerima Tabik Hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada tiga pegawai serta 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Nurul Fauzan Md Sabri dan diiringi Pancaragam Pusat RAMD.

    Jen Datuk Mohammad Hafizuddeain Jantan kemudian dibawa ke pejabatnya untuk diperkenalkan kepada pegawai dan anggota LLP sebelum diakhiri dengan menandatangani Nota Mula Tugas PTD.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan pegawai-pegawai kanan Tentera Darat.

    Gambar: PW II Shamsul Zaidi Zolkoffly, Pbt Muhamad Shafirin Md Radzi dan Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

  • MMR Sempena Penghargaan PTD Ke-29

    MMR Sempena Penghargaan PTD Ke-29

    KUALA LUMPUR: Warga Tentera Darat (TD) meraikan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan isteri, Puan Sri Datin Seri Ramlah Dawi dalam Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Penghargaan PTD Ke-29 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 5 Sep 2023.

    Majlis penuh istiadat ini dimulakan dengan Minum Ucap Selamat kepada Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan (YDP) Agong sebelum diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan acara MMR.

    Majlis ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada PTD yang akan mengakhiri tanggungjawab sebagai PTD setelah hampir enam bulan mencurah bakti memacu TD terus ke hadapan.

    Dalam ucapan PTD, beliau menyeru untuk sentiasa mengukuhkan perpaduan, bekerjasama sebagai sebuah angkatan dan menumpahkan seluruh ketaatsetiaan kepada pemimpin, raja dan negara.

    Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa TD perlulah sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua bentuk cabaran yang mendatang.

    Seterusnya, majlis turut diserikan dengan gimik perasmian Buku Biografi PTD Ke-29 yang berkisar tentang perjalanan hidup beliau sebelum diteruskan dengan acara penyampaian cendera kenangan dan persembahan daripada Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD).

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizzudeain Jantan, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Marzuki Hj Mokhtar dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: Gambar: PW II Shamsul Zaidi Zolkoffly, Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi, Pbt Tuan Mohamad Farizal Tuan Dir dan Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

  • Majlis Kesyukuran Penghargaan PTD Ke-29

    Majlis Kesyukuran Penghargaan PTD Ke-29

    KUALA LUMPUR: Warga Tentera Darat (TD) di sekitar Lembah Klang menghadiri Majlis Kesyukuran Penghargaan Panglima Tentera Darat (PTD) Ke-29, Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman bertempat di Masjid Thoriq Ziyad pada 1 Sep 2023.

    Ketibaan PTD disambut oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim sebelum diteruskan dengan bacaan yasin, tahlil dan doa selamat serta solat jumaat yang dipimpin oleh Pengarah Agama Markas Tentera Darat (MK TD), Kol Hasbullah Salleh.

    PTD ketika berucap menyatakan bahawa buku Fardhu Ain yang diberikan kepada panglima-panglima dapat digunakan bagi mengenal tajwid.

    Tambahnya lagi, beliau juga berhasrat untuk menambah baik infrastruktur Masjid Thoriq Ziyad dalam masa terdekat.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

  • Majlis Makan Malam Penghargaan PAT Ke-21

    Majlis Makan Malam Penghargaan PAT Ke-21

    KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM bersama isteri, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hjh Tengku Muhaini Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah diraikan dalam Majlis Makan Malam sempena Perhargaan Tentera Darat Kepada PAT Ke-21 di Wisma Perwira Tentera Darat (TD) pada 27 Ogos 2023.

    Majlis dimulakan dengan pertunjukan bunga api di hadapan perkarangan Wisma TD yang diiringi oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan isteri, Puan Sri Datin Seri Ramlah Dawi.

    Majlis ini merupakan penghargaan terhadap 44 tahun pengabdian PAT dalam ATM amnya dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) khasnya selain mengeratkan hubungan silaturahim di antara perkhidmatan.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dan pegawai-pegawai kanan TD.

  • 10 Bgd (Para) Teguh Mempertahankan Takhta Kejuaraan UKM TD

    10 Bgd (Para) Teguh Mempertahankan Takhta Kejuaraan UKM TD

    MELAKA: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli hadir ke Pertandingan Akhir Acara Jatuh Piring Jemputan dan Formasi sempena Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKM TD) Tahun 2023.

    UKM TD yang berlangsung selama dua minggu mulai 21 hingga 30 Jul 2023 ini disertai oleh 715 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada setiap Formasi Pemerintahan dan divisyen Tentera Darat (TD) yang bertujuan bagi meningkatkan kemahiran pengendalian senjata individu serta berkumpulan anggota TD.

    Pertandingan kali ini terbahagi kepada dua acara iaitu acara wajib seperti Raifal Lelaki, Pistol Lelaki, Senjata Bantuan MGKA dan MGR, Lorong Hutan dan Serangan Seksyen manakala acara sampingan terdiri daripada acara Raifal dan Pistol Wanita bagi Pegawai Kanan dan Pegawai Muda, Sniper serta Jatuh Piring.

    Terdahulu, Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman merasmikan Upacara Penutup UKM TD di Lapang Sasar 400 Meter, Kem Terendak pada 30 Julai 2023.

    UKM TD Tahun 2023 menyaksikan Briged Ke-10 (Para) (10 Bgd (Para)) mengekalkan kejuaraan keseluruhan manakala anugerah Jaguh UKM TD 2023 disandang oleh Sjn Iskandar Saifuddin Abdullah dari 21 Grup Gerak Khas (GGK) sekaligus mendapat kenaikan pangkat ke pangkat SSjn.

    Penganjuran UKM TD ini dilaksanakan bagi mengenalpasti potensi-potensi yang boleh diketengahkan untuk mewakili TD dalam Pertandingan Menembak di peringkat antarabangsa seperti ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) yang akan diadakan di Filipina pada tahun 2024.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddein Jantan, Ketua Staf Angkatan Tentera Malaysia, Lt Jen Datuk Mohd Arman Rumaizi Hj Ahmad , Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Panglima Medan Timur, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi & Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein

  • Eksesais JUNGLE FALCON Siri 1/2023 Melabuhkan Tirai

    Eksesais JUNGLE FALCON Siri 1/2023 Melabuhkan Tirai

    PAHANG: Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan (YDP) Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat bagi menghadiri Majlis Penutup Eksesais (Eks) JUNGLE FALCON Siri 1/2023 melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dan United Arab Emirates Land Forces (UAELF) di Felda Sungai Pancing pada 16 Jul 2023.

    Ketibaan KDYMM SPB YDP Agong telah disambut oleh Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM dan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman bagi menyaksikan pelaksanaan Eks berkonsepkan Peperangan Conventional Warfare (CW) melalui Operasi Mekanize.

    Eks JUNGLE FALCON yang bermula dari 4 hingga 20 Jul 2023 dengan penglibatan seramai 69 pegawai dan 652 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ini dilaksanakan bagi memahirkan anggota tentang Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menangani ancaman di kawasan persekitaran beriklim tropika.

    Majlis penutup kemudian disempurnakan oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim sebelum diakhiri dengan acara bergambar.

    Turut hadir, Chief Of Staff UAE Armed Forces, Staff Lieutenant General Eisa Saif Ablan Almazrouei dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi