Tag: Timbalan Panglima Tentera Darat

  • KS TD Naik Pangkat

    KS TD Naik Pangkat

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Ketua Staf Tentera Darat (KS TD) di Bilik Tamu, Pejabat PTD pada 7 Jul 2023.

    Mej Jen Dato’ Zaidan Atan telah dinaikkan ke pangkat Lt Jen setelah menjawat jawatan sebagai KS TD Ke-23 pada 21 Jun 2023.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Azhan Hj Md Othman dan pegawai-pegawai kanan TD.

  • Serah Terima Tugas Pegawai Kanan TD

    Serah Terima Tugas Pegawai Kanan TD

    KUALA LUMPUR: Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan menyaksikan acara Serah Terima Tugas Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) melibatkan perjawatan Pengerusi Kor Perkhidmatan Diraja (KPD), Asisten Ketua Staf (AKS) Perisikan dan Pengerusi Persatuan Golf Tentera Darat di Bilik Mesyuarat Cawangan Sumber Manusia (CSM), Markas Tentera Darat (MK TD) pada 14 Jun 2023.

    Pengerusi KPD, Mej Jen Dato’ Hj Abdul Aziz Samsi yang akan memulakan latihan peralihan di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada Mej Jen Abdul Aziz Abu Hassan sebagai Pengerusi KPD yang baharu.

    Bagi perjawatan AKS Perisikan menyaksikan Brig Jen Faridhulathroth Hj Hashim yang akan melanjutkan pengajian selama setahun telah menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada Brig Jen Abu Hashim Jamaludin selaku AKS Perisikan yang baharu.

    Brig Jen Faridhulathroth Hj Hashim merupakan Pegawai Kanan Kor Risik Diraja (KRD) yang pertama terpilih untuk melanjutkan pengajian ke United State Army War College.

    Seterusnya, sesi terakhir Serah Terima Tugas berlaku di antara Brig Jen Fazly Mat Said dan Brig Jen Dato’ Zulmajdi Yunus bagi menjawat jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Golf TD.

    Kesemua acara disempurnakan dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan pertukaran nota sebagai simbolik penyerahan tugas.

    Turut hadir, AKS Sumber Manusia, Mej Jen Azhan Hj Md Othman.

    Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul

  • Perbarisan Penghargaan PTD Ke-28

    Perbarisan Penghargaan PTD Ke-28

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain bersama isteri, Puan Sri Datin Seri Zainuriah Hj Mustapha diraikan dalam Perbarisan Penghargaan PTD Ke-28 di Dataran PTD pada 21 Mac 2023.

    “Cabaran dan dugaan yang datang semestinya menjadi pengajaran berguna sebagai asas merangka pembaharuan dan penambahbaikan terhadap organisasi Tentera Darat (TD).

    “Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga TD yang memberi sepenuh komitmen terhadap rancangan pembangunan seiring dengan tiga prinsip dan lima tonggak yang digariskan dalam Perintah Ulung saya,” jelas PTD Ke-28.

    Beliau berkata demikian ketika perbarisan penghargaannya yang berkonsepkan Perbarisan Istiadat melibatkan detasmen gabungan daripada elemen tempur, bantuan tempur, bantuan khidmat dan wanita TD dengan kekuatan seramai 43 pegawai serta 1,137 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

    Tambahnya lagi, diharapkan pemerintahan baharu akan terus mengutamakan kebajikan warga TD agar moral dan produktiviti kerja dapat dipelihara serta berpesan bahawa pemimpin dan anggota akan sentiasa bersilih ganti tetapi ketumbukan TD akan kekal relevan.

    Majlis kemudian diteruskan dengan jamuan makan dan penyampaian cenderahati sebelum diakhiri dengan upacara Street Lining sebagai tanda penghormatan terakhir ke atas beliau.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Ketua Staf Angkatan Tentera Malaysia, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad, Ketua Staf TD, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Lt Jen Datuk Ahmad Norihan Jalal dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi, Pbt Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein, Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir & Kpl Mohammad Shahrun Nizam Mohamad Radzuan

  • Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD

    Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD

    KUALA LUMPUR: Majlis Pemakaian Pangkat melibatkan seramai 57 pegawai kanan Tentera Darat dan dua orang Pegawai Kadet disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 17 Jan 2023.

    Kenaikan pangkat ke Mej Jen melibatkan Brig Jen Anuar Abdul Wahab yang bakal menjawat jawatan Panglima Divisyen Keempat Infantri Malaysia dan Brig Jen Azman @ Norazman Selamat kekal sebagai Ketua Provos Marsyal, Bahagian Perkhidmatan Anggota – Markas Angkatan Tentera Malaysia.

    Manakala enam pegawai kanan dinaikkan ke pangkat Brig Jen, seorang pegawai kanan dipakaikan pangkat Brig Jen (Sukarela), 18 pegawai kanan dinaikkan ke pangkat Kol, dua orang Tauliah Kehormat Kol, 22 pegawai dinaikkan ke pangkat Lt Kol, seorang Tauliah Kehormat Lt Kol dan tiga pegawai kanan dipakaikan pangkat Lt Kol (Sukarela).

    Sesi diakhiri dengan pemakaian pangkat Lt M kepada dua Pegawai Kadet lepasan luar negara.

    PTD dalam ucapannya mengingatkan bahawa kenaikan pangkat hadir bersama tanggungjawab yang lebih besar sesuai dengan pepatah Inggeris ‘A Leader Leads By Example’.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman bersama isteri, Ketua Staf TD, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi bersama isteri, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan bersama isteri dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • Pemakaian Pangkat PW I

    Pemakaian Pangkat PW I

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Waran I (PW I) Tentera Darat (TD) ke atas 34 anggota PW II di Wisma Bintara Gabungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 4 Jan 2023.

    PTD mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang dinaikkan pangkat kerana ianya merupakan suatu pencapaian yang wajar dibanggakan.

    “Tunjukkan kepada anggota bawahan contoh terbaik dalam melaksanakan sesuatu tugasan agar dapat dijadikan cerminan dan teladan kepada sesebuah organisasi.

    “Sesuai dengan kata-kata daripada General Collin Powell, ‘soldiers watch what their leaders do. You can give them classes and lecture them forever but it is your personal example that they will follow’,” ujar PTD.

    Acara rejimental ini dilihat mendukung Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Keutuhan Organisasi.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Muhammad Ab Rahman dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • Profesionalisme dan Keupayaan KPTD Terus Dipertingkatkan

    Profesionalisme dan Keupayaan KPTD Terus Dipertingkatkan

    KUALA LUMPUR: Julung kali selepas 69 tahun penubuhannya, Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) memperoleh 40 buah Motorsikal Penguatkuasa model BMW R 1250 RT.

    Terdahulu, Majlis Perasmian Penyerahan Motorsikal Penguatkuasa KPTD telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain dalam Perbarisan Perasmian Motorsikal Penguatkuasa KPTD yang diketuai Lt Kol Kamarulzaman Abu Kassim dengan kekuatan seramai sembilan pegawai dan 41 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di Padang Kawad Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT), Kem Genting Klang pada 22 Dis 2022.

    “Melihat kepada aspek mobiliti serta atur gerak aset semasa KPTD, semestinya menjadi kekangan utama dalam melaksanakan tugas-tugas kepolisan yang kian mencabar.

    “Justeru, Tentera Darat telah meluluskan perolehan 40 buah Motorsikal Penguatkuasa secara sewaan selama lima tahun bagi membantu KPTD melaksanakan tugas dengan lebih efektif,” jelas PTD dalam ucapannya.

    Model BMW R 1250 RT merupakan motorsikal dari kelas sport touring memiliki kuasa, kelajuan dan keselesaan serta beberapa ciri-ciri keselamatan yang sesuai dengan tunggangan jarak jauh.

    Perkhidmatan Motorsikal Polis Tentera atau Military Police Patrol Bike telah digunakan sejak awal penubuhan KPTD sebagai kenderaan rondaan keselamatan dan tugas pengiring bagi orang kenamaan, konvoi kenderaan tentera serta konvoi membawa peluru dan bahan letupan.

    Antara jenis motorsikal yang digunakan dalam perkhidmatan merupakan jenis scrambler dan Cruise Police Bike berjenama Suzuki GS550, Honda CBX 750P, Honda ST 1300P dan Kawasaki GTR 1400.

    Jelas sekali perolehan motorsikal ini secara langsung akan meningkatkan keupayaan aspek penguatkuasaan KPTD dalam menjalankan tugas dan peranannya.

    Perolehan aset dalam perkhidmatan semestinya mendukung tonggak pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan.

    Usai perbarisan, PTD meneruskan sidang media di Ruang Rehat Pegawai PULAPOT sebelum diakhiri dengan acara bergambar dan menandatangani Buku Lawatan.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime & Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

  • KPTD Mengungguli Perlawanan Akhir Bola Sepak Antara Kor Dan Rejimen Tahun 2022

    KPTD Mengungguli Perlawanan Akhir Bola Sepak Antara Kor Dan Rejimen Tahun 2022

    KUALA LUMPUR: Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) muncul juara dalam Perlawanan Akhir Bola Sepak Antara Kor dan Rejimen Tahun 2022 menewaskan Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD) dengan jaringan satu (1) gol berbalas kosong (0) di Padang Bola Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pada 29 Jul 2022.

    Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain telah hadir bagi memeriahkan lagi suasana perlawanan akhir di antara KJLJD dan KPTD.

    Selain mewujudkan semangat kesukanan dan daya juang yang tinggi, pertandingan bola sepak antara Kor dan Rejimen ini bertujuan untuk memilih pemain berpotensi bagi mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa serta mencungkil bakat-bakat baharu agar dapat diketengahkan di peringkat ATM.

    Terdahulu, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman diiringi Panglima Divisven Keempat Infantri Malaysia (4 Div), Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran diperkenalkan kepada para pemain sebelum menyempurnakan gimik penyerahan bola oleh seorang wanita seakan perkhidmatan penghantar barangan sebagai simbolik perasmian Perlawanan Akhir Bola Sepak Antara Kor Dan Rejimen Tahun 2022.

    PTD menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada dua pemain terbaik di mana Anugerah Penjaring Terbanyak disandang oleh Kpl Nor Fakhrudin Harun daripada KJLJD manakala Anugerah Pemain Terbaik dinobatkan kepada Kpl Amirul Moideen daripada KPTD.

    Anugerah Kumpulan bagi Piala Fairplay diberi kepada Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) manakala KPTD yang merangkul Johan Keseluruhan membawa pulang pingat emas dan Mock Cheque bernilai RM3,000.

    KJLJD selaku Naib Johan membawa pulang pingat perak dan Mock Cheque bernilai RM2,000 manakala bagi tempat ketiga disandang oleh Rejimen Artileri Diraja (RAD) beroleh pingat gangsa berserta Mock Cheque RM1,000.

    Penglibatan dan semangat kesukanan yang dipamerkan oleh anggota TD sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

    Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan pegawai-pegawai kanan TD.

    Gambar: Kapt Mursyideen Ahmad Iskandar Shah dan Pbt Mohammad Fadzil Akirul

  • Aksi Tinju Tutup Tirai Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM

    Aksi Tinju Tutup Tirai Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Udara (PTU) merangkap Yang di-Pertua Majlis Sukan Angkatan Tentera (YDP MSAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemenang serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan karnival sukan pada kali ini.

    Beliau berucap demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Karnival Sukan Antara Perkhidmatan ATM (Siri Kedua) Tahun 2022 bertempat di Dewan Kem Wardieburn pada 1 Jul 2022.

    Selain mewujudkan semangat kesukanan dan daya juang tinggi, karnival sukan ini bertujuan memilih peserta yang berpotensi untuk mewakili ATM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan di peringkat ATM.

    Terdahulu, ketibaan PTU disambut oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain lalu beliau diperkenalkan kepada kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian sebelum menyempurnakan gimik membunyikan loceng sebagai simbolik bermulanya Perlawanan Tinju Peringkat Akhir melibatkan kategori Fly Weight (51 kg), Welter Weight (67 kg) dan Cruiser Weight (86 kg).

    Sebanyak 12 kategori berat badan telah dipertandingkan dalam kejohanan tinju pada kali ini di mana para pemenang setiap kategori menerima pingat yang disempurnakan oleh PTD.

    Anugerah Petinju Terbaik disandang oleh LKpl Mohamad Zulkhailane Mohd Noor dari TD dan Anugerah Petinju Harapan dinobatkan kepada LUK Mohamad Shahrin dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Kemudian, PTU diiringi oleh Panglima Logistik TD, Mej Jen Hj Abdul Aziz Samsi@Hj Shamsudin untuk menyampaikan dua Piala Pusingan kepada pasukan TD yang berjaya meraih Johan keseluruhan bagi kejohanan tinju dan boling padang, manakala pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memperoleh satu Piala Pusingan hasil menjuarai kejohanan tenis.

    Penglibatan dan semangat kesukanan yang dipamerkan oleh anggota TD sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.

    Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

     

  • Perbarisan Penghargaan Brig Jen Dato’ Zainal Mohd Noor

    Perbarisan Penghargaan Brig Jen Dato’ Zainal Mohd Noor

    SELANGOR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain menyaksikan Perbarisan Penghargaan Persaraan Mantan Panglima Grup Artileri Pertahanan Udara (GAPU), Brig Jen Dato’ Zainal Mohd Noor di Padang Kawad Rejimen Ke-31 Artileri Diraja (31 RAD) pada 22 Jun 2022.

    Perbarisan ini terdiri daripada lima detasmen yang berkekuatan seramai 18 pegawai bersama 170 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan-pasukan naungan formasi GAPU diketuai oleh Pegawai Memerintah 32 RAD, Lt Kol Hairul Aziz dan diiringi Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja.

    Turut berlangsung adalah acara Lintas Hormat Kenderaan melibatkan lapan buah kenderaan tempur yang terdiri daripada kenderaan Fitted For Radio (FFR) Ketua Bateri, FFR Bateri Kapten, FFR Ketua Terup, 7 Tan Command Post, dua buah Meriam 35mm Oerlikon bersama sebuah Radar Skyguard dan 3 Tan BKMS.

    Brig Jen Dato’ Zainal Mohd Noor dalam ucapannya menyatakan rasa terharu dan berbangga di atas persembahan perbarisan yang mantap serta mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PTD yang melapangkan masa menghadiri majlis penghargaannya walaupun terikat dengan aktiviti dan tugas yang padat.

    Sejurus tamat perbarisan, majlis diteruskan dengan sesi jamuan makan serta tayangan montaj yang memaparkan serba sedikit coretan kenangan sepanjang perkhidmatan Brig Jen Dato’ Zainal Mohd Noor.

    Beliau mula mengikuti latihan kadet pada tahun 1980 lalu memulakan kerjaya sebagai Pegawai Seksyen di 31 RAD pada tahun 1981 yang dahulunya dikenali sebagai Rejimen Keenam Meriam, Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

    Beliau telah berkhidmat selama 41 tahun lapan bulan dengan menyandang beberapa jawatan penting termasuk sebagai jurulatih di Cawangan Pertahanan Udara dan Pegawai Memerintah 31 RAD.

    Simbolik acara diakhiri dengan Street Lining sebagai tanda penghargaan kepada Brig Jen Dato’ Zainal Mohd Noor.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hj Subari Hj Tomo.

    Gambar: Riffat Mohd Yusof

  • Pengarah KAD Dinaikkan Pangkat

    Pengarah KAD Dinaikkan Pangkat

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat di Bilik Tamu, Pejabat PTD pada 3 Jun 2022.

    Dalam majlis tersebut, Kol Mohd Fazly Mat Said dinaikkan pangkat dari Kol ke Brig Jen berkuatkuasa pada 27 Mei 2022 dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Arah Kor Armor Diraja (Jab KAD) – Markas Tentera Darat (MK TD).

    Seterusnya, Pengarah Agama MK TD, Brig Jen Zainal Abidin Mohamed Salleh memimpin bacaan doa bagi memohon keberkatan majlis sebelum mengakhiri acara dengan sesi bergambar.

    Pelaksanaan upacara rejimental ini sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Memperkasakan Keutuhan Organisasi.

    Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Staf TD, Lt Jen Dato’ Hj Subari Hj Tomo.