4 DivSemasa

Panglima 4 Div Berdialog Bersama Warganya

KUALA LUMPUR: Markas Divisyen Ke Empat Infantri Malaysia (MK 4 Div) mengadakan Sesi Dialog Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi bersama warganya di Dewan Dato’ Othman Harun pada 15 Dis 2017.

Melalui forum ini, Panglima telah memberi penerangan berkaitan Skim Anuiti Veteran(SAVe), Satu Anggota Satu Rumah(SASaR) dan beberapa lagi insentif yang bakal dinikmati oleh warga TD amnya dan 4 Div khasnya.

Panglima 4 Div juga telah menekankan tiga dasar penting buat warga 4 Div iaitu 4 Div Milik Kita, Sihat Tubuh Badan dan Katakan Tidak kepada Dadah.

Turut hadir Panglima 11 Bgd, Brig Jen Toh Choon Siang, Panglima 12 Bgd, Brig Jen Abd Malik Jiran, Komander PIDTD, Kol Romainor Mohamed dan Ketua Staf MK 4 Div, Kol Asri Shukor.

 

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online