Semasa

Brig Jen Dato’ Wee Han Siew Lawat 61 RAD

JOHOR: Pasukan 61 Rejimen Artileri Diraja (61RAD) menerima lawatan Panglima Bgd Arti Roket, Brig Jen Dato’ Wee Han Siew sempena persaraan beliau di Kem Mahkota, Kluang pada 23 Jan 2018.

Dalam ucapannya, beliau berpesan kepada pegawai dan anggota LLP 61 RAD agar mengekalkan semangat kerjasama berpasukan yang merupakan elemen penting dalam melaksanakan tugas harian dan sentiasa menitikberatkan aspek latihan dalam menilai tahap kesiagaan pasukan serta tahap pengetahuan dan kepakaran individu.

Lawatan persaraan ini diadakan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan beliau yang telah berkhidmat selama 41 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Turut hadir Pegawai Memerintah 61 RAD, Lt Kol Abd Razak Md Naser.

Gambar: Sjn Ahmad Sobri Ismail

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online