Semasa

Pembukaan Eksesais Pasak Bumi 1 RRD

KUALA LUMPUR: Seramai sembilan pegawai dan 173 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam acara Pembukaan Eksesais Pasak Bumi (EPB) Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) Siri 2/2018 yang disempurnakan oleh Komander Pasukan Istiadat Diraja Tentera Darat (PIDTD), Kol Romainor Mohamed di Ladang Risda Abdullah Kadir, Simpang Durian Jelebu pada 23 Jan 2018.

Majlis dimulakan dengan acara pemakaian Toha kepada Tim Pelaku Biru, Tim Pelaku Merah, Tim Wasit dan Tim MK Pengendali.

Dalam ucapan perasmian, Komander PIDTD mengingatkan Eks ini adalah merupakan salah satu daripada Core Business setiap anggota tentera iaitu sentiasa berlatih dan ikhlas di dalam melaksanakan sesuatu latihan.

Eks ini juga merupakan medium kepada semua peringkat mengaplikasikan kepimpinan masing-masing dan disamping itu, segala aspek keselamatan hendaklah diberi penekanan sirius.

Gambar: Kpl Muhammad Abd Ghani

Artikel Berkaitan

Back to top button