4 DivSemasa

Pembukaan Eks Pasak Bumi Naungan 4 Div

SELANGOR : Seramai 10 pegawai dan 241 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari 74 Bn KPD terlibat dalam acara Pembukaan Eksesais Pasak Bumi (EPB) Naungan 4 Divisyen Siri 1/2018 disempurnakan oleh Ketua Staf MK 4 Div, Kol Asri Shukor di Hulu Langat pada 25 Jan 2018.

Majlis dimulakan dengan acara pemakaian Toha kepada Tim Evalusi, Tim Pelaku, Tim Wasit dan Tim MK Pengendali.

Dalam ucapan perasmian, Ketua Staf MK 4 Div menekankan bahawa tujuan latihan ini adalah untuk mempertingkatkan kebolehan Pengurusan dan Perintah pegawai, PTT Kanan dan PTT Rendah peringkat pasukan.

Selain itu untuk mempertingkatkan kebolehan pandu arah, disiplin medan dan Ilmu Medan Perang (IMP) sekaligus dapat mengekalkan serta meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam Peperangan Melawan Insurgensi (PMI).

Latihan ini akan dilaksanakan berdasarkan organisasi Kompeni Infantri yang akan bergerak secara taktikal sejauh 25 kilometer untuk menguji kebolehan bagi mengkoordinasi semua aspek pentadbiran, pergerakan dan logistik pasukan disepanjang latihan ini dilaksanakan.

 

Gambar: LKpl Khatijah Shahbudin

Artikel Berkaitan

Back to top button