1 DivSemasa

Ketua Menteri Sarawak Lawat Mangsa Banjir

SARAWAK: Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Haji Openg telah turun padang melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir Dewan Sukan Tatau, Bintulu pada 12 Feb 2018.

Kehadiran beliau telah disambut oleh ketua masyarakat, wakil daripada pihak tentera Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw dan kira-kira 489 mangsa banjir yang sedang berlindung di pusat pemindahan banjir di Dewan Sukan Tatau, Bintulu.

Beliau telah diberi taklimat oleh Sekritariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Bahagian Bintulu mengenai keadaan semasa banjir di Bintulu. Banyak pusat pemindahan sementara yang dibuka telah ditutup dan bilangan mangsa banjir juga semakin berkurangan kerana keadaan banjir yang semakin surut.

Beliau berkata, beliau puas hati dengan persiapan dan bantuan makanan dan sebagainya yang disediakan oleh agensi-agensi berkaitan.

Beliau memuji usaha gigih semua pihak berkuasa yang terlibat dalam operasi pemindahan serta penyaluran bantuan kepada mangsa, yang menurutnya berjalan lancar disebabkan persiapan.

Dalam pada itu, pihak tentera juga telah mengadakan program jiwa murni (PJM) dengan menyediakan khidmat pemeriksaan dan rawatan kesihatan serta rawatan pergigian kepada mangsa banjir.

Gambar: SSjn Lawrence Ejip

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online