KebajikanSemasa

Blueprint Perumahan MinDef Tingkat Kualiti Hidup Anggota Dan Veteran ATM

NEGERI SEMBILAN:  “Saya sedar kita tidak akan mampu membalas jasa semua warga kementerian dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) malah pengorbanan dan sumbangan kalian kepada negara amat besar serta tidak terkira nilainya dan saya berharap melalui agenda perumahan ini dapat menjadi lambang terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua,” kata Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Majlis Pelancaran Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan di Malbatt Village pada 3 Apr 2018.

MENHAN telah melancarkan Pelan Induk Perumahan Kementerian Pertahanan yang dihadirI hampir 1,000 anggota dan Veteran ATM bertujuan menyelaras semua program perumahan bagi memberi manfaat serta meningkatkan kualiti hidup kepada lebih 200,000 warga dan veteran ATM  di mana pada masa sama keselamatan dan kebajikan mereka ini dijaga dengan baik.

Sebanyak empat fasa telah dirancang dalam blueprint Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) iaitu 9,096 unit fasa satu yang sedang dibina mulai 2015 hingga 2020 manakala 7,551 unit fasa dua  dibina dari Jul 2017 hingga Dis 2022 dan 14,045 unit fasa tiga dari Jan 2021 hingga Dis 2026 serta 9,935 fasa empat dibina pada Jan 2025 hingga Dis 2030.

Selain itu agenda perumahan ini juga memuatkan program Satu Anggota Satu Rumah (Sasar), Program 1 Malaysia Veteran Home Repair Programme (1MVHRP) khas untuk warga Veteran ATM, inisiatif Rumah Idaman yang dibina oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera serta mewujudkan pusat sehenti sebagai pemudah cara kepada semua anggota dalam urusan pemilikan rumah.

“Bagi perumahan SASaR yang dibina dengan keluasan antara 93 hingga 111.5 meter persegi dan dijual pada harga antara RM150,000 hingga RM250,000, kita jangka secara keseluruhan sebanyak 25,000 unit dijangka dibina menjelang tahun 2030 dengan menggunakan tiga konsep pelaksanaan iaitu kerjasama dengan pihak swasta, kerajaan negeri dan pembangunan rumah tanah milik sendiri.

“Melalui 1MVHRP yang dilancarkan pada 2012, sebanyak 961 keluarga veteran sudah mendapat manfaat dan kita menyasarkan untuk membina dan membaik pulih kira-kira 200 rumah setahun,” kata MENHAN.

Tambahnya lagi segala usaha dan perhatian kerajaan terhadap isu perumahan warga ATM bukan disebabkan mahu mendapatkan sokongan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), sebaliknya demi membela nasib dan kebajikan warga ATM itu sendiri kerana program ini telah diusahakan sejak dua tahun yang lepas.

Terdahulu sebaik ketibaan MENHAN beliau disambut oleh Timbalan Panglima TD, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohamad Nawawi selaku Pengerusi Teras Perumahan Kementerian Pertahanan lalu dibawa melawat gerai pameran yang disediakan sempena Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Badaruddin dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Utama Mohamad Hj Hassan.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

[srizonfbalbum id=181]

Artikel Berkaitan

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online