Semasa

3 Bgd Menghangatkan Program Sejiwa Senada Saratok

SARAWAK: Pasukan Gabungan 3 Bgd yang terdiri daripada 3 Woksyop Briged, 3 Squadron Semboyan Diraja, 3 Kompeni Kor Perkhidmatan Diraja, Rejimen 511 Askar Wataniah (AW) serta Pancaragam Gabungan 1 Divisyen telah berkumpul di Pekan Saratok bagi menyertai Program Sejiwa Senada Saratok pada 21 dan 22 Apr 2018.

Seramai 71 pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Pameran Senjata, Pameran Pakaian Tentera Darat, Demo Masakan RTBK, Pengambilan AW, Pameran Kenderaan TD dan Persembahan Pancaragam Gabungan 1 Div kepada lebih kurang 2000 pengunjung di Saratok.

Penglibatan Program Sejiwa Senada Saratok 2018 yang telah berlangsung selama dua hari bertujuan memberi pengalaman baru kepada pengunjung serta pengenalan kepada organisasi dan aset-aset TD.

Turut hadir, YB Datuk Haji Abdul Wahab Aziz, ADUN N.38 Kalaka.

Gambar: Kapt (KM) Ujan Mekol

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online