MK Medan TimurSemasa

Perjumpaan PMT TD Bersama Warga Tentera Di Kawasan Sibu

SARAWAK: Seramai 65 pegawai dan 785 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) warga 9 Bgd dan 31 Bgd hadir dalam Majlis Perjumpaan Bersama Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Lt Jen Dato’ Wira Mohd Zaki Hj Mokhtar di Dewan Oya, Rejimen Ke-3 Renjer Diraja pada 24 Apr 2018.

Perjumpaan ini bertujuan meraikan PMT TD yang akan bersara dan menamatkan perkhidmatan mulai hujung tahun ini.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga 9 Bgd dan 31 Bgd di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang berada dibawah Pemerintahn Medan Timur.

Beliau turut merasa bangga di atas kejayaan yang dikecapi oleh Medan Timur terutamanya sepanjang beliau berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia dimana antara kejayaan yang telah dicapai dalam bidang sukan, pengurusan pentadbiran dan Pertandingan Inovasi sehingga dapat menaikkan nama 1 Div setaraf dengan Markas Tentera Darat.

Majlis juga diserikan dengan penyampaian cenderahati dari Panglima 9 Bgd, Brig Jen Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa kepada PMT TD dan timbal balas cendera kenangan kepada 9 Bgd dan 31 Bgd.

Turut hadir, KS 9 Bgd, Lt Kol Jauhari Talib dan KS 31 Bgd, Lt Kol Mohd Zaini Haji Hashim.

Gambar: Pbt Aizat

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online