LatihanSemasa

Eks Pasak Bumi Gabungan 12 Bgd

PERAK: Seramai 11 pegawai dan 221 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Eks Pasak Bumi Gabungan 12 Bgd Siri 1/2018 bertempat di sekitar Kawasan Am Tanjung Malim hingga ke Ulu Slim pada 27 Apr 2018.

Eks Pasak Bumi yang dilaksanakan mulai 23 hingga 27 Apr 2018 itu disertai oleh pasukan MK PMBTD, MK 12 Bgd, 21 SIB, 41 Bti, 12 SSD, 12 Wksp Bgd, Rej 515 AW dan 706 PPAT

Eks ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesiagaan serta menguji tahap kecekapan Pasukan Bantuan Tempur dan Khidmat Naungan 12 Bgd di dalam kemahiran Pandu Arah jarak sejauh 25 KM, Disiplin Medan dan Ilmu Medan Perang (IMP).

Upacara Penutup disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah 21 Skuadron Istiadat Berkuda, Lt Kol Shamsul Annuar Musa.

Gambar: Pbt Nor Azam Mohd Noh

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online