MK Medan TimurSemasa

Perbarisan Penghargaan PMT TD

SARAWAK: Seramai 45 pegawai dan 987 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan 1 Div terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Panglima Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Lt Jen Dato’ Wira Mohd Zaki Hj Mokhtar di Padang Kawad Pasukan pada 14 Mei 18.

Dalam acara perbarisan tersebut, Lt Jen Dato’ Wira Mohd Zaki Hj Mokhtar menerima tabik hormat terakhir yang diketuai oleh Pegawai Memerintah 1 Rejimen Semboyan Diraja (RSD), Lt Kol Nik Roslan Haji Nik Mohamed Ariffin sebagai tanda penghormatan menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh beliau dalam ATM amnya dan TD khasnya.

Dalam ucapannya, beliau berasa terharu serta berbangga di atas persembahan perbarisan yang mantap dan segak serta mengucapkan terima kasih kepada warga 1 Div kerana dapat menjayakan perbarisan penghargaan.

Turut hadir Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw, Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Mat Zin, Panglima 31 Bgd, Brig Jen Dato’ Hj Fadzil Tajudin dan ahli-ahli BAKAT naungan 1 Div.

Gambar: Pbt Muhammad Nawawi

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online