2 DivSemasa

Amanat Hari Raya Aidilfitri Panglima 2 Div

PULAU PINANG: Seramai 27 pegawai dan 134 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta kakitangan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia hadir dalam perjumpaan dan amanat Panglima 2 Div pada 7 Jun 2018.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan agar hubungan silaturahim di kalangan warga 2 Div dapat dieratkan lagi dan dikekalkan walaupun berlainan agama serta turut mengucapkan Selamat Hari Raya.

Beliau turut berpesan kepada seluruh warga 2 Div agar mengambil peluang dan kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman berjumpa serta meraikan sambutan perayaan Aidilfitri dengan ibu bapa serta sanak saudara bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang terjalin.

Selain itu turut mengingatkan agar staf setiap cawangan dan sel dapat mengetahui simpanan data dan maklumat agar tiada kepincangan berikutan anggota yang bercuti serta menekankan agar isu keselamatan cawangan dan sel serta kem tidak dipandang ringan dan terus diberi perhatian.

Gambar: Pbt Mohd Nor Izham Salahudin

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online