Semasa

Iftar Warga 74 Bn KPD Bersama Panglima

KUALA LUMPUR: Seramai 200 pegawai termasuk anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Warga 74 Bn KPD bersama Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Mohd Zakaria Hj Yadi di Kem Perdana Sungai Besi pada 11 Jun 2018.

Terdahulu ketibaan Panglima 4 Div disambut oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Nasarudin Mansor dan pegawai-pegawai 74 Bn KPD.

Selepas berbuka puasa, Panglima bergerak ke surau pasukan bagi menunaikan Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Terawih secara berjemaah dan diakhiri dengan Majlis Moreh.

Dalam ucapan Panglima 4 Div menegaskan mengenai keselamatan apabila memandu kenderaan untuk pulang menyambut lebaran di kampung serta tugas dan tanggungjawab sebagai seorang tentera serta beliau tidak ketinggalan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga 74 Bn KPD.

Acara diakhiri dengan pemberian sumbangan kepada Pusat Tahfiz Al-Habbah, pemberian duit raya kepada anak-anak yatim dari pusat tahfiz tersebut dan disampaikan cek sumbangan daripada Zakat ATM bagi menjalankan aktiviti surau pasukan sepanjang bulan Ramadan kepada Pegawai Memerintah.
Turut Hadir, Pemangku Penolong Pegawai Memerintah, Mej Rahimah Md Zain, SMR MK 4 Div, PW I Ridhuan Jaafar dan Pelajar Tahfiz Al-Habbah.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online